Sepanjang minggu lepas, badan tak berapa sihat. Ketika itulah Fairuz ambil alih kerja-kerja dapur. Alhamdulillah, anak bujang kami sudah boleh diharap. Selain mengemas rumah, menjaga Firdaus, dari membuat susu sehinggalah memandikan dan menukarkan lampin pakai buang, dialah juga yang masak nasi dan lauk-pauknya. Dah siap, dia pun bangunkan Amie (yang selama tiga empat petang terpaksa merehatkan diri sebaik sahaja sampai ke rumah). Kadang-kadang...
Selamat berhujung minggu buat rakan-rakan pengunjung tersayang. Moga sihat dan ceria selalu. Hari ini, Amie berdua sahaja dengan Firdaus. Fairuz menghadiri kelas tuisyen, sementara Encik Suami menyiapkan tugas yang belum selesai. Keluar awal pagi, balik tengahari untuk makan dan kemudian keluar lagi. Firdaus! Jom temankan Mommy uli tepung di dapur. Kita buat roti inti kacang hitam yang Baba suka beli tu! Dapat 16...
Hari ini tukar kebiasaan hidangan tengahari. Yang penting kenyang perut...hiks! Wokey! Jom nikmati sajian tengahari yang sangat ringkas tapi sedap. Amie sediakan hidangan Fish and Chips. Untuk menyiapkannya, tidaklah sesukar mana. Dah selalu sangat makan Fish & Chips di luar, sesekali eloklah buat di dapur sendiri. Banyak versi cara penyediaan Fish and Chips ini. Memang seronok sewaktu menonton rancangan televisyen yang memaparkan resepi ini,...
Alhamdulillah! Akhirnya dapat juga merasa Turkish Chicken Kebab untuk kali kedua setelah pertama kali menikmatinya di Restoran Tamara, Istanbul. Walaupun dengan menggunakan resepi yang paling asas, sekurang-kurangnya Amie sudah berhasil....ahaks! Memang ada bezanya gambar atas dengan gambar bawah. Gambar atas, hasil air tangan Amie. Gambar bawah, hidangan nasi bersama Turkish Chicken Kebab di Istanbul! Bezanya? He he heee.... kebab ayam yang Amie hasilkan...
Percubaan kali pertama membuat simit, sejenis roti Turki yang dibuat secara tradisional. Simit mula dikenali seawal tahun 1520-an di negara tersebut. Bentuknya bulat seperti cincin, dan disekelilingnya dipenuhi bijan. Rasanya agak kering, dan enak dimakan begitu saja sambil menikmati minum petang terutamanya teh epal atau caya (sejenis teh Turki). Amie pernah menikmatinya di salah sebuah hotel sebagai sarapan pagi, dan Amie cicah dengan...
Ini merupakan catatan terakhir dalam kembara kami ke negara Turki yang dijadualkan selama 9 hari 7 malam. Return Flight Istanbul Ataturk International Airport Saturday : 25 March 2017 1945hrs QR246 Ketika ini di negara kita: Ahad : 0045 malam Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Doha. Hamad International Airport Saturday 25 March 2017 2355hrs Ketika ini di negara kita: Ahad : 0445 pagi. Kami...