Homemade Beef Lasagna
9:46 PTG
Assalamualaikum.
Hari ini Amie buat Beef Lasagna sebagai hidangan tengahari kami. Dua tiga hari lepas sejak Amie letakkan 3 kotak lasagna di sudut dapur, Fairuz dan Fuad asyik tanya bila Mummynya nak masak benda tu.
Setelah bergotong-royong dengan Fuad, akhirnya siaplah satu loyang Beef Lasagna panas meleleh penuh berselimut dengan sos putih serta taburan keju parmesan dan keju cheddar.
Memandangkan Amie tidak mempunyai banyak masa untuk berada di dapur sepanjang waktu, jadi Amie ajar Fuad untuk membuat inti lasagna, sos putih dan Fuad juga yang mencelur kulit lasagna. Bukan main seronok bujang Amie ini sebab diberi peluang untuk memasak! Apalagi ketika mengacau sos putih dalam kuali. Sempat dia mencicipi sos putih beberapa kali yang katanya sedap sangat!
Inilah rupa Beef Lasagna yang baru keluar dari oven dan terus dipotong. Maklumlah takut tak sempat ambil gambar kalau sudah dihadap ramai-ramai! Abaikan rupa parasnya tu... memang begitulah keadaannnya yang melimpah ruah dengan keju! Bagi yang belum mahir membuat lasagna sendiri seperti Amie, jemput ke blog CIK EPAL dan blog CAHAYA CINTAKU untuk tutorial resepi homemade beef lasagna. Terima kasih Cik Epal dan Cahaya Cintaku kerana sudi berkongsi resepi dan memberi panduan untuk membuat Beef Lasagna dengan mudah, dan sudah semestinya sangat sedap! Resepi yang Amie tulis di bawah ini merupakan resepi yang diubahsuai daripada pelbagai rujukan ikut citarasa Amie.
Bahan-bahan:
1 kotak San Remo Instant Lasagna
1 liter air
2 sudu makan minyak zaitun
250 gram keju Mozzarella - keju Cheddar pun boleh
150 gram keju Parmesan
Bahan inti:
400 gram daging cincang
1 tin tomato puri
1 tin cendawan butang
1 labu bawang besar - dicincang
7 ulas bawang putih - di pecahkan dan dicincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecul serbuk oregano
2 sudu makan sos cili
4 sudu makan minyak zaitun
garam / perasa pilihan
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan minyak zaitun dan kepingan lasagna. Masak hingga lembut, dan toskan airnya. Gaulkan dengan minyak zaitun dan ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu dan wangi.
3. Masukkan daging cincang. Kacau sehingga daging cincang berubah warna.
4. Masukkan tomato puri dan sos cili, dan kacau sebati.
5. Masukkan cendawan butang. Gaul rata.
6. Masukkan garam /perasa pilihan.
7. Taburkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
Bahan untuk sos putih:
125 gram mentega
125 gram keju Cheddar
600ml fresh milk
4 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Cara:
1. Gunakan api kecil untuk memanaskan mentega di dalam kuali sehingga cair.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan fresh milk diikuti dengan keju Cheddar.
4. Masukkan garam dan serbuk lada putih. kacau sehingga likat. Ketepikan.
Bila semua bahan yang diperlukan sudah siap, Amie dan Fuad pun sama-sama menyusun kepingan lasagna. Kemudian Fuad menuangkan inti daging cincang di atasnya diikuti dengan sos putih yang sangat digemarinya itu! Tidak ketinggalan taburan keju parmesan dan parutan keju Cheddar di atasnya sebelum ditutup dengan kepingan lasagna untuk lapisan yang seterusnya. Akhirnya kami dapat menyusun 3 lapisan dan kemudian dibakar dalam oven menggunakan api atas dan bawah pada suhu 180'C selama 40 minit.
Kalau makan beef lasagna di Pizza Hut selalunya sampai menjilat jari, tapi bila buat sendiri boleh menambah berkali-kali!
7 comments
sungguh menggoda lau kak amie..puas lasagna tu..puas hati buat sendiri leh ltk bahan byk kan..
BalasPadamGud morning dear kak amie...
BalasPadamAkk ni mmg rajin memasaklah, tak tau dari mana akk dapat semua masa tu, semuanya menu special..dah xpyh p restoran lagi,hehe
wah menu omputihlah Amie, lama tul tak masak2 mcm ni...sesekali layan menu mcm ni mmng sedapkan...alahaiiii wat terliur je..
BalasPadamNgencess aku kak...
BalasPadamnampak sedap amie..tapi acik memang belum pernah sekali pun cuba buat ni
BalasPadamAmiee...!!. kecur airliur ummi,tak nak balik ni, nak duduk dapur Amie lama2, hehe..
BalasPadamKak amie dearie..wah wahhh ada italiano kat sini...mieza mmg suka nih..tapi malas nak buat..selalu bedal je kat pizza hut..malas wehhh..sos tu melelehhhh je..huhuhu buat dietku ke laut kak..ke lauttttt hahahaha
BalasPadam