ADSENSE

Isnin, 2 Januari 2012

Mee Hoon Goreng Seafood

Salam pagi Isnin. Jam menunjukkan lewat 10.30 pagi namun suasana sekitar kelihatan muram dan suram, kelam tanpa sinaran cahaya matahari pagi. Mendung seawal pagi tadi yang membawa hujan turut menggelapkan suasana. Talian internet masih seperti sebelum ini, asyik terputus tanpa memikirkan perasaan pengguna. Niat untuk mengunjungi rakan-rakan blogger terpaksa dibatalkan sekali lagi dan entah bila akan tiba masa yang sesuai, bila talian kembali lancar. Untuk memuat naik sebuah foto pun terpaksa menunggu berjam-jam lamanya! Jom kita minum pagi dengan hidangan Mee Hoon Goreng Seafood dari dapur Amie.


Resepi : Mee Hoon Goreng Seafood
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - celur seketika dan toskan airnya
4 sudu cili kisar
1 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
15 ekor udang - buang kulit dan belah belakang
1 ekor sotong sederhana besar - bersihkan dan potong ikut suka
15 biji bebola ikan - belah 2
1/2 batang lobak merah - hiris kecil
10 batang anak jagung - belah 2
1 cawan kubis bunga yang telah dipotong
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu besar serbuk pati ikan bilis
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan lobak merah, udang dan sotong serta bebola ikan. Biarkan seketika sehingga masak.
4. Masukkan sos tiram dan kicap, anak jagung dan bunga kubis.
5. Masukkan mee hoon dan gaul rata.
6. Taburkan pati ikan bilis. Gaul sebati.
7. Tutup api dan Mee Hoon Goreng Seafood sedia untuk dihidangkan.

Amie hidangkan bersama sos cili padi.

Bahan-bahan:
10 biji cili padi
3 biji bawang putih
2 sudu gula
sedikit garam
5 biji limau kasturi - ambil jusnya

Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih hingga lumat.
2. Gaulkan bersama gula, garam dan jus limau kasturi.

8 ulasan:

kasihredha berkata...

selamat thn baru amie...

kat sana seafood murahkan amie...suka udang :)

Amie berkata...

Kasih,
Selamat TahunBaru 2012 Kasih,
bolehlah dikatakan murah berbanding di sana.

rahel berkata...

Sedapnya mee hoon goreng...adei..tak tahan lama2 tengok...kecur air liur..

Zaitun berkata...

Selamat tahun baru buat Amie sekeluarga.

mama aini berkata...

ehem sedapnya !!..untung amie tinggal kat sana seafood murah..

Melly Octaviana berkata...

sedap nih kak untuk sarapan. slurrp

ummiross berkata...

Amie, ummi singgah makan mee hoon,sedapnya,bawa balik sepinggan lah...

Izan Ishak berkata...

selamat thn baru kak amie...

terliur plak tgk mihun grg seefood... nak sepinggan boleh kak?