Ayam Panggang Yogurt & Nasi Mayonis

3:10 PG

Assalamualaikum.
Sepatutnya Ayam Panggang Yogurt yang seksi terlentang di bawah ni Amie panggang pada hari Isnin, sempena hari ulang tahun Encik Suami. Kebetulan pula selepas Amie perap ayam nan seekor itu, Encik Suami ajak ke kampung kerana ada urusan yang hendak diselesaikannya. Jadi memikirkan kami akan balik agak lewat malam, Amie pun simpan ayam perapan tadi di bahagian sejuk beku dalam peti ais memandangkan kesuntukan masa untuk memanggangnya.


Menjelang subuh, Amie keluarkan ayam tadi dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk supaya ayam menjadi lembut. Jadi, memang meresaplah segala rempah-rempahan pemerap setelah semalaman dibekukan. Pada sebelah petangnya, Amie pun pangganglah ayam seberat 1.7 kg dan hasilnya seperti di bawah ini.


Resepi Ayam Panggang Yogurt ini Amie pinjam dari dapur ZILA. Terima kasih banyak ye Zila kerana sudi kongsi resepi ayam panggang yang mudah tetapi sangat sedap ini. Habis licin seekor... hanya tinggal tulang dan aluminium foil sahaja!



Resepi : Ayam Panggang Yogurt
Sumber : Zila 4ever


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 4 dicuci bersih

1 cawan yogurt
3 sudu makan minyak zaitun - kalau tak ada minyak biasa pun boleh
2 sudu makan jus lemon
garam - Amie gantikan dengan 1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
2 sudu gula - Amie gantikan dengan 2 sudu makan madu
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan jintan kasar - ditumbuk
1/2 susu jintan halus - ditumbuk
1 sudu makan  rosemarry - ditumbuk
1 sudu makan ketumbar biji - ditumbuk
1 sudu makan lada hitam kasar
1 inci halia - ditumbuk halus
1/2 sudu serbuk kunyit
2 batang serai di ketuk

Cara:
1. Satukan kesemua bahan dan lumurkan pada ayam.
2. Perap selama 1 hingga 3 jam.
3 .Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil.

4. Bakar sehingga masak dan garing, lebih kurang 50 minit, ikut oven masing-masing. Amie gunakan suhu 180'C.



Amie sediakan Nasi Mayonis untuk digandingkan dengan Ayam Panggang Yogurt. Resepi ini  Amie perolehi daripada buku masakan Aneka Hidangan nasi, tetapi Amie telah ubahsuai mengikut citarasa sendiri.

Resepi : Nasi Mayonis 
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi - cuci bersih dan rendam selama 20 minit
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
1 helai daun pandan
4 sudu makan mayonis
1/2 cawan kacang gajus goreng

Bahan tumis:
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
2 cm halia - hiris halus
1 sudu makan serbuk kari daging - bancuh dengan sedikit air
2 biji tomato - cincang
1 pelepah daun kari 
4 sudu makan minyak zaitun

Cara:
1. Masak nasi seperti biasa dengan mencampurkan perencang MAGGI Cukup Rasa dan daun pandan hingga tanak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu dan kekuning-kuningan.
3. Masukkan bancuhan serbuk kari serta daun kari. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Tutup api dapur. 
5. Masukkan mayonis, tomato dan nasi. Kemudian gaul sebati bersama bahan tumisan tadi.
6. Sedia untuk dihidangkan.



Ayam Panggang Yogurt ini sebenarnya enak diratah begitu saja. Amie sediakan sos lada hitam sebab Fuad suka sangat dengan sos ini. Kalau boleh dia mahu banyak-banyak bubuh sos ini dalam pinggannya seperti di bawah ini.



Amie memang suka sangat resepi Ayam Panggang Yogurt ini. Isi ayam panggang ini sangat sedap dan nampak berjus hasil perapan yang lama! In shaa Allah pada masa yang lain Amie akan cuba lagi hidangan sebegini, dan ingin gandingkannya dengan kentang bakar pula!


Selamat ulang tahun buat Encik Suami.... moga hidup kita bersama cahaya mata yang disayangi sentiasa mendapat keberkatan Ilahi. Amin.

9 comments

  1. Salam syg kak amie..tq sudi mencuba..zila suka ratah mcmtu jew .x jd lauk aym tu..hppy belted bthday to en suami yer..ada buat kek x kak?

    BalasPadam
  2. Assalam amie, casntik sekata je ayam panggang yogurt tu sedap nya cicah dgn black peper soskan.

    Semoga amie sentiasa di beri kebahagian hidup bersama suami n anak2, hepi belated besday buat suami amie

    BalasPadam
  3. salam amie. apa kabar. Muga semuanya sehat. Baby dah pandai apa..
    hmm.. ayam panggang ya. Bundo suka ayam panggang. Mudah dibuat dan sedap.mesti anak2 makan sampai jilat jari kan.

    BalasPadam
  4. mmg nmpak best sgt ayam tu, nnt liza pun nk try jugak la...thnx ye

    BalasPadam
  5. salam
    wow besarnye ayam tu..npk sedap!!

    BalasPadam
  6. Saya belum pernah panggang ayam seekor. Maklumlah penghuni rumah tak ramai.

    BalasPadam
  7. Salam kak amie.. wahh.. cantik je posing ayam tu.. tun xpenah panggang sekor ayam. paling besar pon suku ekor je.. hihi

    BalasPadam
  8. cntik warna ayam tu..terliur yui tgk kak..hihi

    BalasPadam
  9. Salam Amie.. Terliur tengok ayam panggang tu.. boleh cuba hujung minggu ni In Syaa ALLAH hehehe...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe