Jom Layan Kek Pisang Peanut Butter ....

8:50 PG

Pagi semua....
Sementara menunggu Firdaus bangun tidur untuk dimandikan, jom layan sepotong dua Kek Pisang Peanut Butter dengan secawan horlicks panas. 


Biasanya matahari pagi yang muncul dari Laut Sulu amat terang benderang memancar ketika ini. Eloklah ambil gambar di tepi tingkap, tapi tiba-tiba suasana menjadi seakan kelam pula. Jerebu ke? Atau mendung? Entahlah... yang penting nak edit gambar sebelum Firdaus bangun!



Minggu lepas Amie buat Kek Pisang Mentega Kacang, menggunakan pisang tanduk sebab tak ada pisang lain. Kali ini Amie buat lagi kek yang sama tetapi bukan gunakan pisang tanduk. Amie pun tak tahu apa nama pisangnya....  Encik Suami selalu bawa balik pisang pemberian rakan-rakannya! Tak kishlah pisang apa pun, yang penting boleh dimakan, betul tak. Tapi kalau nak puas hati, gunakanlah pisang berangan yang wangi dan halus mulus hasil kejadiannya. Amie buat kek pisang lagi sebab suka sangat dengan aroma dan rasa mentega kacang halusnya tu.


Resepi : Kek Pisang Mentega Kacang @ Peanut Butter
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2.5 cawan tepung gandum (2 1/2 cawan)
400 gram pisang masak ranum - sebaiknya pisang berangan
4 sudu makan mentega kacang halus @ peanut butter
3/4 cawan gula perang
1 cawan minyak canola (minyak jagung / minyak kelapa sawit / mentega cair - ikut citarasa masing-masing)
4 biji telur 
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh essen pisang (kalau tak suka baunya, tak payah bubuh)
secubit garam

Cara:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.
3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.
4. Masukkan mentega kacang halus danpukul lagi.
4. Masukkan garam, essen pisang dan pisang lecek. Pukul perlahan.
5. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
6. Tutup mixer dan masukkan minyak. Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai - terpulang bentuk bulat atau persegi.
8. Bakar dengan api sederhana (180'C) selama 40 minit atau sehingga masak. Dan seperti kebiasaannya sekiranya ingin mengetahui sama ada kek sudah masak atau sebaliknya, cucuk gunakan lidi sate. Jika lidi anda licin bermakna kek sudah masak dan boleh padamkan api. Jika lidi sate masih tersalut adunan bermakna anda perlu membakarnya lagi sehingga benar-benar masak.


Wokeyyyyy.... Firdaus masih belum bangun. Jom minum sama.... Lepas ni nak siapkan air mandi Firdaus.

18 comments

  1. Sedapnya kak amie kombinasi pisang dan peanut butter..kat rumah ni banyak pisang emas je..pusing2 pisang itu sajalah dimakan

    BalasPadam
  2. macam senang jer resepi ni, kak 400g pisang tu agak2 pisang bapa bijik yer...

    BalasPadam
  3. alai... kempunan lagi saya nk try resepi kek pisang kak amie nie....
    lum berkesempatan lg nk beli oven baru....

    BalasPadam
  4. nampak gebu dan lembut saja kek tu,terliur pula saya.

    BalasPadam
  5. sedapnya nmpk kek k.amie....:-)

    baby kcik sy pun tgh tdo kak...ni bru dpt nak bw...huhuhu....kenkadang dia tdo..x smpt gak nak update blog....sbb da leka buat keje lain plak....da mcm lipas kudung dah gayanya ni.....huhuhu...

    tp bila bukak blog...lain halnya plk yg muncul tu....mcm2 dugaan btul....:-(

    BalasPadam
  6. pagi2 tayang k.pisang...ngences nyong..
    ucu pagi ni mkn nasik lemak bungkus separu daun pisang...jadi le adalah jugak sama2 tajuk pisang kan....hahaha

    BalasPadam
  7. Mel,
    sedap tu kalau pisang emas dibuat kek dengan peanut butter!

    Masya,
    bergantung dengan saiz pisangnya Masya, biasanya kalau dah lecek lebih kurang 1 cawan lebih sikit...

    Myda,
    kena tunggu oven baru sampailah ni ye Myda.

    BalasPadam
  8. Suzana,
    kek pisang memang selalunya gebu.

    Syifa,
    sama-samalah jadi lipas kudung kita ni Syifa, asyik terkejar2...mana yang dapat he he ehh.

    Ucu,
    dah di rumah sorang2, malas buat sarapan... makan ajelah kek pisang tu.

    BalasPadam
  9. Amie..ada lagi kek? Ummi datang nak makan ni, hik!!

    BalasPadam
  10. laparlah plk singah blog amie nie...hihik

    BalasPadam
  11. Sedapnya ni..suka betul kalau makan kek mcm ni n kasi ganding sama the O panas kurang manis...mantop la...cantik teksture kek tu kak...

    BalasPadam
  12. sedapnya.. rasa lapar le pulak..

    BalasPadam
  13. Both r my feveret ! perfect combo..must try!

    BalasPadam
  14. jerebu sekarang ni kak tapi tempat qema panas membahang..

    sedapnya kek pisang pekena ngan kopi o panas :)

    BalasPadam
  15. Hai, salam kak amie..

    bestnya makan kek pisang peanut butter..menarik la resepi ni kak..mau try la juga nanti..

    BalasPadam
  16. A ahh..dalam cuaca terang saya nampak kek tu cunggg sangat...cerr close up sket...ye lahhh mmg nampak sedap...nakkk!!! Upsss xleh jerit kuat2 nnti si kenit tu bangun....heee

    BalasPadam
  17. nampak lembut kek pisang nya.lain kali mau buat ahh..mari Firdaus abis mandi main ke rumah tante Melly jgn lupa suruh bunda bawa keknya sekali yah...hehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe