Nak Masak Apa Anak-Anak Ketam Nih?
4:22 PTG
Hohohooo..... ada anak-anak ketamlah! Cantik dan masih fresh! Terus terfikir nak goreng dan lepas tu ratah-ratah saja! Okey kan....
Dah pun siap!
Memang nampak fresh ketam ni. Encik Suami yang pilih. Ada tiga saiz ketam sebenarnya di pasaraya tu. Saiz besar, sederhana dan paling kecil. Bila Amie kata nak saiz paling kecil, Encik Suami teragak-agak nak ambil. Agaknya terfikir nak makan apanya.... ada ke isinya?
Encik Suami ambil sajalah... ikut saja kemahuan isterinya nan tercinta...eh! Iye ke... ha hahahahah! Wokeeeyyy.... anak-anak ketam campur antara jantan dan betina lebih kurang 13 ekor semuanya.
Betulkah anak-anak ketam? Tu haaa... ada telur dalam perut ketam betina tu! Tang telur inilah yang paling Amie suka!
Sebab sayang sangat tang telurnya, sampai kulit ketam yang berisi telur ketam (terselit di dalamnya) Amie pun goreng sekali!
Anak-anak ketam yang siap bergoreng sedang beratur untk menunggu giliran dimakan. Oh ya! Resepinya pulak.... Amie gunakan Campuran Tepung Goreng Rangup jenama Bestari. Bancuh dengan sedikit air gaulkan ketam tadi. Amie suka ada aroma pada gorengan ketam ini, jadi Amie tambahkan hirisan daun ketumbar dalam bancuhan tepung tadi. Goreng menggunakan minyak yang banyak dan angkat bila kelihatan kuning keemasan. Toskan, dan biarkan seketika sebelum diratah. Jangan ratah sebaik keluar dari kuali, kang lidah tu terbakar siapa yang susah?
10 comments
Assalam amie,apa kbr, lama tak BW. segarnya nampak ketam tu, sedapnya goreng ranggup mcm ni, harga mcm mana ek amie kat sana, agaknya spisis kecil molek, tapi dh jadi mak tu heheh
BalasPadamEmbun Rosaliza,
BalasPadamwaalaikumussalam.... khabar baik, sihat alhamdulillah.
Harga ketam di sini tak menentu, suka-suka penuaga je nak letak harga... kadang-kadang 1kg mencecah rm18-19. Time naik harga pernah sampai RM25 tapi kecik je saiznya.
assalam kak amie..
BalasPadamalahaiii.. ketam cumel ye.. :)
mahal jugak walaupun cilik gitu... kalau nani dapat ketam mak ke, bapak ke.. anak ke.. bayi ke.. nani goreng juga kak.. ratah camtu je.. sedap mentelaah makanan dengan asyik.. :) wahhhh sampai ke mentelaah ni.. salah menggunakan perkataan.. :) apa pun tang telo tu paling nani suka.. bak sikit..
Nani,
BalasPadamWaalaikumussalam... kalau kak Amie dapat mak bapak ketam, kak rebus aje Nani... puas meratah isinya hahahah.. yang anak-anak nan cumil ni goreng garing2 sebab nak ratah kakinya yang kecik2 tu hihiiii...
Salam kak..
BalasPadamTerliur sy melihat ketam2 yg comel itu..
Segar bugar nampak ketam tu..
BalasPadamketam masak apa pun sedap..goreng garing makan ngan sos cili pun sedap
Assalamualaikum Amie..
BalasPadamHidangan ketam memang nampak menyelerakan. Makan dengan nasi panas, pasti akan bertambah-tambah!
ketam butter with telur masin pun sodap amie...
BalasPadamSedapnya.... rindu kat kampung. Teringat masa budak hingusan selalu lepak kat pantai selalu nampak nelayan bawa balik hasil yg lumayan . Budak pun ramai main kuis2 pasir,cari kijing,remis,kerang, ikan dan belangkas air dia jernih boleh nampak belangkas . Walaupun pantai kami berlumpur tetap ada rasa enjoy.Balik rumah kena marah sebab baju bau lumpur basikal habis kena cat lumpur. Tapi yg seronoknya bila hasil tangkapan dapat di rasai seisi keluarga. Sekarang hilang serinya sebab pembangunan. Tinggal kenangan tak dapat nak tunjuk kat anak2 dan suami betapa seronoknya pg pantai semasa masih suci.

BalasPadam