Huh! Awal pagi lagi Encik Suami bawa kami bujang tengah dengan si bongsu ke Dewan Masyarakat Lahad Datu. Rupanya ada aktiviti bersama YB di situ. Sempat jugalah kami menyaksikan penyampaian laptop 1Malaysia kepada orang ramai. Sebelum pulang, kami sempat menjejak kaki ke pasar ikan dan pasar sayur. Sampai ke rumah, menjelang pukul 12. 15 tengahari dan sudah masuk waktu Zuhur. Oleh kerana Encik...
Buku Resepi Masakan Tradisi Melayu Johor oleh Noraini Margono memang tidak pernah mengecewakan! Amie telah mencuba pelbagai resepi antaranya Nasi Beriani dan Daging Beriani. Dan hari ini biarlah orang kata Amie masuk bakul angkat sendiri kerana sesungguhnya resepi Nasi Minyak serta lauk-pauk pilihan yang Amie cuba masak sungguh lazat! Semasa Amie masak di dapur, entah berapa kali anak-anak silih berganti menjengok, menghidu aroma...
Selamat tengahari rakan-rakan nan budiman. Jom nikmati Jus Avocado untuk hilangkan dahaga di kala panas terik begini. Segelas sahaja.... segelas sahaja sudah mencukupi! Alhamdulillah. Anda akan berasa kenyang! Resepi : Jus AvocadoSumber : Amie's Little Kitchen Bahan-bahan:1 biji buah avocado - anggaran 400 gram200ml susu segar4 sudu gula pasir1 sudu jus limau nipis200ml air - pilihan ( Amie masukkan air sebab jus avocado...
Salam pagi Rabu. Hari ini seluruh kakitangan awam di negeri Sabah menikmati cuti selama 2 hari sehingga esok sempena Pesta Kaamatan.... Tadao Tagazo do Kaamatan! Walaupun cuti, masak-memasak tetap diutamakan. Hari minggu yang lalu Amie masak nasi lemak tapi bujang sulung dan bujang tengah menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah selama 3 hari. Jadi, tak dapatlah nak makan sama sebab masing-masing makan di sekolah....
Selamat petang pengunjung dapur kecil Amie yang dihargai. Hari ini Amie hidangkan lauk-pauk kampung yang ringkas dan mudah tetapi menyelerakan! Hidangan ini merangkap hidangan tengahari dan malam sebab Amie masak sebelah petang, dan sementara menunggu Encik Suami pulang dari kerja untuk makan bersama, Amie ambil kesempatan ini untuk merakamkannya dalam dapur maya ini. Amie goreng 2 ekor ikan belais @ belawis, masak lemak...
Jom makan Mee Goreng Meriah. Apanya yang meriah? Saja suka-suka untuk meriahkan sarapan pagi Amie bersama anak-anak. Biasanya sebelum keluar ke tempat kerja, Encik Suami beli saja sarapan pagi utuk kami, tapi Amie tidak mahu perkara sebegini berterusan. Walaupun menyenangkan Amie di rumah, tetapi lama kelamaan rasa malas menyediakan sarapan pagi akan berterusan. He he heh... tunjuk rajinlah hari ini! Tak tahulah pula...
Selamat pagi semua. Walapun baru pukul 8.45 minit pagi, tapi panas matahari pagi mula terasa teriknya! Maklumlah Daerah Lahad Datu menerima sinaran matahari pagi terus menerus dari arah Laut Sulu! Pagi ini Amie bangun lebih awal, dengan semangat baru (kononnya... untuk bersihkan rumah dan buat mana yang patut), dan memang rasa seronok sebab dapat menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak. Di bawah ini bukan...
Selamat petang rakan-rakan pengunjung Amie's Little Kitchen yang budiman. Petang ini Amie ingin kongsi resepi yang sungguh mudah, lazat dan berkhasiat! Resepi ini Amie perolehi daripada rakan kumpulan Meriahnya Dunia Masakan iaitu Salmah Haron dari Singapore. Resepi : Apam Labu ManisSumber : Salmah Haron Singapore Bahan-bahan:1 cawan labu rebus - lenyek halus3/4 cawan gula pasir2 cawan tepung beras1 cawan tepung gandum200ml air250ml santan...
Selamat berhujung minggu buat semua rakan pengunjung Amie's Little Kitchen. Pagi Ahad yang redup ini, Amie kongsikan bersama Nasi Lemak Resepi Nenek Kusss dari dapur Resepi Sumbangan Ilah Jy. Apa yang menarik ingin Amie kongsikan bersama resepi warisan daripada nenek Kak Ilah Jy ini ialah tambahan bahan seperti jintan manis, halba dan juga perahan air limau sunkist. Selain harum halba bersama aroma santan dan...