Jom Sarapan Cucur Ikan Bilis Berjagung
9:11 PG
Selamat pagi rakan-rakan pengunjung yang disayangi. Dah sarapan ke belum. Kalau belum marilah sama-sama temankan kita sarapan di dapur. Kita sarapan jemput-jemput ikan bilis atau dengan kata lain disebut cucur. Dulu, kini dan selamanya.... inilah cucur evergreen, hasil air tangan turun-temurun dan tak pernah jemu untuk dinikmati. Cuma kadang-kadang ditokok-tambah, ikut citarasa dan selera masing-masing, tapi bahan asasnya tetap sama. Mesti ada tepung, air, garam dan bubuhlah apa saja bahan tambahan seperti udang kering atau udang basah atau juga ikan bilis dan bahan-bahan lain sebagai pelengkap! Bukan saja enak dinikmati semasa zaman kanak-kanak dulu, tapi anak-anak pun tak mahu lepas peluang kalau Amie buat cucur.... berebut nak habiskan!
Amie sediakan Cucur Ikan Bilis Berjagung untuk sarapan anak-anak. Bila musim cuti sekolah begini, memanglah tak ada tempat lain Fuad & Fairuz akan ulang-alik selain dapur. Bangun tidur saja, terus jenguk kita di dapur. Nak tahu apa kita sedang buat atau sedang masak. Termasuklah bujang kenit Firdaus tu.... he he heee. Kalau Firdaus dah jenguk dapur, memang Amie letak senduk sudip, tutup api dapur. Nak layan budak kecil tu dulu.
Anak-anak suka kalau makan cucur yang berjagung. Jadi, awal pagi lagi Amie dah adun tepung, siap goreng dan hidang atas meja. Jom kita tengok resepi cucur kesukaan anak-anak di rumah kami.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 tin jagung - toskan airnya
1/2 cawan hirisan daun kucai
1 1/2 cawan air
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan serbuk pati ayam
minyak
Bahan tumbuk kasar:
3/4 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar - cincang kasar
Cara:
1. Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan tepung gandum, bahan tumbuk, jagung, daun kucai, baking poeder, serbuk pati ayam dan air.
2. Adun sebati.
3. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng tenggelam.
4. Sendukkan adunan menggunakan sudu kecil, atau gunakan tangan dan goreng hingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan.
6. Sedia dinikmati bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.
Selamat bersarapan!
2 comments
Salam Amie,
BalasPadamBila cuti sekolah terpaksalah emak bersilat lama sikit di dapur. Sarapan simple tapi tetap menyelerakan.
sedapnya
BalasPadamsekali pandang mcam masalodeh warna dan tekstruknyamcuma masalodeh lagi leper kan..
thanks akak berkongsi , ;)