Dim Sum @ Siew Mai di Dumpling Restaurant @ Fook Yuen, Darvel Bay Plaza.
7:38 PTG
Encik Suami sering memperkatakan tentang makanan di restoran ini setiap kali kami melintasi round about di hadapannya, atau ketika kami menuju ke lorong sebelah kiri untuk mencari parking kereta sebelum masuk ke Darvel Plaza. Katanya, makanan di sini sedap dan pelbagai. Tapi dia sendiri belum pernah masuk. Kata kawan-kawan kita pula, restoran ini milik Encik Abdul Salam, pengusaha Restoran Auliah yang memang mempunyai rangkaian perniagaan besar dan pelbagai seperti tekstil, restoran, kedai borong, dan entah apa lagi! Namanya saja Fook Yuen, tapi pekerja dan segala jenis makanan milik Encik Abdul Salam itu... bekas Pengerusi PIBG sekolah kami beberapa tahun yang lalu. Apa yang istimewa sangat dengan Fook Yuen ini?
Dim Sum!
Woooo..... nampak menarik tu bila di sebut dim sum @ siew mai! Susah juga nak cari dim sum halal kecuali kalau kita buat sendiri.
Dim sum berasal dalam bahasa Kantonis membawa maksud makanan kecil yang biasanya dihidangkan sebagai sarapan atau sarapan lewat pagi (brunch). Dim sum yang disajikan di restoran ini adalah jenis siomai atau siomay atau dalam senarai makanan di restoran ini disebut sebagai siew mai. Siew mai yang masih panas dan baru keluar dari pengukus ini boleh dinikmati begitu sahaja atau dicicah dengan sambal dan juga sos pilihan yang disediakan.
Dim sum berasal dalam bahasa Kantonis membawa maksud makanan kecil yang biasanya dihidangkan sebagai sarapan atau sarapan lewat pagi (brunch). Dim sum yang disajikan di restoran ini adalah jenis siomai atau siomay atau dalam senarai makanan di restoran ini disebut sebagai siew mai. Siew mai yang masih panas dan baru keluar dari pengukus ini boleh dinikmati begitu sahaja atau dicicah dengan sambal dan juga sos pilihan yang disediakan.
Ada macam-macam makanan yang disediakan di restoran ini. Tapi kali ini kita nak cuba dulu dim sun. Bagaimanapun masing-masing mencari nasi... maklumlah perut kita ni kalau tak diisi nasi memang tak berasa kenyang... ahaks!
Konsep di sini kena layan diri. Memang kena berbaris sewaktu membayar makanan di kaunter. Tapi tidaklah mengambil masa yang lama. Boleh makan di dalam restoran atau di kaki lima restoran yang kelihatan lebih luas dan santai.
Masalah kami terutama yang perempuan ni... masalah nak cari parking kereta sebab waktu begini semuanya penuh. Jadi, pada sebelah malamnya kita minta tolong Encik Suami supaya datang ke sekolah ambil kita dan Fairuz, dan boleh makan sama-sama. Pada mulanya kita cadang nak bawa Kamsiah naik dengan kita sekali, tapi Kamsiah tak dapat ikut.... sebab terpaksa mengurus raptai sempena majlis anugerah pelajar pada pukul 1.30 petang di sekolah.
Fairuz sebelum ini sudah pernah datang ke sini makan dim sum dengan abang sepupunya. Kata Fairuz, meja di sini kecik-keciklah... tak boleh letak banyak makanan. Betullah tu... nampak penuh dengan bekas dim sum! Mmmm... tiba-tiba teringat pula Fuad yang tak dapat bersama... tak apalah, nanti boleh tapaukan makanan dari sini untuknya.
Antara gang jalan-jalan cari makan yang sporting.... Darwisah & Jusnawati. Belum pun menjamah makanan di sini, kami sepakat nak datang lagi. Nak santai petang pula... sebab di sini, di ruang terbuka ini anginnya nyaman sekali.....
Keadaan di dalam restoran memang penuh sesak, tapi kami bijak pilih tempat... ewaaahhh.... dan rapatkan meja kami. Gang jalan-jalan cari makan bertambah lagi seorang...Zanariah!
Eh! Tambah lagi seorang... Bellylyn! Sebenarnya Zanariah dan Bellylyn datang ke restoran ini tengahari kelmarin. Itu yang buat kami jelezzz dengan cerita mereka. Hari ini sebenarnya ramai yang nak datang tapi tiba-tiba terpaksa mereka batalkan sebab tak sempat untuk pulang semula ke sekolah untuk raptai tu.... kesian Kamsiah dan Waritie. Lain kali kami kawankan kamu pulak yea...
Ini antara dim sum @ siew mai yang kami makan. Setiap satu bekas mengandungi 3 ketul dim sum dengan harga RM4.62 sen. Itu belum masuk GST 6%. Restoran ini mengenakan GST dengan ID No: 002069630976.
Montelkan siew mai di atas tu... ini siew mai isi udang.
Ini siew mai tutup cendawan shiitake. Isi ayam. Kita kan hantu cendawan shiitake... jadi bila nampak, terus rembatlah satu bekas! Fairuz tak makan ni... kenyanglah kita makan dua ketul... Encik Suami makan seketul jew...
Ini pun siew mai isi ayam tapi campur sayur-sayuran.
Ini siew mai isi ketam. Ada lagi jenis siew mai yang lain tapi lain kalilah pulak kita cuba...
Ini Bamboo Rice... kita punya. Nasi briani ayam tu... ada ayam seketul di dalamnya dengan harga RM6.60.Wangi dan sedap!
Kali kedua Amie berkunjung ke sini ialah pada sebelah petang (keesokan harinya..iaitu petang tadi) kira-kira pukul 4.15. Perut kosong berkeroncong sebab tak sempat makan tengahari di sekolah. Ingatkan nak makan roti kawen dan minuman panas bersama Encik Suami. Bila masuk ke dalam restoran, hidangan lauk-pauk yang masih panas baru saja disajikan sebagai hidangan makan malam. Tiba-tiba terlupa tentang roti kawen....
Kita tak makan nasi tapi ambil lauk-pauk sahaja serta dua jenis dim sum yang belum kita rasa iaitu dim sum isi ketam balut rumpai laut dan juga dim sum isi udang pedas.
Inilah rupa siew mai isi udang rasa pedas.
Kita pun nak rasa juga siew mai isi ketam balut dengan rumpai laut.
Kita pun nak rasa sotong goreng.
Encik Suami nak makan ayam goreng mayonis. Berketul-ketul jugalah kita senduk masuk dalam pinggan. Harganya RM2.55 sen sahaja.
Bolehlah singgah di sini untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang atau makan malam. Semuanya panas dan segar! Dan sudah tentu rasanya sedap! Kita belikan juga 3 bungkus nasi untuk Fuad, Fairuz dan Firdaus.
Moga Encik Salam terus sukses dalam perniagaannya. Kalau datang ke Lahad Datu, cubalah berkunjung ke sini. Tak susah nak cari restoran ini sebab letaknya di tepi jalan di Darvel Bay Plaza.
Restoran ini terletak di alamat:
Moga Encik Salam terus sukses dalam perniagaannya. Kalau datang ke Lahad Datu, cubalah berkunjung ke sini. Tak susah nak cari restoran ini sebab letaknya di tepi jalan di Darvel Bay Plaza.
Restoran ini terletak di alamat:
Lot 24, 25 GROUND FLOOR
DARVEL BAY PLAZA,
LAHAD DATU, SABAH.
TEL: 089-868636
0 comments