Ikan Bakar Sedap!
4:18 PTG
Hari ini redup sejak pagi, sebelah tengahari pula mendung dan gelap menjelang petang. Tanda-tanda hujan turun memang nampak ketara tapi titisan gerimis belum kelihatan. Tengah bermalas-malasan ni di depan televisyen, sambil temankan Firdaus tidur. Apa kata kita tengok resepi Ikan Bakar, hidangan kami tengahari tadi. Resepi ini Amie ambil dari blog AZIE yang katanya dapat dari Restoran Kak Chaq yang terletak berhadapan dengan Mahkamah Kangar. Sebenarnya, Amie panggang ikan dalam oven, bukannya bakar atas arang. Memang niat di hati nak panggang guna arang, tapi rupanya arang pulak dah habis anak-anak gunakan untuk panggang sate minggu lepas. Kalau bakar pakai arang tentu lebih sedap lagi rasa dan aroma Ikan Bakar ni!
Kebetulan pagi tadi sebelum Encik Suami ke tempat kerjanya (haiiyyoooo....hari minggu pun kena siapkan kerja!), sempat pula belikan kami sarapan pagi. Dan katanya, ada ikan kembung dan sayur di dapur. Maklumlah, kita sibuk dengan Firdaus, tak sempat nak tengok apa yang dibelinya. Bila Amie tengok ikan kembung... wah! Masih segar dan cantik! Ada 11 ekor semuanya. Nanti, kalau Firdaus tidur bolehlah Amie buat Ikan Bakar!
Alhamdulillah, ketika Firdaus sedang lena, Amie terus menyelinap ke dapur. Dapat masak nasi, masak sayur dan siapkan Ikan Bakar pun sudah memadai. Bukan apa, Firdaus suka masuk dapur, jadi risau juga Amie kalau tengah buat kerja dapur, tak nampak pula apa yang Firdaus buat di sudut-sudut dapur!
Syukurlah, masa yang diambil untuk memanggang @ membakar ikan tidaklah lama. Bila mata ikan jadi putih dan timbul (macam gambar di atas tu) bermakna sudah masaklah isinya. Tak perlu panggang lama-lama, nanti isi ikan menjadi kering tanpa jus. Fuad makan 3 daripada 11 ekor ikan, dan Amie pun sama juga! Terima kasih buat Azie dan juga Kak Chaq. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi rezeki buat anda berdua.
Azie tidak memberikan sukatan dalam resepi ini, jadi Amie ubahsuai sendiri.
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung - bersihkan - lumur dengan sedikit garam dan kunyit - ketepikan
Bahan perencah:
1/2 cawan pati santan
2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam / perasa pilihan
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh susu pekat
Cara:
1. Satukan kesemua bahan perencah.
2. Panggang atau bakar ikan. Setelah ikan masak, lumurkan dengan bahan perencah.
3. Baik-balikkan ikan
4. Bila mata ikan menjadi putih atau tersembul ke atas, angkat.
5. Hidangkan bersama sambal belacan, air asam atau ratah begitu saja.
9 comments
aduhai... sedapnyer. teringin rasanya.
BalasPadamterliur la Amie,dah tengok hari tu kat blog Kak Azie nampak serupa dan saya mesti cuba buat nanti.
BalasPadamAduuh Amie sayang. Menelan nelan air liur ni. Gulp gulp. Nampak gambar pun dah sedap sangat. Nnt nak cari ikan kembung yang leper badannya, boleh bakar banyak banyak dan meratah
BalasPadamwah sedapppp ni bakar2 ratah je sambal biar pedas sikittt waduhhhhh terangkat ni
BalasPadamAssalam kak amie..td dah singgah tp xnampak gambar ikan tu entah la psal apa..skrg mai lagi..mmg nmpk sangat sedap tu..
BalasPadamKebetulan mmg ada ni ikan kembung tp seket jer la..boleh cuba ni..
Assalam kak amie..td dah singgah tp xnampak gambar ikan tu entah la psal apa..skrg mai lagi..mmg nmpk sangat sedap tu..
BalasPadamKebetulan mmg ada ni ikan kembung tp seket jer la..boleh cuba ni..
assalam
BalasPadamsedappp nya ikan bakar k amie ni
sy memang suka ikan kembung bakar berbanding ikan2 lain
waduhh waduhh Kak Amie..sedapnyaa ikan bakar itu.. kalau yana memang ratah je nii..cicah sambal pedas..alahaii nikmat tak terkata hehee
BalasPadamsedappnyer terus lapo dibuatnya la
BalasPadam