Kambing Kari Pakistan
12:02 PTG
Kita tak ada masalah dengan kambing. Anak-anak semua makan kambing... kambing biri-biri atau kambing kita. Kali ini kita masakkan untuk anak-anak Kambing Kari Pakistan. Kita ikut resepi asal yang Ummi Maria Hakem dari Cardiff tu bagi. Resepi asalnya kita gunakan daging ayam. Bolehlah klik DI SINI. Kita ubahsuai sikit... misalnya dalam resepi asal yang beberapa kali kita buat tu, kita bubuh air dua cawan semasa proses memasak tomato dan bawang supaya hancur. Tapi untuk resepi kali ini, kita tak tambahkan air. Kalau gunakan daging ayam, setelah tomato dan bawang hancur baru masukkan daging ayam. Untuk kambing pula, kita tak tunggu bawang dan tomato hancur, sebaliknya kita masukkan terus daging kambing supaya dagingnya menjadi lembut dan empuk sementara bawang dan tomatonya pula pada masa yang sama menjadi hancur.
Sedap ni tau kalau dimakan bersama nasi panas atau nasi beraroma. Makan dengan roti naan pun okey...
Kali ini kita hidangkan untuk sarapan pagi. Fuad tolong panaskan capati yang dah ready-made... ready-made ye bukannya homemade...ahaks!
Kita tak pandai buat capati, jadi jangan tanya cemana nak buat capati..hihiii... Kita hanya boleh kongsikan resepi Kambing Kari Pakistan saja seperti di bawah ini:
Bahan-bahan:
1 kg kambing (lamb) - potong dadu
5 biji bawang besar - cincang
5 biji tomato merah - cincang
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar garam masala
garam / gula / perasa pilihan
1/2 cawan minyak
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan - jika suka
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam masala.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan daging kambing.
5. Masak dengan api sederhana sehingga daging kambing empuk dan tomato serta bawang hancur menjadi kuah. Jika sukakan kuah lebih, boleh tambah sedikit air.
6. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
8. Jika suka hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.
0 comments