Sushi King
11:13 PTG
Mmmm... masih lagi cerita pasal jalan-jalan cari makan.
Nanti kalau dah mula masak, kita paparkanlah masakan kita ye.
Buat masa ni tengah malas nak ambil gambar masakan... maklumlah penat balik bercuti pun belum hilang sepenuhnya.
Ni nak cerita pasal makan sushi di Sushi King Bukit Raja, Klang.
Kalau korang nak gelakkan kita pun..redha aje laaaa... ha ha haaa maklumlah first time tengok makanan berjalan bergerak-gerak...cam rusa masuk pekan pulak dah gaya kami!
Kalau makan di sini antara pukul 3-6 petang dapat potongan harga sebanyak 10%.
Hidangannya kecik-kecik jew...tapi nampak comel dalam piring warna-warni.
Tercangak-cangak kita kat pintu masuk restoran. Tak dak sapa nak tegur atau pelawa kita masuk... Rasa macam nak keluar semula pun ada. Kita pun saja-sajalah konon tengok makanan bergerak-gerak berjalan berpusing-pusing. Kenapa begitu ye... hiasan ke?
Agaknya orang yang kat dalam restoran yang tengah makan tu kata dalam hati... jakun ke yang datang tu? Hi hiii...bersangka buruklah pulak kita ni.... dah memang jakunis pun...ahaks! Akhirnya Aton yang bersuara kepada salah seorang pelayan yang buat dek di situ : Boleh masuk ke? Eh...! Peramah pulak pelayan tadi persilakan kami masuk dan dicarikan kami tempat duduk paling hujung di sebelah dapur. Nampaklah chef-chef di dapur sedang sediakan sushi, tengah hiris ikan salmon yang nampak segar!
Nampaknya kami ditinggalkan begitu saja... duduk dalam kotak! Ye laaa... ruang makan yang disediakan dalam bentuk petak-petak. Memang sangat privacy! Kami pun tercengang-cengan lagi... apa dah jadi? Duduklah kami bertiga... tak tahu nak buat apa. Aton pulak kata lagi: Kita ni kan muka orang kampung. Sape nak layan... haha haaaa... tak henti-henti kami ketawa gelihati.
Aisshhh... bezanya beribu kali ganda dengan restoran sushi di Lahad Datu!
Tengok kiri kanan depan dan belakang, hanya makanan sushi dalam piring kecil yang bergerak-gerak, sesekali nampak bekas wasabi dan penutup piring. Hanya kepala orang saja yang kami nampak dalam ruang berkotak-kotak!
Macamana nak order makanan ni? Lucu betul tengok Aton pandang atas mencari kalau-kalau ada cctv! Nak tekan loceng atau butang pemanggil tak nampak pula di mana menyoroknya. Kita raba-raba bawah meja tak tersentuh apa pun ...kalau-kalau ada punat tertentu yang boleh dipicit. Sesekali terdengar chef-chef di dapur tertawa... alamak...ketawakan kami ke?
Akhirnya kami pun ambil keputusan untuk menyentuh skrin di hadapan kami. He he heeee...... barulah kami faham! Pelajaran pertama kami dapat ialah cara untuk memesan minuman. Pesanan dibuat seperti cara pembelian melalui internet. Kami memesan minuman saja.
Lepas tu kami sentuh-sentuh skrin lagi sambil berfikir bagaimana cara seterusnya untuk makan sushi.
Agaknya kena ambil sendiri piring yang bergerak-gerak tu. Kita cuba tangkap satu piring... tengok isinya, kemudian kita letakkan semula di atas lantai bergerak tu sebab tak berapa berkenan. Lepas tu barulah kita dapat pelajaran yang kedua.... depan kita tu terpampanglah warna piring dengan harganya sekali! Memang kami nampak dari tadi tapi tak terfikir apa fungsinya...adeeehhh lambatlah pick-up!
Harganya setiap dua ketul sushi yang terhidang mengikut warna piring. Paling rendah berharga RM2.12 dan paling tinggi berharga RM7.42.
Kita tangkap piring merah berisi nasi dibalut ikan salmon... RM5.30.
Tangkapan kedua... piring purple..RM6.36.
Tangkapan ketiga..piring pink..RM4.24.
Piring purple sekali lagi...
Cukuplah tu... kata Aton.
Bukan aku makan pun...nanti ko makan tak habis.
Wokey...cukuplah...
Air pun tiba di meja kami tak sampai berapa minit selepas dipesan melalui sentuhan skrin tadi tu... Yang warna merah ada lemon tu...dah lupa apa namanya tapi hujungnya ada perkataan berry. Comel ramping jew gelasnya... RM3.90. Yang dibelakangnya tu Ice Green Tea... masha Allah... besarnya bekas... tak larat nak minum. Airnya tawar. Eloklah tu untuk kesihatan. Harganya pun murah jew..hanya RM1.00. Aton pesan green tea panas...RM.50 sen jew. Kena bancuh sendiri... buka paip air panas kat hujung meja.
Kita pun mulalah makan sushi bubuh wasabe dan sos sikit...
Aton dan Meera pun ikut makan tapi sushi udang goreng tempura dengan sotong tu...yang dimasak. He he hee.. ingatkan tengok jew kita makan!
Aton kata nak cuba sushi yang paling mahal...RM7. 42. Tunggu punya tunggu tak adalah pulak piring hitam berharga RM7.42 datang. Ambil sajalah sushi berbalut seaweed hitam...ha ha haaaa...
Ni tangkapan sushi terakhir kami.
Hmmm... disebabkan tak jumpa sebarang butang untuk ditekan nak panggil pelayan, Aton pun panggil sajalah pelayan yang kebetulan lalu di situ untuk kira jumlah makanan kami. Pelayan tadi keluarkan borang dan hanya tuliskan berapa jumlah order kami. Senang kerja kan... 1 beige (piring) 3 pink, 1 red, 2 purple...
Nak kata kenyang atau pun tidak.... memang kami kenyang sebab sebelum masuk ke sini kami dah pulun set prawn steamboat di Pak Long Kopitiam....ngeeee...
Harga makanan setelah ditolak 10% diskaun berjumlah RM34.06.
Service Charge : RM3.79
GST 6% : RM2.27
Total : RM40.10
Sebelum melangkah keluar, Aton sempat tanya salah seorang pelayan yang berdiri di hadapan kaunter pembayaran : Tak ada pun nampak sushi piring hitam. Jawab pelayan : Memang dah lama tak ada menu tu.
0 comments