Makan Steamboat di D'Borneo Steamboat Corner
9:13 PTGEntah....
Bila kerja bertimbun-timbun, belum siap satu kerja... datang lagi satu kerja... kami pun mula mencari waktu untuk santai barang seketika!
Petang itu...
Amie : Baba... malam ni kawan-kawan ajak keluar.
En. Suami : Keluar makan ke?
(Kita terdiam, tak tahu nak jawab apa, sebab jarang keluar malam dengan kawan-kawan kecuali ada annual dinner).
Fuad : Alaaa... Baba ni.. Mommy mau outing dengan kawan-kawannya tu...
Terima kasih Fuad!
Seperti biasa selepas makan malam, Encik Suami akan menghantar Fairuz menghadiri kelas tuisyen dan pada masa yang sama membawa Firdaus ke rumah kakak ipar. Firdaus memang tak boleh tinggal di rumah kalau Encik Suami hantar Fairuz. Begitulah setiap kali Fairuz ada tuisyen... Encik Suami akan bawa Firdaus bermain-main dengan rakan sebayanya di rumah kakak ipar sementara menunggu Fairuz keluar dari kelas tuisyen pada pukul 9.30 malam.
Kita kosongkan perut!
Tepat 7.40, Kamsiah sudah tiba di depan pagar rumah... nak hangkut kita!
Tak jauh pun tempat yang dituju... tak sampai 500 meter.. Bandar Perdana Square.
Lorong D'Perdana 2B,
Lahad Datu, Sabah.
Untuk tempahan meja boleh hubungi:
Mohd Adzrie Leo : 014-9512318
Taufik Basran : 016-8251517
J. Nandaakumar : 012-5187545
1 comments
Girls day out! happy eik
BalasPadam