Juadah Berbuka Puasa : Nasi Lemak Sambal Udang, Agar-Agar Gula Apong & Sirap Pisang Biji Selasih
7:39 PTG
Semalam anak-anak jalan kaki ke masjid untuk berterawih. Eloklah tu... tak payah naik kereta, nak cari tempat letak kereta pun susah, halaman masjid penuh, kiri kanan jalan pun sama. He he hee... terbakar juga kilo-kilo kalori lepas berbuka puasa! Jadi, tak salah kan kalau kita hidangkan nasi lemak untuk berbuka puasa....
Encik Suami nampak tak berapa sihat. Pulang dari tempat kerja tengahari tadi, sebaik sahaja solat Zohor terus tidur bersama Firdaus. Katanya kepalanya rasa sakit berdenyut-denyut sejak kelmarin. Nampaknya Encik Suami mengambil tempat Amie sebab hari sebelumnya Amie yang rasa nak demam. Al-maklum sajalah... kami berdua bersengkang mata menjaga putera bongsu kami, Firdaus yang terkena sakit cacar. Bila Firdaus sudah sihat, kami pula yang sakit.
Biarlah dua beranak itu tidur....
Amie menyelinap ke dapur. Buat apa yang patut. Hmmmm... dapur pun rupa kapal karam! Hihihiii.... jom kemas mana yang patut sambil cari idea nak masak apa untuk juadah berbuka puasa.
Alhamdulillah... hidangan Nasi Lemak Sambal Udang siap juga akhirnya sebelum tiba waktu berbuka. Amie lengkapkan dengan Agar-Agar Gula Apong sebagai pencuci mulut, dan air Sirap Pisang Biji Selasih.
Ini Agar-Agar Gula Apong yang pertama kali Amie buat. Lain kali Amie buat cantik-cantik sikit dan kongsikan resepinya. Kali ini, minta maaf ye... kelam kabut nak buka puasa sampai tak sempat nak ambil gambar... ahaks!
Encik Suami siap berpesan, selepas solat terawih katanya nak sambung makan nasi lemak. Katanya, sambal udang yang Amie masak... sambal udang yang paling sedap pernah dia makan! He he hee... Amie ingat pada mulanya nak kongsi resepi Agar-Agar Gula Apong (Encik Suami kata sedap), tapi bila Encik Suami kata sambal udang tu paling sedap, Amie kongsikan sajalah resepinya di sini sebab takut terlupa bahan yang Amie gunakan. Nampaknya masak main campak-campak hasilnya lagi sedap yea... Bolehlah Amie gunakan resepi ini lain kali. Untuk resepi nasi lemak, bolehlah klik di sini:
Aneka Pilihan Resepi Nasi Lemak, ada macam-macam resepi nasi lemak dan lauk-pauk pilihan. Dan bagi adik-adik dan anak-anak dara yang nak tutorial masak nasi lemak bolehlah jenguk sini: Enaknya Resepi Tradisi : nasi Lemak Oh Nasi Lemak! Kalau nak merasa hidangan nasi lemak dari negara jiran, jemputlah ke sini: Nasi Lemak : Asian Food Fest - Singapore.
Kepada yang ingin mencuba resepi Sambal Udang, bolehlah tengok bahannya di bawah ini. Amie tidak gunakan belacan seperti selalu sebab stok belacan sudah habis, jadi Amie gantikan dengan udang kering. Selain itu Amie tambahkan buah keras untuk memekatkan kuah sambal. Udangnya pula Amie goreng dulu supaya tak keluar air semasa ditumis bersama sambal. Nah! Gandingan mantap bukan... udang sudah digoreng, bahan kisar mengandungi buah keras yang akan memekatkan kuah dengan cepat, dan gula melaka yang turut membantu mencantikkan warna sambal... mmmmm... perasan sendiri nih!
Bahan-bahan:
500 gram udang kertas - bersihkan - belah belakang dan tarik uratnya - gaul dengan secubit garam - ketepikan
20 biji mata petai
1 sudu makan pati asam jawa
1/2 cawan gula melaka yang dihancurkan
1 batang serai - dititik
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak
Bahan kisar:
30 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 biji buah keras
3 sudu makan udang kering - rendam hingga lembut
1 cm halia
Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga berubah warna. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak gorengan udang tadi dan tumis semua bahan kisar dengan api sederhana panas hingga pecah minyak.
3. Masukkan serai, asam jawa dan gula melaka.
4. Setelah sambal berubah warna dan sebati, masukkan udang bersama petai.
5. Masukkan garam secukup rasa, dan gaul rata.
6. Setelah mata petai berubah warna, padamkan api dapur.
7 comments
aduh Mie mengancam lah semua menu tu, tak boleh hanya pandang2 je ni, esuk lusa kena tiru ni pastiii hehee
BalasPadamSamalah kak Noor..esok lusa kita buat ye..dah terliur sgt dengan nasi lemak Amie yg penuh berseni..org kelate kata beralus (halus-lembut, cermat, cantik)..
BalasPadamSemoga Amie dan keluarga sentiasa sihat... alhamdulillah Firdaus pun dh sihat dari demam cacar..
BalasPadamBest nasi lemak untuk buka puasa!
menarik
BalasPadampeberet say nasilemak hihi
selamat berpusa kak amie ;)
Kak Noor,
BalasPadamdah masak nanti jangan lupa panggil saya ye Kak Noor....
Cik Wan,
terima kasih... jangan lupa juga panggil saya makan he he hhe... adeeehh Cik Wan, penuh berseni saya tu sebenarnya hentam keromo aje..
Zanita,
alhamdulilah.. sihat walafiat, teringin nak makan nasi lemak ni..
Qasehnya Rania,
selamat berpuasa juga, jemput buka puasa dngan nasi lemak
Assalam k.amie..selamat berpuasa. Sy dah try resepi ni. Memang sedaplah Kak. T.kasih share resepi ye
BalasPadamPuan Hazel,
BalasPadamwaalaikumussalam... terima kasih sudi cuba resepi.