Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin kami mengatur tiga aktiviti dalam sehari. Sebelah pagi, kami menghadiri undangan perkahwinan anak sepupu Encik Suami di Dewan Bakso Legend Perdana Square. Menjelang tengahari, seorang sahabat lama dari Kuala Lumpur dijangka tiba ke Lahad Datu dan akan ziarah ke rumah kami. Sebelah petangnya pula, kami akan bertandang ke majlis persandingan anak jiran sebelah.
![]() |
| Gambar kenangan bersama pengantin yang berpakaian tradisi Cocos. |
![]() |
| Selamat menempuh gerbang rumahtangga buat anak buah kami Nurfarhanim dan pasangannya, Ahmad. |
Memang seronoklah melihat tetamu ikut bertemasya di majlis kahwin begini. Riuh rendah berebut ayam panggang yang diikat di hujung tebu! Berebut kain yang telah dipijak oleh pengantin! Berteriak kegirangan menyambut duit dan gula-gula yang dilemparkan. Hadoi! Kita pun tak tahu nak tangkap gambar macamana.
Selain itu majlis serakalan turut diadakan. Teringat waktu majlis kahwin kami, 28 tahun lalu, meriah sungguh FIL adakan majlis itu. Ketika kompang dan gong dipalu, terasa dup dap dup dap jantung bergetar! Eh, kita pun pakai pakaian tradisi Cocos juga tau.... ahaks!
Tradisi Cocos yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini.
Majlis serakalan.
Kita duduk di bahagian belakang sambil menikmati kudap-kudapan kuih lidah dan kuih nek katik.
Firdaus suka sanga makan kuih talam keladi. Entah berapa kali dia ambil!
Hidangan makan untuk para tetamu.
Kami agak tergesa-gesa meninggalkan majlis kerana 'tetamu' kami sudah hampir sampai. Jadi, hanya setakat ini sahajalah suasana majlis yang dapat diraikan bersama. Majlis ini dijadualkan hingga ke petang.
Sebelum kami melangkah keluar, sempat menyaksikan seketika persembahan tarian untuk pengantin. Tarian ini merupakan tarian tradisi masyarakat Cocos yang dipanggil melenggok. Penari memakai pakaian yang dipanggil baskad.
Amie belanja video tarian melenggok!




















