Kari Kepala Ikan Che Jah : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (PENANG MONTH)

6:54 PG

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua. Hari ini sekolah kembali dibuka. Bagaimanapun Amie masih ada dua minggu lagi untuk kembali bertugas, dan nampaknya masih ada peluang untuk main masak-masak lagi. Cerita tentang main masak-masak, pagi ini Amie kongsikan resepi Kari Kepala Ikan Che Jah, hidangan tengahari kelmarin untuk kami sekeluarga.... he he ehh ingatkan pagi-pagi nak kongsi sarapan pagi, tapi kongsi lauk pulak! Tak apalah... mana tahu ada sesiapa yang tersesat pagi-pagi begini ke dapur Amie untuk mencari resepi masakan kari. Bolehlah cuba resepi istimewa ini pada tengahari nanti.


Kenapa resepi ini ada nama Che Jah dihujungnya? Alkisahnya minggu lepas semasa Amie balik ke Selangor, adik bongsu Amie membawa ibu mentuanya datang ke kampung. Pada sebelah petangnya pula sewaktu dia hantar mak mentuanya pulang ke Shah Alam, Amie ikut sekali. Semasa kami berbual-bual di dalam kereta, entah macamana tercerita pula tentang resepi masakan kari dan kebetulan pula mak mentuanya, Puan Che Jah Bakar memang berasal dari Pulau Pinang yang cukup sinonim dengan masakan berasaskan kari. Hasil dari sembang-sembang tentang masakan kari, akhirnya Puan Che Jah kongsikan beberapa resepi dan petua-petua memasak kari yang cukup berguna misalnya bahan tumisan rempah kari hendaklah ditumis kacau sehingga terbit minyak supaya nanti tidak berbau rempah dalam masakan tersebut semasa dihidangkan. Pesannya lagi, gunakan jemput atau cubit dengan jari tangan untuk sukatan jintan putih, halba dan biji sawi. 


Sempat bergambar dengan Puan Che Jah ( tak berapa jelas sebab gunakan hp). Terima kasih daun keladi gajah ye Puan Che Jah kerana sudi kongsi resepi yang ternyata sangat sedap ini! Sedap nasi lemak kerana sambalnya, sedap masakan kari terletak pada resepi dan cara masakannya!



Resepi : Kari Kepala Ikan Che Jah
Sumber : Puan Che Jah Bakar

Bahan-bahan:
kepala ikan bawal / jenahak / tenggiri dll - belah 2  - Amie gunakan kepala ikan cecupak
5 sudu makan rempah kari ikan - Amie gunakan rempah kari  ikan dan udang Baba's
sejemput / secubit halba 
sejemput / secubit biji sawi
2 biji terung bulat - belah 4 
10 biji kancang bendi 
1/4 cawan santan pekat
sedikit asam jawa - bancuh dengan 1 cawan air
1 pelepah daun kari - lurutkan
garam / gula / perasa pilihan

Bahan hiris :
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah 

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih 
2 ulas bawang merah - tumbuk
sejemput / secubit jintan putih

Cara:
1. Goreng kepala ikan setengah masak dan ketepikan.
2. Gaul bahan tumbuk dengan rempah kari ikan hingga sebati - Amie tambah sedikit air.
3. Panaskan minyak dan goreng bahan hiris hingga layu dan berbau harum.
4. Masukkan bahan rempah kari, daun kari, halba serta biji sawi dan tumis kacau hingga terbit minyak.
5. Masukkan air asam jawa, terung dan kacang bendi dan biarkan sehingga mendidih - sekiranya kuah terlalu pekat atau air terlalu sedikit, boleh tambahkan sedikit air lagi.
6. Masukkan kepala ikan,
7. Tambahkan santan pekat. Biarkan seketika sehingga masaka.
8. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.




" I am submitting this post to Malaysia Food Fest , Penang Month hosted by Alan of Travellingfoodies"





8 comments

  1. Assalam kak amie..
    Wah pepagi dah tayang kari kepala ikan ni...ada roti seklai tak?boleh ler nk menyicah ni..
    Kari kapla ni memang peberet kami skeluarga..mesti setiap mggu masak..
    Bagus Che Jah tu, kongsikan tips bagai..biasalah org lama..

    BalasPadam
  2. mai dah.. tengok ikan tersenyum manja je kak amie..tapi mang sedap masak kari ikan letak halba kan kak,..lain macam aroma dia

    BalasPadam
  3. minta mata ikan tu..hee..he terliur saya!

    BalasPadam
  4. Lina,
    waalaikumussalam.... memang dah tak tentu masa dan buat entri sejak ada dak tecik ni Lina hihihiii...
    Memang sedaplah kari kepala ikan resepi Puan Che Jah ni Lina.

    Norzila,
    menggoda tak senyuman manis ikan tu Zila ha ha ahhh.

    Suzana,
    meh kita bagi dua... ada 2 mata ikan ni, Suzana satu saya satu ye...

    BalasPadam
  5. Kak..aku sukak mangan kari...lagi2 nak entok endas...sedap nyuplik moto iwak ei...

    BalasPadam
  6. Salam kak amie.. mmg terliur habis lah.. tun mmg suka betul kari kepala ikan. jarang2 buat sbb jarang2 dpt kepala ikan yg betul2 besar. kalau buat mmg best sbb hasben tun x makan, jd tun mkn sorang2. hihi..

    BalasPadam
  7. Penang memang femes untuk masakan ni!
    Nampak sedap sungguh!

    BalasPadam
  8. Lapooo tgok lama2...klau kepala ikan kecik mmg sorg je ngadap..hehheh..makan smpai licin..kikiki

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe