Laksa Utara
5:37 PTG
Sudah menjadi kebiasaan tiga bulan kebelakangan ini, Amie tidak mengambil gambar hasil air tangan sendiri. Petang ini agak terkial-kial juga untuk mengambil gambar....hiks! Setakat gambar togel saja tanpa sebarang prop set. Bolehlah kan...yang penting, dapat memulakan kembali kebiasaan yang sudah lama ditinggalkan!
Oh! Hampir lupa nak kongsi cerita. Resepi laksa kali ini Amie perolehi dari Norhidayah Su, rakan kembara ke India baru-baru ini. Norhidayah Su berasal dari Kedah, tetapi kini menetap di Perak. Apa yang membezakan dengan olahan sebelum ini ialah bahan-bahan kisar termasuk cili kering, bawang besar, bawang merah dan bawang putih direbus / dimasak terlebih dahulu sehingga kering dan kemudian barulah ditambah dengan isi ikan dan air rebusan ikan.
Bahan-bahan:
1 kg ikan selayang (rebus dan ambil isinya - kisar)
2 bungkus laksa (rendam hingga lembut dan celur hingga masak)
7 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan (belah 4)
4 keping asam gelugur
garam
Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1.5 cm belacan
Bahan hiasan:
1 biji timun (hiris halus)
2 labu bawang besar (mayang halus)
1/2 biji nenas (cincang)
5 biji telur (rebus dan belah 2)
2 biji lada merah / cili padi (hiris halus)
5 biji limau kasturi
Cara:
1. Masak bahan kisar sehingga kering.
2. Masukkan rebusan air ikan dan isi ikan yang dikisar.
2. Tambahkan daun kesum, bunga kantan, asam gelugur dan garam.
3. Masak hingga asam gelugur kembang dan jangan dibiar mendidih terlalu lama.
4. Letak sedikit laksa di dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atasnya.
5. Hiaskan dengan hirisan timun, bawang besar,lada merah, nenas,limau kasturi dan telur rebus.
6. Laksa sedia untuk dinikmati.
Jemput ye....
1 comments
aduhai amie. terlioq hakak !
BalasPadam