Terima kasih daun keladi gajah.... buat pengarang Majalah SAJI, Encik Noor Joha Ahmad kerana telah memberi peluang sekali lagi dengan menampilkan 15 resepi Amie's Little Kitchen untuk turut memeriahkan ruangan masakan Istimewa Santapan Berbuka & Sahur. Kepada yang belum memiliki majalah kesayangan ramai ini, cepat-cepatlah dapatkan Edisi Julai 2015 ini di kedai-kedai berhampiran. Sekali lagi Amie ucapkan terima kasih kepada Encik Joha Ahmad...
v\:* {behavior:url(#default#VML);} o\:* {behavior:url(#default#VML);} w\:* {behavior:url(#default#VML);} .shape {behavior:url(#default#VML);} Normal 0 false 21 false false false MS X-NONE X-NONE Continue Reading
Ketika Amie duduk melepas lelah di bilik guru tengahari tadi, Fairuz (bersekolah sesi petang) tiba-tiba muncul menyerahkan kunci rumah.... hmmm... entah ke mana ghaibnya kunci rumah yang selalu Amie bawa! Terpaksalah berkongsi kunci pulak. Ketika Fairuz menghulurkan tangan untuk bersalam, Amie sempat pesan: Adik belajar rajin-rajin ye. Fairuz angguk. Kerja rumah dah siap? Tak ada kerja rumah, katanya. Petang nanti Adik nak buka...
Assalamualaikum... entri berbuka puasa lewat dipaparkan ... Hari ini tak sempat masak, mesyuarat hingga lewat petang. Setelah berbincang dengan kawan-kawan, kami ambil keputusan beli sajalah makanan di Bazar Ramadhan. Untuk pertama kalinya sepanjang berpuasa kali ini baru berkesempatan singgah di Bazar Ramadhan... Hidangan uatama, sate ayam & sate daging. Amie pernah buat sate dan pernah kongsikan resepinya di dapur maya ini. Jika berminat...
Aneka Hidangan Sup
Juadah Berbuka Puasa : Mee Hoon Goreng Seafood, Sup Jagung Isi Ketam & Koktel Buah-Buahan
Tak terasa hari ini sudah masuk hari kelima umat Islam berpuasa. Alhamdulillah.... syukur kepada Allah di atas segala nikmat yang diberikan oleh-Nya. Terima kasih buat anak-anak dan juga Encik Suami kerana tidak cerewet memilih hidangan berbuka puasa. Apa yang Amie hidangkan itulah yang mereka makan tanpa banyak soal. Hampir lewat petang, barulah sempat sediakan juadah berbuka puasa. Masak ringkas-ringkas saja. Sebelum menjelang waktu...
Hidangan Berbuka Puasa
Juadah Berbuka Puasa : Soto Ayam, Kerang Masak Sate @ Kuah Kacang dengan Nasi Himpit & Sirap Buah-Buahan
Ramadhan sudah masuk hari keempat. Semoga kita terus meraih segala keberkatan sepanjang tempoh kita berpuasa... in shaa Allah. Hari ini Amie sempat sediakan soto ayam sebagai menu utama berbuka puasa untuk keluarga kecil kami. Pada masa yang sama, terpandang isi kerang yang sudah sekian lama tidak berusik... eloklah masak saja, boleh makan dengan nasi himpit yang memang sudah tersedia sebagai bahan pelengkap soto...