Popia Inti Sedap : Popia Burger Berkeju
10:17 PTG
Jom cuba resepi Popia Burger Berkeju. Mmmmm... gulung kulit popia belum selesai, inti sudah separuh masuk mulut! Amie jangkakan akan gunakan 40 keping, tapi cuma dapat bungkus lebih kurang 35 keping sahaja!
Sesekali cuba menu ala-ala fusion tak ada salahnya kan. Bukan bertukar pun biji mata hitam kita ke warna hijau biru huhuhuuuuu.... Amie gunakan burger daging jenama bang Ramly, sebanyak 360 gram atau pun 6 keping. Amie tambahkan 3 sudu makan keju parmesan dan 200 gram parutan keju cheddar. Seperti biasa, anak-anak suka lobak merah dan jagung, Amie pun bubuh 1 cawan setiap jenis.
Bahan-bahan:
kulit popia secukupnya
1 biji putih telur
minyak
secubit garam / perasa pilihan - jika perlu
Bahan inti:
6 keping burger daging - hancurkan
1 cawan hirisan lobak merah
1 cawan jagung tin
1 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
3 sudu makan keju parmesan
200 gram keju cheddar - diparut
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih serta bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan burger daging, lobak merah dan jagung. Gaul sebati.
3. Tambahkan keju parmesan dan keju cheddar. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
4. Jika suka masin boleh tambahkan garam, tapi Amie tak bubuh sebab burger dan keju sudah cukup rasa.
5.Letakkan inti secukupnya di atas kulit popia, lipat kiri dan kanan dan seterusnya gulung serta lekatkan dihujungnya dengan sedikit telur putih.
6. Goreng popia di dalam api sederhana panas. Bila warnanya kuning keemasan, angkat dan toskan.
7. Hidangkan bersama sos pilihan, atau makan begitu saja.
Mmmm... jom makan! Popia Burger Berkeju memang sedap, kulitnya rangup di luar, intinya berkeju di dalam!
3 comments
alahai kak Amie cayang..sggh sedapp inti popia itu..yana suka sgt klu ada cheese.. ^_^
BalasPadamsedap popia ni, buat minum petang bersama teh O panas...memang umphhh...
BalasPadamsedapnya..
BalasPadamterasa2 dah kat tekak ena ni kak..