Juadah Berbuka Puasa : Sate Ayam & Daging, Sirap Buah Laici & Kuih-Muih
11:26 PTG
Assalamualaikum... entri berbuka puasa lewat dipaparkan ...
Hari ini tak sempat masak, mesyuarat hingga lewat petang. Setelah berbincang dengan kawan-kawan, kami ambil keputusan beli sajalah makanan di Bazar Ramadhan. Untuk pertama kalinya sepanjang berpuasa kali ini baru berkesempatan singgah di Bazar Ramadhan...
Hidangan uatama, sate ayam & sate daging.
Amie pernah buat sate dan pernah kongsikan resepinya di dapur maya ini. Jika berminat bolehlah klik DI SINI. Boleh tengok sate ayam Amie yang gemuk-gemuk KING SIZE! DI SINI, boleh pilih aneka jenis sate dan boleh tengok resepi sate dari Singapura DI SINI.
Selain sate, Amie beli serba sedikit kuih muih seperti di bawah ini. Ada kuih berongko (dalam bungkusan daun pisang di belakang tu, Kuih gogos, dalam gulungan daun pisang di bahagian hadapan tu....
Dan satu lagi kuih tako... kuih ini khas untuk Firdaus. Hanya tinggal tiga saja, sebab tiga ketul lagi Firdaus dan buat 'buka puasa' dalam kereta semasa perjalanan mengambilnya dari kampung. Sukanya Firdaus makan kuih tako! Nampaknya Fuad, Fairuz dan Encik Suami tak berminat dengan kuih tako Firdaus tu... jadi simpan sajalah dalam peti sejuk, esok pagi boleh bawa buat bekal Firdaus.
Atas permintaan Fairuz, Amie buatkan Sirap Buah Laici. Nampaknya hanya minuman ini sajalah yang dapat Amie sediakan untuk juadah berbuka puasa kami pada hari ini.
1 comments
Waaaa, juadah berbuka Amie sangat BEST!
BalasPadam