Mencari Nasi Lemak Basmathi di Khadijah's Kitchen
11:07 PG
Ahad lepas, kita berkesempatan berjalan-jalan di pasar minggu Shah Alam. Terima kasih sebab Aton dan Meera sudi bawa kita ke sana. Sempat jugalah makan soto jawa tapi tanpa pegedil... kata tuan gerai pegedil dah habis!. Lepas tu jalan-jalan lagi... sampailah perut rasa lapar.
Pusing-pusing keliling akhirnya Aton cadangkan cuba makan di restoran kepunyaan penyanyi Khadijah Ibrahim yang terletak di Berandah, Plaza Shah Alam. Bila nampak banner di atas tu... rasa teruja pula nak cuba keenakan hidangan di Khadijah's Kitchen. Tak sabar nak merasa Nasi Lemak Basmathi yang sudah tentu cukup istimewa!
Kami diperkenalkan dengan beberapa pilihan hidangan tengahari termasuklah mee rebus, nasi goreng cina, nasi lemak, laksa penang dan sebagainya. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan. Hanya RM7.90 termasuk minuman. Minumannya pula hanya ada 2 pilihan iaitu sprite dan satu lagi minuman bergas (kalau takk silap..pepsi). Kita nak makan nasi lemak tapi tak mahulah minum minuman bergas, Sayangnya bila kita pesan nasi lemak, katanya nasi lemak belum siap..... adeeehhh rasa kecewalah juga sebab masa tu dah pukul 1 tengahari....kok nasi lemak tak siap lagi.
Kita order cendol.... RM6.20.
Mungkin santan segera atau santan kotak yang digunakan dalam cendol ni.... sebab rasanya tak sama dengan cendol yang biasa kita nikmati di tempat lain.
Meera order nasi goreng cina sekali pakej dengan minuman sprite. RM7.90.
Kita dan Aton order laksa penang. 2 mangkuk laksa Penang sekali pakej dengan 2 gelas minuman sprite. Aton kata kuah laksa Penang sangat pekat dan terlebih masam. Tak tahulah selera Aton... sebab Aton bukannya asing dengan laksa penang... suami Aton orang Penang.
Dah selesai makan... sempat tangkap gambar di situ. Restorannya bersih. Pelayannya peramah.
Dekorasinya cantik dan nampak santai. Sepanjang tangga naik ke restoran ini, kelihatan berpasu-pasu pokok herba termasuk serai, limau purut dan sebagainya. Aton kata.... nampak tak pokok-pokok tu nak gondol...sebab digunakan untuk masak... he he heee..
Mmmm.... akhirnya dapat juga makan-makan di restoran penyanyi Khadijah Ibrahim walaupun tak dirancang.
0 comments