Tom Yam Sedap di Warung Aman Santai Corner
8:59 PTG
Bertahun-tahun lamanya menjadi pengunjung setia di warung Aman Santai Corner, terletak di sudut paling hujung antara antara barisan warung makanan sebelum masuk ke Taman Aman, Lahad Datu. Di sinilah tempat paling hampir dengan rumah untuk kami datangi kalau tak sempat masak...kalau tiba-tiba lapar di waktu malam. Biasanya kalau tak makan di sini, Encik Suami beli bungkus saja...makan di rumah.
Bila waktu malam, memang agak sukar sedikit untuk dapat tempat sebab warung dipenuhi pelanggan. Pernah beberapa kali kami datang pada sebelah malam dan terpaksa pergi ke warung lain disebabkan tidak mendapat tempat dan layanan dek kesibukan pelayan melayan pelanggan-pelanggan lain yang datang lebih awal....
Hari ini tiba-tiba terasa nak kongsikan hidangan di warung ini walaupun hanya paparan gambar hasil tangkapan menggunakan hp. Kita nak delete semua gambar dalam hp sebab dah penuh sesak!
Antara hidangan yang kita suka sudah tentulah tom yam, sebab susah juga nak cari tom yam yang 'benar-benar rasa tom yam' di daerah ini. Di bawah ini antara beberapa gambar tom yam yang masih terselamat dalam hp.
Harganya tidaklah semahal mana, hanya RM6.00 sahaja.
Tom Yam Seafood atau Tom Yam Ayam harganya sama.
Setiap kali berkunjung ke warung ini, walaupun sudah pesan makanan lain, kita tetap pesan semangkuk tom yam! Bukan kita seorang yang makan, Faruz pun suka! Siap minta mangkuk kecil lagi dengan pelayan di situ. Kuahnya tu...bagi kita...sedap! Sebab kalau buat sendiri ..ada yang terkurang, ada yang terlebih dari segi rasanya!
Ini Nasi Goreng Aman Santai. Ayam goreng dua ketul dengan sos cili dan mayonis. Ada kentang goreng sekali... Tak ingat berapa harganya, tapi bawah RM10.00. Fuad suka sangat hidangan begini.
Yang di atas tu... tak tahu berapa kali kita order...makan di situ atau Encik Suami beli bawa pulang. Nasi Goreng Udang Butter...tak silap harganya RM7.00.
Salah satu hidangan set nasi kegemaran Fairuz, nasi lalap! Pandai budak tu makan sayur! Sambalnya pun berkilau-kilauan... berlenang-lenang menanti dicecah dengan ulam! Dua ketul ayam goreng disertakan di situ, dengan harga RM7.00.
Ini pula Nasi Goreng Lalap. Tak ingat harganya RM7.00 atau RM8.00.
Nasi Goreng Ayam Penyet pun menjadi salah satu menu kegemaran anak-anak dan Encik Suami. Set begini berharga RM10.00.
Ini Mee Basah Seafood. RM6.00 sepinggan.
Ini pun mee basah juga tapi gunakan ayam. Sama juga harganya dengan mee basah di atas.
Kita pun banyak kali juga makan Nasi Goreng Kerabu. Sepinggan RM7.00. Walaupun kurang rasa serai dan juga daun kesom @ bunga kantan, tapo bolehlah untuk isi perut. Mungkin ini resepi nasi kerabu Aman Santai Corner yang tersendiri.... sebab ada udang, sotong dan ayam di dalamnya.
Air kelapa muda di atas tu dalam kole besar! Harganya RM2.50 tanpa ais dan menjadi RM3.00 kalau dicampur ais. Kalau dimasukkan dalam gelas, boleh dapat 3 gelas. Selalunya kita order satu kole saja sebab hanya minum dan makan berdua dengan Fairuz.
Ini pula coconut shake. Saiz kole pun sama besar macam kole air kelapa muda di atas tu. Kalau dituang boleh dapat 3 gelas besar! He he hee... nampak tak name tag dan lencana sekolah di belakang coconut shake tu... tu Fairuz! Balik sekolah dengan kita, kita melencong ke sini kejap...selalunya makan tengahari berdua saja dengan Fairuz.
Selain hidangan seperti di atas, Aman Santai juga menghidangkan nasi campur. Kami pernah makan nasi dengan hidangan pelbagai jenis seafood yang dihidang terus dari dapur di sini. Encik Suami sangat berpuas hati dengan keenakannya, selain harganya yang sangat berpatutan... kami juga tapau bawa pulang sebab tak sempat nak jamah sup ketam yang kami pesan... perut tak muat nak tampung!
Jika berkunjung ke Lahad Datu, singgahlah di Warung Aman Santai Corner. Warung ini dibuka dari siang hingga ke malam.
Aman Santai Corner,
Jalan Silan, Taman Aman 3,
91100 Lahad Datu, Sabah.
Tel: 014-8562912
Aman Santai Corner,
Jalan Silan, Taman Aman 3,
91100 Lahad Datu, Sabah.
Tel: 014-8562912
0 comments