Selamat berhujung minggu teman....
Banyaknya cerita sekarang ni.... tentang pesawat MH370 yang masih menjadi misteri, dan mudah-mudahan segala ikhtiar, segala doa yang dipohon bakal diperkenankan oleh-Nya. Moga-moga benarlah seperti kata-kata bahawa pertolongan Allah itu tidak terlalu cepat atau terlalu lambat, tapi tepat pada masanya! Apa yang kita harapkan mudah-mudahan MH370 dapat ditemui dan kesemua penumpang termasuk anak kapal dalam keadaan selamat. Biarlah yang berkemampuan dari segi fizikal dan segala kelengkapan yang canggih meneruskan misi mencari dan menyelamat, dan hendaknya pihak kita yang tidak mampu berbuat apa-apa teruskanlah memohon kesejahteraan kepada-Nya. Usahlah dicemari misi pencarian ini dengan pelbagai tohmahan dan persepsi negatif. Yang pasti, seluruh dunia sedang mengikuti perkembangan tragedi misteri ini, dan berganding bahu menyumbang tenaga mencari penyelesaiannya! In shaa Allah, yang benar itu pasti nyata, dan yang tidak benar itu Allah akan tunjukkan jua. Amin ya Allah!
Tentang jerebu nun di tanah kelahiran Amie pula... mudah-mudahan akan turunkan hujan rahmat membersihkan segala ruang yang tampak suram dan melelahkan. Di tempat Amie di sini memang tidak ada jerebu, dan hari ini hujan turun lebat sekali. Habis basah pakaian di ampaian tak sempat diangkat!
Hari ini Amie santai-santai di dapur masak Nasi Ayam. Firdaus pun tak cerewet main-main dengan abang-abangnya. Kemudian Firdaus tidur lena. Encik Suami entah apa kerjanya di luar rumah dengan anak-anak. Kak pembantu rumah sudah siap bersihkan rumah dan nampak tekun melipat pakaian, menyusun pakaian yang dikemas semula. Maklum sajalah... anak-anak kalau mengambil pakaian dari lipatan, habis berhamburan!
Nasi Ayam pun siap terhidang setelah semua selesai solat Zohor. Jemput makan sama.... Bismillah....
Sekarang ni kalau nak masak di dapur, memang dah tak sempat nak belek buku resepi lama-lama. Firdaus pun rajin 'belek' buku resepi. Entah berapa buah majalah & buku resepi hilang kulit, dikoyak oleh tangan kecilnya.... adeeeeehhhh! Banyak pulak bebelnya ye, nanti tak sempat nak kongsi resepi pulak. Di bawah ini Nasi Ayam yang biasa Amie masak, cara kukus. Dan kalau rajin bolehlah klik DI SINI untuk melihat resepi Nasi Ayam Amie yang lepas.
|
Resepi : Nasi Ayam
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
6 cawan beras wangi - cuci dan toskan
6 cawan air rebusan ayam (lihat resepi Sup Ayam di bawah)
1 sudu makan stok ayam pekat MAGGI
4 sudu makan marjerin
3 ulas bawang putih - hiris halus
3cm halia - hiris halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan - siat-siat
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Sementara itu panaskan marjerin di dalam kuali hingga cair..
2. Masukkan bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan. Tumis sehingga harum dan daun pandan layu.
3. Masukkan air rebusan ayam dan stok ayam pekat.
4. Setelah air mendidih, masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan air mengering.
5. Pindahkan nasi ke dalam periuk pengukus.
6. Kukus selama 20 minit atau sehingga nasi masak.
Resepi : Ayam Goreng
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar - potong 4 bahagian - ketepikan sayap, kaki, leher dan tulang belakang bahagian dada ayam
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 sudu teh lada putih - tumbuk
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
2 sudu makan minyak bijan - jika tidak suka, tak perlu bubuh
minyak
Cara:
1. Cuci dan toskan daging ayam sehingga kering.
2. Perap ayam bersama bawang putih, halia, lada putih, sos tiram, kicap manis, perencah MAGGI Cukup Rasa dan minyak bijan selama 1 jam.
3. Goreng tenggelam di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas.
4. Angkat setelah daging ayam masak atau berwarna emas keperangan.
Resepi : Sup Ayam
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
2 kepak ayam, bahagian leher dan tulang belakang dada ayam serta kaki ayam - potong ikut suka
1.5 liter air (sebahagian air rebusan digunakan untuk memasak Nasi Ayam)
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - belah 4
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3cm halia - diketuk
1 sudu teh lada putih - ditumbuk
garam / perasa pilihan
hirisan daun bawang / daun sup
bawang goreng
Cara:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan semua bahan di atas kecuali lada putih, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
3. Apabila kuah sup mula mendidih, perlahankan api dan tutup periuk.
4. Masak sehingga isi / ayam lembut.
5. Setelah sebahagian air rebusan / sup diambil untuk Nasi Ayam, barulah masukkan lada putih dan ketika menghidang jangan lupa taburkab hirisan daun sup / daun bawang serta bawang goreng untuk menambah kelazatannya!
Wokeeeyyy... kita beralih pula untuk pelengkap Nasi Ayam yang seterusnya iaitu Sos Sambal. Mmmmm... tiap kali Amie buat Sos Sambal untuk Nasi Ayam mulalah terasa kembang semangkuk hatinya sebab teringat pujian FIL... ketika hayat ayahanda masih ada beberapa tahun lalu. Beliau suka sangat Sos Sambal yang Amie buat. Sebab apa tau.... sebab beliau suka sos sambal yang ada rasa masam jus limau! Tak kisahlah jus limau nipis atau jus limau kasturi.
Amie kongsikan resepinya di bawah ini... tapi kalau tak suka rasa masam jangan bubuh jus lebih ya... ikutlah citarasa nasing-masing dan kalau nak wangi bolehlah hiris kulit limau kasturi halus-halus dan masukkan dan Sos Sambal, tapi janganlah banyak sangat... cukuplah 1/2 atau 1 biji kulit saja! banyak-banyak kang rasa pahit pulak.
Bahan-bahan:
2 biji cili merah - buang biji
9 biji cili padi minyak
2 biji tomato merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
5 biji limau kasturi & 1 biji limau nipis - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar halus.
Untuk mendapatkan rasa yang lebih mesra, sos sambal ini boleh disediakan lebih awal beberapa jam sebelum dihidangkan bersama Nasi Ayam.
Oh yaaaa.....! Untuk Sos Kicap pula, biasanya Amie campurkan dengan bahan lebihan perapan ayam tapi kali ini tak pulak tinggal sisa bahan pemerap! Apa pun Amie kongsikan resepinya:
Bahan-bahan:
2 biji bawang putih - tumbuk
1 sudu teh lada putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan sos lada hitam - Amie cuba masukkan untuk resepi kali ini - okey je rasanya
1 sudu teh perencah MAGGI Cukup Rasa
1 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 1 cawan air
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan didihkan di atas api sederhana panas.
2. Masak sehingga kuah pekat.
3. Padamkan api dapur.
Taklah susah sangat nak masak Nasi Ayam kaaannn.... tapi memandangkan masa begitu terhad, hari minggu sajalah dapat sediakan untuk family.
Jemput yea... pintu dapurku sentiasa terbuka!
Jom main masak-masak lagi. Kali ini Amie buat Sotong Goreng Oregano. Amie tidak gunakan serbuk penaik atau serbuk ENO seperti kebiasaan. Amie perap seketika dengan beberapa bahan perencah, termasuk serbuk oregano, campuran tepung gandum dan tepung jagung. Amie masukkan sebiji telur dan kemudian lumurkan dengan serbuk roti sebelum digoreng.
Dah siap goreng, bolehlah hidangkan bersama sos pencicah pilihan. Anak-anak suka cicah dengan mayonis & sos cili Thai.
Resepi : Sotong Goreng Oregano
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 kg sotong - bersihkan - buang mulut dan mata serta isi dalam sotong - potong ikut suka - toskan hingga kering
2 cawan serbuk roti
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
1 biji telur gred double A
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
minyak
Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
1/2 cm halia
1 sudu teh lada putih
Cara:
1. Satukan sotong bersama bahan tumbuk, tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk oregano dan juga perencah MAGGI Cukup Rasa.
2. Pecahkan telur dan gaul bersama bahan tadi. Perapkan seketika.
3. Lumurkan sotong dengan serbuk roti.
4. Panaskan minyak yang agak banyak untuk goreng tenggelam.
5. Goreng sotong hingga kuning keemasan atau sehingga masak.
6. Angkat dan toskan.
7. Hidangkan bersama pencicah kegemaran.
Amie pernah masak Nasi Sardin beberapa kali sebelum ini. Untuk resepi yang lalu bolehlah klik DI SINI. Walaupun sekadar olahan sardin dalam tin tetapi hidangan ini menjadi begitu istimewa sekiranya kita ingin menjadikannya demikian!
Untuk resepi kali ini,Amie telah ubahsuai dari resepi lepas untuk memenuhi selera Encik Suami yang inginkan tambahan jagung di dalam nasi tersebut. Untuk masakan ikan sardin pula, Amie masak seperti biasa dengan tambahan kentang yang digoreng terlebih dahulu dan Amie masukkan capsicum merah serta kuning yang dipotog dadu. Amie hidangkan Nasi Sardin dengan keropok udang.
Bahan-bahan untuk Nasi Sardin:
2 pot beras - dibersihkan
air secukupnya
1 tin ikan sardin saiz besar
1/2 cawan lobak merah dipotong dadu
1 cawan jagung tin
5 ulas bawang merah - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - hiris halus
1/2 inci halia - hiris halus
3 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada sulah
garam
minyak
bawang goreng
Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih serta hirisan halia hingga wangi.
2. Masukkan lobak merah, jagung, tomato puri, sos cili, sos tiram, garam, serbuk lada sulah dan sos ikan sardin.
3. Setelah mendidih masukkan beras dan air secukupnya.
4. Masak hingga nasi kering.
5. Apabila menghidang taburkan bawang goreng dan keropok.
Untuk lauknya pula, masak ikan sardin ikut citarasa masing-masing.
Amie berkesempatan menikmati hidangan Ayam Bakar Bumbu Bali buat kali pertama di Kampung Daun Culture & Cafe semasa kunjungan ke Bandung beberapa tahun lalu. Memang kami tidak mungkin dapat melupakan suasana tempat makan yang begitu nyaman, santai dan rasanya kalau boleh nak tidur-tidur je di dalam 'wakaf' yang disediakan khusus untuk para pengunjung yang menanti pesanan hidangan pilihan! Kalau nak diceritakan memang tak akan ada penghujungnya... jadi jika anda berpeluang bercuti ke Bandung, jangan lupa luangkan masa untuk ke Kampung Daun Culture & Cafe.
Daging ayam yang digunakan sudah tentunya ayam kampung, dan hidangan Ayam Bakar Bumbu Bali untuk kami merupakan 'separuh' daripada seekor ayam setiap seorang disebabkan saiznya yang kecil. Mereka tidak gunakan 'ayam negeri' atau daging ayam ternak seperti dalam kebanyakan (malah keseluruhan) masakan di tempat kita.
Untuk resepi Ayam Bakar Bumbu Bali ini bolehlah klik DI SINI : CONTYFOOD.BLOGSPOT. Terima kasih di atas perkongsian resepi yang enak ini. Di bawah ini Amie paparkan resepinya:
Resepi : Ayam Bakar Bumbu Bali
Sumber : COUNTYFOOD.BLOGSPOT
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong sesuai dengan selera anda
2 lembar daun salam
lengkuas seukuran 1.5 ruas jari - memarkan (ketuk)
4 sendok teh air asam jawa
4 lembar daun jeruk (daun limau purut) buang tulang daunnya
1 sendok makan kecap manis
1 sendok makan gula merah yang telah disisir
200 ml air kelapa
garam & gula pasir secukupnya
minyak goreng secukupnya untuk menumis
Bumbu yang dihaluskan:
10 siung bawang merah
5 siung bawang putih
3 buah cabai merah kerinting
3 buah cabai rawit
1 sendok teh terasi yang telah digoreng kemudian disisir
3 butir kemiri-disangrai
jahe seukuran 1.5 ruas jari
Cara:
1. Panaskan minyak goreng untuk menumis.
2. Tumis bahan atau bumbu yang telah dihaluskan hingga harum.
3. Tambahkan daun salam, lengkuas dan daun jeruk. Tumis hingga bumbu halus matang.
4. Tambahkan kecap manis, air asam jawa, garam dan gula pasir. Aduk hingga tercampur rata.
5. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong. Aduk sehingga semua bahagian ayam terlumuri bumbu.
6. Tuangkan air kelapa dan masak hinggakuah mengering.Matikan api kompornya.
7. Siapkan alat pemanggang untuk memanggang ayam.
8. Bakar ayam hingga berubah warna.
9. Sebentar lagi Ayam Bakar Bumbu Bali siap dihidangkan.
Tips membuat Ayam Bakar Bumbu Bali:
1. Setelah dicuci bersih, balur daging ayam dengan jeruk nipis untuk hilangkan bau amisnya.
2. Jumlah cabai yang digunakan sesuai dengan selera.
3. Supaya tidak lengket, oles alat pemanggang dengan minyak goreng.
"I am submitting this post to Asian Food Fest: Indonesia hosted by Alice from I Love. I Cook. I Bake"

