ADSENSE

Isnin, 16 Disember 2013

Acar Peria

Banyak yang telah menyedari khasiat peria untuk kesihatan terutamanya bagi pengidap diabetes dan darah tinggi. Dalam entri sebelum ini pun Amie sudah beberapa kali menyentuh tentang khasiatnya. Walaupun kami bukan pengidap penyakit tersebut, apa salahnya kaaaannn... Amie sediakan hidangan ini untuk keluarga. Biarlah anak-anak tak makan, yang penting sekurang-kurangnya mereka tahu adanya hidangan sebegini untuk kesihatan, dan mudah-mudahan pada masa akan datang entri tentang khasiat pemakanan dalam blog Amie ini akan jadi rujukan anak-anak bila mereka telah berkeluarga atau berjauhan daripada kami.


Di restoran atau di kedai makan pun banyak kali Amie temui Acar Peria,  dan ini bermakna Acar Peria memang ada pelanggan dan peminatnya yang tersendiri. Bagaimanapun menu Acar Peria yang Amie sediakan ini ikut resepi dan citarasa sendiri. 


Resepi : Acar Peria
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 biji peria seberat 400 gram - belah 2, buang biji dan hiris nipis - jika tidak suka pahit boleh ramas dengan sedikit garam dan kemudian bilas / perah hingga kering
1 biji cili merah - hiris
7 biji cili padi - hiris
1 labu bawang besar - hiris
3 biji bawang merah - hiris
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang dan toskan airnya
1/2 cawan jus limau kasturi
3 sudu makan gula
1 sudu teh garam

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan hiris ke dalam sebuah mangkuk. 
2. Tuangkan jus limau kasturi, gula dan garam. 
3. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan udang kering. Gaul sekali lagi.
4. Biarkan sekurang-kurangnya 20 minit sebelum dihidang.


5 ulasan:

Cheq Sue berkata...

Baru 1st time tgk resepi ni kak amie... bg penggemar peria mesti sedap menu ni. Nk cuba jgk la nnti

Cik Wan berkata...

First time tgk resepi ni..selalu Wan suka makan mentah saja..tak sabar nak cuba resepi ni, masih ada dua biji peria baki yg dibeli Ahad semalam..dua biji dah dibuat ulam hehehe

azieazah berkata...

Masa zaman anak dara, saya tak boleh telan peria ni. Tapi bila dah kahwin, hmmm suka pulak. Masak Lemak Cili Padi ikan pun ada yg saya boh peria.

Makan peria mentah sebagai ulam pun dah boleh sekarang.

Fiza Lgk berkata...

Saya suka makan peria ni K.Amie, cicah dengan sambal belacan je pun dah sedap apalagi di buat acar mcm ni....masuk dlm list dulu. Boleh cuba nanti. :)

ummiross berkata...

Banyak khasiat kan peria ni Amie, sayangnya ummi ni tak berapa suka peria, tapi kalau dapat kerabu peria Amie ni, mungkin peria terus jadi peberet kot, hehe..air tangan Amie the best, semua menjadi.