Risotto Bebola Sotong
8:58 PTG
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua.
Malam ini Amie kongsikan resepi Risotto Bebola Sotong. Ini merupakan kali ketiga Amie menghidangkan risotto untuk keluarga. Kepada sesiapa yang ingin melihat resepi Risotto Bebola Ayam Amie yang lepas bolehlah klik DI SINI dan DI SINI.
Beberapa orang rakan FB pernah bertanya mengenai hidangan ini... apa itu risotto? Jawapan paling ringkas mengenai pertanyaan apa itu risotto sudah tentulah : Risotto ialah olahan nasi tradisional Itali.
Apa itu risotto? Jom klik : What is risotto?
Risotto is an Italian rice dish that can be time-consuming to prepare in the traditional way. When prepared well, it has a rich, creamy texture, with each individual grain of rice standing out clearly and having a hint of a bite, rather than being soft or mushy. Some Italian restaurants offer risotto, and it is also possible to make this dish at home. Many grocers also sell boxed versions, with the claim that cooks can just add water or broth, although purists believe that this results in an inferior product.
Making risotto is a complicated process. It starts with frying rice, onions, herbs, and garlic in oil, butter, or a mixture of the two until everything is evenly coated and slightly translucent. Then, white wine is splashed in and the mixture is continually stirred until the wine has evaporated. Next, broth is added in small amounts at a time, while the cook continues to stir the rice. As the broth evaporates, more is added, with the entire process taking around 20 minutes from the time the wine hits the pan.
Risotto berasal dari Itali Timur seperti Easttern Pidmont, western Lombardy dan Vineto. Nasi diolah sehingga menjadi lembut dengan menambah mentega, krim dan keju. Bagaimana pun cara masakan orang Itali berbeza dengan cara kita memasak nasi. Orang Itali memasak nasi dengan menumis beras di dalam mentega atau minyak zaitun dengan tujuan lapisan beras akan nampak berkilat. Kemudian mereka akan menambahkan anggur putih dan juga stok yang masih panas. Tempoh memasaknya tidak lebih daripada 20 minit. Kalau anda suka menonton beberapa rancangan masakan di kaca televisyen, sudah tentu anda akan terpandang hidangan risotto yang seakan-akan nasi yang kelihatan belum tanak. Itulah cara masakan mereka!
Terdapat pelbagai jenis masakan risotto. Ada yang berinti daging, ikan, makanan laut, sayur-sayuran dan juga keju. Misalnya Risotto al Barolo menggunakan inti daging manakala Black Risotto pula dimasak bersama sotong serta dakwatnya hingga berwarna hitam!
Sumber : Majalah SEDAP
Amie cuba resepi risotto olahan sendiri. Sebelum ini masakan risotto Amie berpandukan buku resepi, tetapi kali ini Amie cuba olah mengikut cita rasa sendiri. Amie gunakan mentega untuk menumis bawang, halia, kulit kayu manis dan buah pelaga. Amie gunakan bebola sotong dan juga satu tin jagung. In shaa Allah pada masa yang lain Amie akan cuba masak risotto dengan menggunakan keju dan juga krim.
Resepi : Risotto Bebola Sotong
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 cawan beras - Amie gunakan beras basmathi (direndam selama 20 minit) - untuk resepi risotto sebenar, gunakan beras Arborio iaitu beras Itali yang berbentuk lebih pendek, besar dan bulat
6 cawan air
2 sudu makan stok ayam pekat
1 tin jagung
20 biji bebola sotong
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu makan lada putih - ditumbuk
bawang goreng
5 sudu makan mentega
Bahan hiris:
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4cm halia
Cara:
1. Panaskan mentega di dalam rice cooker.
2. Tumis semua bahan hiris termasuk buah pelaga, dan kulit kayu manis sehingga wangi.
3. Masukkan air dan stok ayam pekat. Biarkan mendidih.
4. Masukkan lada putih, beras, jagung dan bebola sotong.
5. Kacau rata dan kemudian tutup periuk.
6. Biarkan hingga nasi masak.
7. Gaul bersama bawang goreng sebelum dihidangkan.
Sotong-sotong kecil yang bersusun di tepi piring nasi tu sebenarnya untuk eksesori saja... tak ada kaitan dengan Risotto Bebola Sotong! Jadi tak payahlah Amie tuliskan resepinya! Ngeeeee....
6 comments
Salam Amie...mmg nampak sedap!Klu dekat atie dah hulur pinggan kat pagar umah...:)
BalasPadamitaliano kak amie?...ya mammamia..
BalasPadamSedapnya, nak cikit!!
BalasPadamsalam kak amie..
BalasPadamui, bestnya menu tu..menarik la..mesti sedap kan..tengok ja pun sudah terliur ni..
Salam kak amie..muah muah kiss dulu hahaha
BalasPadamKak amie ni memang suka buat risotto..dah byk kali mieza nampak akak post resepi risotto..setiap kali itulah mieza teringin sekali mencubanya..jenuh pusing KL nak cari beras risotto tapi belum ada jodoh..bila nampak Kanda Jamie Oliver buat kat TV lagi lah encik suami bersungut nak makan..huhuhu..nak dtg umah kak amie lah bw mangkuk hehehe
Mcm nk try jgk kak..nmpak sdap sgt..klu kak amie buat byk kli mksdnye sdap ls tu kn
BalasPadam