Pucuk Timun Jepun Masak Lemak
7:44 PTG
Pernah makan sayur pucuk timun Jepun? Entah betul entah tidak namanya begitu.... Amie ikut sajalah seperti apa yang disebut oleh penduduk setempat. Kakak ipar Amie suka beli sayur ini sekiranya melalui Kundasang, jadi dapatlah kami seikat dengan sayur-sayuran yang lain. Biasanya sayur ini ditumis begitu saja tapi kali ini Amie cuba masak lemak pula.
Amie bubuh hirisan daging sebagai perencah. Boleh gunakan udang kering ke, udang basah ke, sotong atau ikan bilis dan juga belacan kalau tak mahu gunakan daging. Kalau suka pedas bolehlah bubuh cili padi atau cili merah lebih sikit. Di bawah ini, beginilah rupa pucuk timun Jepun tu.
Resepi : Pucuk Timun Jepun Masak Lemak
Olahan: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ikat pucuk timun Jepun - petik pucuknya yang lembut mengikut panjang yang diingini
400 ml santan pekat
2/3 cawan hirisan daging
sedikit minyak
garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
15 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air dan biarkan masak sampai empuk.
3. Masukkan pucuk timun Jepun, dan gaul rata sehingga daun layu.
4. Tambahkan santan pekat, garam & perasa pilihan.
5. Masak sehingga kuah santan mendidih, dan kacau sekali-sekala supaya tidak pecah santan.
8 comments
amie, terus lapar menatap hidangan yg super sedap nampaknya :)
BalasPadamselalu nampak pucuk ni,ingatkan pucuk labu!
BalasPadamMasa kat sarawak, selau juga jumpa yang jual pucuk timun kat Satok, tapi tak pernah beli sebab tak tau nak masak apa.Biasa beli pucuk labu je.
BalasPadamSedap pulak nampak sayur tu Amie, mesti berselera makan tambah kalau ada ikan masin ni..hehe
Nampak menyelerakan la Amie...
BalasPadamSalam K.Amie, sekali pandang macam pucuk labu. Tentu sedap kan di buat masak lemak dan rampai dengan daging mcm ni.
BalasPadamSalam kak amie..mcm penah nmpk kat pasar, tp xpenah pula beli. nnti nk cuba beli juga lah.
BalasPadamSdp ni kn..telan liur sekejap kak mie
BalasPadamSelalu jgk tengok pucuk ni,, ingatkan pucuk labu...tapi tak pernah beli..
BalasPadamMmng terliur tengok masakan kak amie tu...