Jemput makan tengahari dengan lauk Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Padi & Tempe. Ini masakan ringkas tapi tetap menggamit selera. Kalau dah namanya lemak cili padi tu, susah sikitlah kita nak tolak! Betul tak?
Kita gunakan sajalah bahan yang ada di dapur. Tak ada cili padi hijau, cili padi masak yang dah merah menyala pun boleh. Tapi kata orang sebaiknya gunakan cili padi hijau, barulah terangkat! Jangan lupa tambahkan serai yang dititik untuk menaikkan aroma serta dua tiga keping asam gelugur untuk seimbangkan rasa. Amie gunakan dua keping saja sebab tak mahu rasa masam yang menyerlah. Kalau ada kunyit hidup, elok sangatlah tapi kalau tak ada guna kunyit serbuk pun memadai juga. Satu lagi ada yang suka masak lemak masuk periuk sekali hartung bersama semua bahannya, ada juga yang tumis dahulu bahan perencahnya. Kali ini Amie tumis dulu bahan perencah nak bagi naik aroma!
Oh! Hampir terlupa... Amie tambahkan tempe dalam masakan ini. Memandangkan isi ikan tongkol yang padat dan tidak mudah hancur, Amie masak lama sedikit bersama tempe, sebab nak bagi tempe tu lembut dan menyerap bahan perencah! Jom kita tengok resepinya di bawah ini:
Bahan-bahan:
8 kepingan ikan tongkol
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam / gula / perasa pilihan
3 sudu besar minyak
Bahan tumbuk kasar:
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk serta serai hingga naik bau.
2. Tambahkan 3 cawan santan cair dan masukkan serbuk kunyit.
3. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan tongkol dan tempe. serta asam keping.
4. Masak selama 15-20 minit.
5. Masukkan santan pekat, garam / gula / perasa pilihan.
6. Biarkan kuah mendidih seketika.
7. Padamkan api dapur.
Selamat menjamu selera!
Walaupun cuti Tahun Baru Cina, tapi kesempatan ini diambil untuk mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. Tidak ketinggalan anak buah Amie... selamat diijabkabulkan. Kami turut serta dalam kesemua majlis, baik pihak perempuan mahupun pihak lelaki. Selesai kesemua acara, tiba-tiba teringatlah pula banyak telur pengantin yang kami bawa pulang! Bukan main suka Firdaus makan sebiji demi sebiji... tapi tak juga habis sebab berbiji-biji lagi yang mnasih tersimpan dalam peti sejuk.
Encik Suami kata, cubalah buat sambal!
Wokey... setuju sangat!
Bahan-bahan:
12 biji telur ayam rebus - kupas kulitnya
1 labu bawang besar -- mayang kasar
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
1/3 cawan minyak
garam/ gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm belacan
Cara memasak:
1. Goreng telur rebus hingga kuning keemasan - angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dah tumis bahan kisar hingga pecah minyak menggunakan api sederhana panas.
3. Tambahkan bancuhan air asam jawa, gara, gula atau perasa pilihan anda.
4. Masukkan telur yang digoreng tadi. Gaul rata.
5. Masukkan bawabg besar dan biarkan seketika sehingga terbit minyak sekali lagi.
6. Padamkan api dapur.
Makan dengan nasi lomak pun sodap!
Tiba-tiba teringin sangat nak makan nasi ambeng!
Teringat betapa enaknya bau aroma serunding kelapa!
Terkenang berebut ayam goreng ketika makan nasi ambeng yang sudah jadi nasi berkat sewaktu arwah ayahanda bawa pulang!
Mengikut tafsiran orang kampung kami, hidangan nasi ambeng itu...tidak mewah tapi seadanya...untuk dimakan bersama!
Mana nak cari nasi ambeng di LD?
Kalau di kampung bolehlah cari di pasar malam... tapi di sini?
Mahu tak mahu kenalah buat sendiri!
Tak larat nak cerita panjang. Kalau nak tahu resepinya bolehlah klik DI SINI.
Teringat betapa enaknya bau aroma serunding kelapa!
Terkenang berebut ayam goreng ketika makan nasi ambeng yang sudah jadi nasi berkat sewaktu arwah ayahanda bawa pulang!
Mengikut tafsiran orang kampung kami, hidangan nasi ambeng itu...tidak mewah tapi seadanya...untuk dimakan bersama!
Mana nak cari nasi ambeng di LD?
Kalau di kampung bolehlah cari di pasar malam... tapi di sini?
Mahu tak mahu kenalah buat sendiri!
Tak larat nak cerita panjang. Kalau nak tahu resepinya bolehlah klik DI SINI.
Barangkali akan datang nasi ambeng sudah tidak seperti rupanya yang dulu-dulu...
Orang kampung pun dah tak ada masa nak datang rewang. Kalau perlukan nasi ambeng, cuma tempah sahaja. Harganya pun taklah semahal mana... serendah RM6.50 ke atas. Cukup lengkap dengan lauk-pauknya yang terdiri daripada ayam goreng atau ayam masak kicap, serunding, dan juga sambal goreng.
Dulu, nasi ambeng dimonopoli oleh masyarakat Jawa kerana kepentingannya dalam kenduri-kendara tetapi kini nasi ambeng sudah dikomersialkan. Bukan orang Jawa pun sudah pakar menyediakannya bahkan orang Jawa sendiri pun menempah dari pembuatnya yang bukan orang Jawa. Carilah nasi ambeng... di pasar malam misalnya! Nasi ambeng yang benar-benar asli sudah semestinya tidak akan meninggalkan serunding kelapanya yang terasa sedikit manis berempah, ayam gorengnya dan juga sambal goreng Jawanya!
Maaf...
Asyik paparkan menu ayam saja... apa nak buat, beberapa hari tak masak sebab sibuk menghadiri walimatulurus anak buah.
Malam tadi seisi keluarga ikut serta membeli keperluan dapur. Bukan main seronok mereka bila Amie kata...esok Mommy nak buat ayam panggang, coleslow daan kentang putar! Hmmm.... tak menyempat nak tangkap gambar sebab semua sudah duduk keliling meja dengan pinggan masing-masing! Tangkap sajalah mana yang dapat....ahaks!
Blok klik DI SINI dan DI SINI untuk melihat resepinya. Cuma bezanya dulu Amie gunakan madu dari Kundasang, tapi kali ini Amie gunakan madu dari Beaufort pula. Madu tualang... agaknya sarang lebah tu di atas pokok tualang kot. Tak kisahlah yang penting madu asli.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar seberat 1.5kg - bersihkan dan tos
Bahan A:
5cm halia - kisar
5 biji bawang putih - kisar
1 sudu besar stok ayam pekat
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada putih - tumbuk
2 sudu besar minyak bijan
Bahan B:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar stok ayam pekat
3 sudu besar madu
Cara:
1. Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama 4 jam / sebaiknya perap semalaman di dalam peti sejuk.
2. Panggang di dalam oven dengan kepanasan suhu 180-200' celcius. Amie panggang selama 90 minit.
3. Keluarkan ayam panggang, dan sapu dengan Bahan B.
4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
5. Tutup api oven, dan keluarkan.
6. Sedia untuk dihidang.
Menu Amie kali ini ala-ala fusion gitu...sebab gabungan resepi timur dan barat. Amie gandingkan dengan coleslow dan kentang putar. Sebut pasal coleslow ni... memang tak pernah berbaki berbanding kentang putar! Kebiasaannya Amie tambahkan yogurt dalam resepi ini, tapi memandangkan tak ada stok yogurt, Amie gantikan dengan peraham limau kasturi. Rasanya? Tentulah sedap... kalau tak sedap mestilah banyak berbaki! Sedaplah tu...sebab habis licin 1 kg kubis! Oh ya! Satu lagi... Amie sediakan sos lada hitam sebagai kuah pencicah.
Tukang buat sos lada hitam tidurlah pulak! Selalunya dialah yang bersemangat sediakan sos pencicah yang sangat digemarinya itu. Fuad! Oh! Fuad.... tak apalah, mari kita semak resepinya di bawah ini:
Bahan-bahan:
1 labu bawang besar - dicincang halus
3 sudu makan mentega
2 sudu besar tepung gandum
400ml susu segar
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
6 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Cara memasak:
1. Panaskan mentega dan goreng bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
3. Seterusnya tambahkan susu segar.
4. Sambil mengacau sos, masukkan sos lada hitam, lada hitam tumbuk, sos tiram dan kicap manis.
5. Setelah sos mendidih dan kelihatan likat, padamkan api dapur.
Biasanya Amie terus hidangkan sos lada hitam ini begitu sahaja, tetapi kali ini Amie inginkan tekstur yang halus. Jadi Amie kisar bahan sos tadi seketika.
Kalau berminat untuk melihat resepi coleslow yang lalu, bolehlah klik DI SINI. Sebaik-baiknya sediakan dahulu coleslow dan simpan semalaman dalam peti sejuk biar meresap semua bahan. Hasrat hati memang nak buat begitu, tapi malam tadi Encik Suami singgah rumah kakak ipar dan balik rumah tengahmalam pula. Malaslah pulak nak turun ke dapur. Coleslow ini Amie sediakan dua jam sebelum dimakan. Rasanya? Sedaplaaa.... dah memang kami hantu coleslow...hiks!
Bahan:
1 kg kubis putih - bersihkan - bilas dan toskan - hiris halus dan cincang
4 cm lobak merah - hiris halus dan cincang - gunakan sedikit sahaja kalau tak mahu warna merah menyerlah dalam coleslow
1 labu bawang besar - hiris dan cincang
2 sudu besar jus limau kasturi - (kalau ganti dengan yogurt asli - gunakan 6 sudu besar)
10 sudu besar mayonis
3 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
P/S:
Kubis, lobak merah dan bawang besar tu Amie sagat...cepat siap!
Boleh tambah atau kurangkan sebarang bahan di atas mengikut citarasa masing-masing.
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul sebati.
2. Simpan semalaman di dalam peti sejuk atau sekurang-kurangnya dua jam sebelum dinikmati.
Kentang lenyek tu pula, Amie rebus hingga empuk dan kemudian tambahkan hirisan leek. Toskan airnya dan kemudian letak semula di atas api dapur. Masukkan susu segar, mentega, sedikit lada putih tumbuk dan secubit garam. Leceklah sampai lenyek.... mmmm.. aromanya sungguh mengamit selera!
Wokey...
Selamat mencuba! Sesekali menjamu keluarga dengan ayam panggang memang best! Proses penyediaannya tiaklah sesuakar mana... hanya mahu atau tidak, itu sahaja...ngeeee.
