Sambal Mangga, Ikan Kering Kukus & Ulam

7:07 PTG

Salam petang Rabu. Nampaknya senja sudah menyerkup alam. Kegelapan malam mula mengambil tempat. Sebentar lagi waktu Maghrib akan tiba. Ahamdulillah, sebelum senja menjelma, kami telah menikmati hidangan malam. Beginilah rutin harian yang ayah bonda terapkan semenjak kami kecil. Makan sebelum malam, dan selepas Maghrib kami akan belajar mengaji al-Quran bersama ayahanda di bawah sinaran lampu gasolin sehingga tiba waktu Isya'. Walaupun hanya orang kampung, namun ayahanda dan bonda berjaya mendisiplinkan kami adik-beradik. Pengorbanan ayahanda dan bonda memang tidak dapat kami balas dengan wang ringgit. Mereka hanyalah penoreh getah pada sebelah pagi dan mengusahakan tanaman kontan di sebelah petang. Ayahanda memelihara seekor lembu. Merah namanya. Setiap petang Amie diarahkan supaya menyabit rumput untuk makanan Merah. Hadoiii... masih terasa peritnya jari-jemari ini yang terluka akibat tercucuk duri semalu dan lalang yang tajam! Bila bercerita tentang zaman kanak-kanak semasa di kampung, memang dari pagi sampai ke petang tidak akan selesai. Apa yang Amie tidak mungkin lupakan ialah, setiap bulan selepas menjual getah keping, ayahanda akan membeli sekarung tepung. Dan setiap tiga bulan sekali, ayahanda akan membeli sekarung guni beras. Seguni beras pada masa itu beratnya sepikul, agaknya kira-kira 100 kati! Jadi, walaupun hidup serba kekurangan tetapi kami tidak pernah putus bekalan makanan. Ayahanda belikan kami setiap seorang sebuah basikal untuk ke sekolah. Jadi, kami tidak perlu berebut-rebut apalagi bergaduh untuk menunggang basikal. Ayahanda juga sediakan wang saku untuk kami setiap hari. Pendek kata semua keperluan asas kami disediakan. Oh! Bila terkenang.... memang rasa sayu sangat sebab ayahanda sudah lama pergi meninggalkan kami. Damailah wahai ayahandaku di sana!
Setiap malam sebelum tidur, bonda akan mengadun tepung untuk dijadikan sarapan. Seingat Amie, biasanya bonda akan mengukus apam pada sebelah pagi. Kadang-kadang bonda membuat cekodok, lempeng dan sebagainya yang berasaskan tepung. Segala jenis ubi seperti keledek, keladi, pisang dan sebagainya semua bonda jadikan sarapan dan sudah semestinya dicampur dengan tepung untuk dibuat kuih nagasari, kuih keria, bingka dan entah apa lagi. Sayang seribu kali sayang.... tanggungjawab yang bonda lakukan ini tidak mampu Amie warisi kerana kurang bijaksana mengurus waktu dan kurang mengenali tepung dan bahan-bahan yang sewaktu dengannya.
Apa khabar bondaku di saat ini. Bondaku nan tercinta..... anakanda sediakan lauk hidangan makan malam seperti yang pernah kita nikmati suatu waktu dahulu. Hidangan sebeginilah yang membesarkan kami adik-beradik seramai sembilan orang. Sehingga ke saat ini sebenarnya Amie sering menitiskan airmata bila terkenang suatu peristiwa di waktu petang ketika bonda sedang merehatkan diri  di bawah rumpun pisang sambil menyapu peluh di dahi menggunakan kain sarung yang dijadikan tudung kepalanya setelah menyangkul tanah untuk menanam ubi di kebun bersama ayahanda.

Amie   : Mak.... apa yang mak harapkan dalam hidup mak?
Bonda : Mak selalu minta kepada Allah.... ya Allah ya Tuhanku, mudah-mudahan anak-anakku akan berjaya dalam hidup. Mudah-mudahan anak-anakku sentiasa berpakaian bersih. Aku tidak mahu anak-anakku bermandi keringat penuh lumpur seperti aku menyangkul tanah di tengah-tengah panas begini.
Amie   : Mak minta kepada Tuhan selepas solat ye mak?
Bonda  : Mak berdoa sepanjang waktu. Selepas solat, sebelum tidur, bangun tidur, sewaktu masak, sewaktu menoreh getah, menyangkul.... (dan airmata bonda tiba-tiba berlinangan).

Sesungguhnya, Amie ketika ini juga tidak mampu menahan air mata bila terkenang perbualan itu. Doa dan harapan bonda rupanya dimakbulkan Allah! Kasih bonda memang tiada tandingan. Pengorbanannya tidak dapat dinilai walau dengan segunung intan!
Ya Allah... panjangnya mukadimah Amie kali ini. Hampir terlupa tujuan asal untuk kongsi resepi kampung. Amie sediakan Sambal Mangga, dan Ikan Kering Kukus serta Ulam. Sebelum ini Amie pernah paparkan Ikan Kering Kukus tapi rasanya tidak salah kalau ulang tayang. Ikan Kering Kukus merupakan salah satu menu yang sering bonda sediakan untuk kami. Cara bonda sangat mudah. Bonda akan kukus ikan kering di atas nasi yang hampir kering. Kemudian bonda akan gandingkan dengan sambal belacan dan juga sayur masak bening. Inilah menu kegemaran bonda yang memang keturunan Jawa dari Bagan Datoh, Perak.  Jom kita lihat Sambal Mangga yang boleh mengecurkan liur di bawah ini....


Resepi : Sambal Mangga
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
15 biji cili padi
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
5 biji bawang putih - belah 2 dan goreng
5 biji bawang merah - belah 2 dan goreng
3cm belacan - goreng (bakar lagi sedap)
1 labu bawang besar - mayang
1 cawan hirisan mangga
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / gula / perasa

Cara:
1. Tumbuk cili padi, cili merah, cili hijau, bawang putih, bawang merah goreng serta belacan. 
2. Masukkan 1/2 cawan mangga dan gilis dengan anak lesung hingga hancur.
3. Masukkan garam / gula / perasa secukupnya.
4. Gaulkan dengan bawang besar dan 1/2 cawan lebihan hirisan mangga.
5. Tambahkan dengan jus limau kasturi supaya sambal mangga menerbitkan aroma yang menyelerakan.
6. Sedia untuk dihidangkan.




Untuk mengukus ikan kering pula, selain cara bonda Amie kukus di atas nasi yang mula mengering di dalam periuk, bolehlah kukus cara biasa menggunakan periuk pengukus.

Resepi : Ikan Kering Kukus
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kering - Amie gunakan ikan batu
2cm halia - hiris halus
3 biji bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
secubit garam dan perasa pilihan

Cara:
1. Susun ikan kering di dalam dulang pengukus.
2. Gaulkan kesemua bahan di atas dengan bancuhan air asam jawa.
3. Tuangkan di atas ikan kering.
4. Kukus hingga masak.


Antara ulam-ulaman yang Amie hidangkan bersama Sambal Mangga dan Ikan Kering Kukus termasuklah lobak merah celur, kacang bendi, kacang buncis dan juga tempe goreng. He he heh... tempe di Sabah bentuknya bulat-bulat ye....


Encik Suami pun makan dengan penuh selera sehingga berpeluh-peluh! Anak-anak pula tidak mahu memandang Ikan Kering Kukus. Amie sediakan ikan goreng untuk mereka. Apa pun, terima kasih yang terhingga kepada bonda  atas segala-galanya. Selepas ini Amie akan telefon bondaku sayang...... rindu!!!!!!


43 comments

  1. Cantiknya gambar. Mcm mana ambil gambar yg sangat sharp ni. Guna flash ke tak?

    BalasPadam
  2. Malam kak amie.. jadi ikut terharu baca cerita akak, melly jadi ingat dengan mama di jakarta, sudah lama rasanya tak memeluk beliau,walaupun baru pagi tadi melly telp menanyakan khabar mama..hiiks

    menu nya enak sekali kak, kalo makan menu nya seperti ini melly pasti tambah terus,ada tempe juga. mama di jakarta juga suka masak sambal mangga ini, kalo kami biasanya di makan dengan ikan bakar apalagi kalo pake milk fish..sedappp

    BalasPadam
  3. Jasa bonda memang tak terbalaskan.

    Sedappnya...meleleh dah air liur ni

    BalasPadam
  4. Ini resepi yang mengecurkan air liur ni....brapa pinggan amie makan nasi?????hihihi

    BalasPadam
  5. kak amie,sambal ni mmg sedap..arwah abah saya pun selalu buat ni.cicah dgn ulam,adoi ai terangkat..sedap...
    makanan dulu2 mmg best kan.teringat kt arwah nenek yg guna batu giling walaupun zaman dh berubah tp katanya yg digiling n ditumbuk lg sedap.

    BalasPadam
  6. asslm Kak Amie...sedih pula QH bca entri tu...bgenang jugak la airmata ni..QH kalau mak ayah ni mmg sensitif sikit...mudah sgt nk mgalirnya airmta ni...skrg ni terus tringat kt diorg..wlapon bru jmpa hritu...ok kak jgn sedih2 lagi yer...mmg memori tu sgt mhl dan bhrga sekali...jasa diorg pon mmg xmampu kita mbalasnya...giliran kita pula utk bbakti pd mereka pula kan...

    kak lauk kampung mcm ni mmg mbangkitkan selerakan...semua lauk2 tu sedap2 belaka la...QH suka...

    BalasPadam
  7. assalamualaikum kak amie... sedih sungguh mukaddimah kak amie mlm ni.kite baca sampai menitik2 air mata. tapi itulah pengorbanan ibubapa untuk anak2nya. harap2 kita pon dapat jadi contoh untuk anak2 kita nanti...

    haih,...kalo dpat sambal mangga macam ni dengan ikan kering pulak, tak pandang lauk lain dah.memang suke sgt!

    BalasPadam
  8. Sedapnya Sambal mangga ni kak, kecur airliur, blehla try pasni

    BalasPadam
  9. Azie,
    terima kasih Azie... sebenarnya Amie tak ada teknik tertentu semasa ambil gambar, pakai kamera digital biasa, Amie pun buta pasal dunia fotografi ni...flash? Memang automatik ada pada kamera tu.

    Melly,
    oh Melly... agaknya Kak Amie sangat rindu dengan bonda, maklumlah nun jauh di seberang Laut China Selatan walaupun baru bulan Mac lepas kami bertemu.
    Ini menu2 kampung saja Melly...selalu bonda masak waktu kami kecil dulu.

    Kasih,
    Jasa boleh dikenang sepanjang hayat ye Kasih,
    mari makan sama Kasih.

    BalasPadam
  10. Puan Ros,
    Amie makan sepinggan saja kak... cuba tambah ulam dengan sambalnya saja.

    Dapurmerahibu,
    betul tu... orang dulu-dulu bakar belacan, tapi sekarang hentam saja, buat sabal belacan pun main kisar saja he he hehh... Amielah yang buat kerja begitu.

    Qasey Honey,
    bila rindu pada bonda.... Amie memang terkenang semua nostalgia lalu, sebenarnya teramat rinduuuuu... salah satu caranya untuk lepaskan rindu Amie akan masak hidangan yang pernah kami makan bersama!

    BalasPadam
  11. Nani,
    betul tu Nani... kagum dengan cara didikan orang tua kita, sebab kakak sendiri tidak ada kemampuan begitu...tidak setanding dengan bonda!
    Memang menyelerakan sambal mangga tu...berpeluh-peluh!

    Aju Mohit,
    silakan Aju...memang sedap!

    BalasPadam
  12. huhuhuhu... tak sanggup mas nk tgk kak... tak boleh tahan... sudah meleleh air liur mas ni tgk kesedapan menu yg akk hidangkan tu...

    BalasPadam
  13. Geram betul singgah di sini..ada jer yang menggiurkan..Kak Amie ni kan memang saja nak buat gue ngeces..eiii tak tahan la..

    BalasPadam
  14. salam kak amie....seyes terliur sgtt mak buyung tgkkk......adoiiii jilat gambar ajee laa

    BalasPadam
  15. Assalam kak amie..Pengorbanan ibu mmg xdapt dibeli dgn wang ringgit kan,ksh syg ibu mmbawa ke syurga,adusss touchingnyer mlm nih..Sambal mangga tuh mmg nmpak sgt2 sedap kak,adeiii leh bertambah nasi nih..

    BalasPadam
  16. Mas,
    tak sama dengan hasil air tangan bonda, tapi memadailah untuk ubat rindu!

    Rahel,
    tak dapatlah kak Amie nak tolong lap ngencesmu itu... lap sendiri ye Rahel he he hehh

    Sabar Dubai,
    laaa... mak buyung, baik-baik jilat gambar aje tau, jangan sampai gigit nanti tembus skrin tu...

    Dana,
    kadang2 rindu yang teramat sangat, sudahlah jauh di sana... semakin kuinsafi betapa tingginya pengorbanan ayahbonda!
    Jom makan sama Dana.

    BalasPadam
  17. SAlam kak Amie sayangg.. aduh berebut nak singah dapur kak amie nak mintak sikit sambal tu... tetiba bila baca kisah lalu kak Amie terus hati sebak.. sedih laa kak...

    Kalau Kak Amie ada lembu nama merah... sha ada kambing nama dia bandot hehhee.. tapi yang bagi makan bukan sha sebab sha masih kecik masa tu... tapi kenangan lalu tak mungkin kita lupakan kan kan kak Amie.. kasih Ibu dan Ayah sepanjang hayat...

    BalasPadam
  18. As-salam Amie
    Wow, wow, kelihatan enak banget masakan itu. Apatah lagi ia merupakan masakan warisan.

    Ayah jenis mudah sayu. Cerita pengorbanan ayah-ibu seperti yang Amie paparkan, memang boleh menjadikan mata 'berair terjun'! Baru tahu ibu Amie berasal daripada Bg Datoh. Ayah juga asalnya orang kampung, berhampiran kawasan Bg Datoh. Ketemu lagi.

    BalasPadam
  19. Amie, dalam meniti usia tua, rasanya tiada yg lebih membahagiakan bagi setiap ibu melainkan apabila anak2 sudi mengingatinya dan mengambilk berat hal ehwal kebajikannya...

    bangga dgn dirimu amie, moga hidupmu bertambah keberkatannya selalu...

    very very nice entry! I am so impressed, semua lauk pauk disini sungguh kejam!!!
    terimaksih sudi singgah dipondok akak yg tak seberapa tu...

    BalasPadam
  20. Terharunya baca entry Amie kali ni, memang kasih bonda tiada penghujungnya, berkorban apa saja.

    Amie, ummi pun kalau lauk2 macam ni, laju je makan, kecur dah airliur ni...

    BalasPadam
  21. Waaa kak Amie, mengancam sesangat lauk pauknyerr..

    BalasPadam
  22. Shahriah,
    kasihnya bonda membawa ke syurga... begitu juga kasih ayahanda.

    Queenie,
    bila berjauhan daripada bonda. memang teras amat rindu, dan kenangan lalu sering terbayang di mata.

    Ayah,
    kasihnya ayah & bonda tiada gantinya, ooo...ayah pun asal Perak juga ye.
    Kalau ada kesempatan memang Amie ingin selongkar semua resepi lama yang pernah bonda masak untuk kami, akan Amie jadikan tatapan buat generasi kini dan rujukan akan datang.

    Ummiross,
    sesekali mengenang, boleh insafkan diri dan ambil peluang bermuhasabah, betul tak Ummi.

    Rohah,
    marilah jemput makan sama.

    BalasPadam
  23. tiap kali baca coretan kak amie dengan bonda mesti kita sama duk ngalir air mata..hehehhe..aduii aiii

    semua menu akak ni kena dgn tekak saya..saya pun org kg jugak...sambal belacan dgn ikan kering ni memang menu wajib..hehehhe...tapi tak pernah makan kukus cam akak ni..kebetulan stok ikan kering tengah byk kat rumah ni..bleh la saya cuba nanti..:)

    BalasPadam
  24. tersentuh jiwa sekejap....mknan mmg mantop!...:p

    BalasPadam
  25. Kak Amie.. Terharunya saya baca coretan akk. Ank2 zmn skrg beruntung x mcm ni kan. Alhamdulillah moga arwah aman di sana dan ibu akak sihat selalu bersama anak2 tersayang. :)

    BalasPadam
  26. Amie,
    akak pun campuran jawa campur kampar,tapi banyak kejawaan nyer..kalau cakap kampar terus tak tau..rugikan..amie tau akak ada dua ajer anak perempuan..yang lain tu lelaki..
    baca cete amie nie mmg teringat zaman kecik2 dulu..kebanyakan jawa mmg camginikan..hish..hish..tingat laa pulak!!!

    akak pun suka ikan kering kukus nie..sedap lembut jea masa nak dicubit daging nya..

    BalasPadam
  27. Amie,
    akak pun campuran jawa campur kampar,tapi banyak kejawaan nyer..kalau cakap kampar terus tak tau..rugikan..amie tau akak ada dua ajer anak perempuan..yang lain tu lelaki..
    baca cete amie nie mmg teringat zaman kecik2 dulu..kebanyakan jawa mmg camginikan..hish..hish..tingat laa pulak!!!

    akak pun suka ikan kering kukus nie..sedap lembut jea masa nak dicubit daging nya..

    BalasPadam
  28. Salam Kak Amie...touching nya cerita akak ni...sy mungkin x sesusah akak..tp sy masih terbyang juga wajah arwah ayah yg termenung menunggu gaji dan nk bg makin kami anak beranak...sayunya rasa..

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum Amie,

    kak Ros menangis lah pulak pagi2 ni bila baca N3 Amie ni,kisahnya lebih kurang sama lah ngan Kak Ros...budak2 zaman lani rasanya depa tak merasa dah suasana hidup yang macam tu dah kan Amie....Semoga arwah ayah Amie ditempatkan bersama sama dengan orang2 yang beriman...

    Teliur sungguh sambai ngan ikan kering kukus Amie tu...EEemmmm......

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum Amie,
    Tiba tiba terasa sebak pula dada ini bila membaca coretan Amie, nasib kita diwaktu kecil hampir serupa, klu Amie boleh berbasikal ke sekolah, akak pula membonceng basikal tua ayah ke sekolah,kdg2 ditemani ibu berjalan kaki dan kisah ibu menyediakan hidangan sarapan.....semuanya tersimpan kemas di dalam ingatan, tak mungkin dpt dilupakan.....

    Ps : Sambal tu mmg favourite akak, kalau tambah lagi satu iaitu kari ikan, fuhhhh....mmmg hidangan terbaikla bagi akak.....

    BalasPadam
  31. assalamualaikum kak amie ...

    kerap amie bercerita pasal bonda .. tiada insan lain yang rapat dengan kita selain dgn mak ayah .... mohon Allah memberi keberkatan,, kasih sayang dari kita sebaik2nya.. wani x blh bab2 mak ayah mau menangis gaknya .. huhu .. ok lah berbalik bab masakan tu ..wani meang suka makan ikan kering tapi x pernah lah main kukus asyik goreng je ... nak cubalah respi kak amie ni .. terima kasih utk bonda kak amie ya..

    BalasPadam
  32. salam kak amie..
    nice pics..mmg menyelerakan n pembuka selera nih

    BalasPadam
  33. sedap2 resepi akak..saya jumpa blog akak masa car pasal epal bidara..rasanya tak silap dah mmg blog ni yg saya singgah dulu tapi yang ni official blog yer...panjang story akak, nt saya nak sambung baca lagi kak :)

    BalasPadam
  34. salam kak amie, sedapnya sambal mangga tu, menitik dah airliur tgk hehe

    BalasPadam
  35. Assalam Amie..
    Bercampur baur perasaan bila membaca coretan Amie kali ni.. sesungguhnya semua ibu bapa mahukan yg terbaik utk anak2nya.. sebab mereka dah lalui dahulu perit jerih membesarkan anak2 dengan seribu kepayahan.. tapi mulianya mereka tidak pernah mengeluh dgn kepayahan itu & anak2 dapat dibesarkan & dipenuhi segala keperluan mereka.

    sambal yg amie sediakan tu memang nampak menyelerakan. tambah pula ada ulaman segala.. cuma bab ikan kering kukus tu tak pernah lagi ku rasa. kebiasaannya ikan kering digoreng atau dicampur dalam gulai..

    p/s: nasi sardin telah pun di cuba.. alhamdulillah.. sedap rasanya walaupun kurang gemar dengan rasa ikan sardin hehehe.. sebab madihaa lebih suka ikan mackerel.. suami pulak cakap ok.. sedap.. nampak dia mkn laju jer.. hehe.. t.kasih ye amie berkongsi resepi.. madihaa dah share resepi kat blog..

    BalasPadam
  36. kecurrr air liur dibuatnya.. nasib baiklah x menejejeh kat sini huhuhuhuhuhuhu......

    BalasPadam
  37. itulah hati bonda kan kak.. selalu mendoakan yang baik2 untuk anak2nya.. Semoga bonda kak amie terus diberkati hidupnya.. ya Allah kak, terliurnya saya dgn lauk pauk tu.. klu makan lauk macam ni mmg bertambah2 kami sekeluarga makan.. tp anak2 saya pulak mmg tak reti makan mcm ni..

    BalasPadam
  38. salam kak amie
    tersentuh baca catatan kak amie tue..sebak pun ada...akk mmg pandai masak..semua masakn akk membuka selera sy..:)

    BalasPadam
  39. Quinnie,
    orang kampung tak dapat dipisahkan dengan ikan kering & sambal belacan, ia bagaikan irama dengan lagu ye Quinnie.

    Zurina,
    sesekali tersentuh tak apa Zu... bersihkan mata dengan air keinsafan he heheh

    Asmara,
    itulah pengalaman dan kenangan paling berharga, susah payah yang diharung bersama keluarga!

    BalasPadam
  40. Kak Asma,
    betul tu Kak Asma, dan seingat Amie orang Jawa kuat menyangkul & tak dapat dipisahkan dengan ubi & keladi, serta tempe juga!

    Ummiaisyah,
    rata-rata penduduk kampung kami memang hidup begitu... maklumlah hanya bekerja untuk sara diri, syukurlah zaman telah berubah, kami pun turut berubah ....

    Kak Ros,
    waalaikumussalam,
    kak... apakan daya tangan tak sampai, ingin sekali kusapu airmatamu...he he heh tak apalah kak, sesekali mengenang kepayahan masa lalu mengajar kita erti syukur kepada Allah.

    BalasPadam
  41. Wattie,
    zaman yang kita lalu awal tahun 70-an rata-ratanya memang begitu ye Wattie, tapi bermula dari situlah berlakunya perubahan corak hidup.... syukurlah kita dibawa oleh arus zaman yang berlndaskan nilai murni, tahu erti syukur dan insaf pengorbanan serta perjuangan insan yang terdahulu untuk mengubah nasib hidup.

    Wani,
    ikan kering & sambal belacan memang tak dapat dipisahkan dari dit harian kami sewaktu kecil dulu... nostalgia!

    Noor,
    terima kasih Noor, jemput makan sekali.

    BalasPadam
  42. Tihara,
    terima kasih sudi singgah blog2 kak Amie, sila datang bila-bila masa, dialu-alukan dengan tangan terbuka...

    Tina Othman,
    memang sedap, mangganya pun tak berapa masam!

    Madiha,
    kalau kita cerita dengan anak-anak memang mereka tak boleh bayangkan kehidupan waktu dahulu.... semuanya hanya kenangan masa lalu, yang manis terus manis bila dikenang, yang pahit jadi pengajaran.
    Terima kasih Madiha cuba masak nasi Sardin. Nanti Amie datang nak makan ye.

    BalasPadam
  43. Masya,
    banyaknya air liur menjejeh... tak dapat kak Amie nak tolong lapkan, he he hehh

    Hanis,
    semuanya jadi kenangan sepanjang hayat kita,
    anak-anak sekarang manalah reti nak makan ikan kering hanis.

    Zila 4ever,
    terima kasih Zila....jemput makan sama!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe