Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dengan Daun Kaduk & Belimbing Buluh
6:23 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, Encik Suami sudah keluar wad. Syukur kepada Allah, walaupun Fairuz sibuk dengan urusan kerjanya di luar daerah, Fuad pula tiba di LD pada pagi Jumaat. Mudah-mudahan kepulangan Fuad dapat membantu sedikit sebanyak urusan rawatan Encik Suami selanjutnya,
Walaupun semenjak dua menjak ini jarang masuk dapur, tetapi dapatlah juga sekali dua masak untuk Raja Ikan yang baru sampai dari Johor. Kalau yang biasa ikuti celoteh Amie's Little Kitchen tentu pernah terbaca siapa Raja Ikan dan siapa Raja Ayam di rumah kami.... ahaks!
Hari Sabtu Amie masak siput sedut lemak tempoyak, goreng ikan jenahak dan terung goreng taucu kegemaran Fuad. Macam tak puas makan siput sedut, kelmarin Amie masak lagi. Fuad pula hendak makan ikan segar puas-puas. Jadi, Amie gorengkan Ikan Jenahak Balado. Untu Encik Suami, seperti biasa Amie masakkan sup ikan jenahak.
| Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dengan Daun Kaduk & Belimbing Buluh. |
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
| Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dengan Daun Kaduk & Belimbing Buluh. |
Sewaktu hendak petik daun kaduk, Amie terpetik daun sirih pula. Rupanya Encik Suami tanam pokok sirih di belakang rumah. Mujurlah Amie hidu daun sirih yang dipetik sebab bentuknya agak berbeza dengan daun kaduk!
Terima kasih ChatGPT kerana sempurnakan resipi siput sedut seperti di bawah ini.
| Ikan Jenahak Goreng Balado |
Amie tidak bubuh sambal atas semua ikan jenahak goreng. Kadang-kadang Encik Suami teringin makan ikan goreng, jadi dicubitnya sedikit. Encik Suami sudah jarang makan yang ada rasa pedas.
| Sayur Campur Putij Jagung dengan Kacang Manis & Udang |
| Buah Bambangan |
Pada hari pertama Encik Suami masuk wad, Fairuz bawa pulang buah bambangan dari Kundasang. Oleh kerana sepanjang Encik Suami di hospital, kita hanya pulang waktu malam dan ke hospital semula menjelang pagi, jadi tidak sempatlah melihat buah bambangan ini. Hanya hidu baunya saja, Kelmarin barulah teringat, dan nampaknya buah bambangan sudah cukup masak dan kulitnya hampir kecut.
Amie minta tolong Firdaus buatkan jeruk bambangan. Tidaklah sesukar mana, hanya hiris isi bambangan, tambahkan hirisan bawang dan cili padi, perasakan dengan garam dan perahkan sedikit jus limaukasturi. Hendak seimbangkan rasa letak sedikit gula dan perasa pilihan.
| Jeruk Bambangan |
Jeruk bambangan memang sedap kalau makan dengan nasi panas dan ikan goreng!
16 comments
Alhamdulillah semuga enche Majid cepat sembuh. Fuad cuti berapa lama. Dapat lah dia makan ikan segar hasil tangan mummy dia. Semuga Allah permudahkan urusan amie sekeluarga. Aamiin
BalasPadamSedapnya masak lemak siput sedut. Tak pernah masak sendiri malas nak mengerjakan siput tu.
BalasPadamSyukurlah encik suami dah bisa kluar dari rumah sakit kak... Semoga kesehatannya akan pulih lagi.
BalasPadamBaru kali ini dengar buah Bambangan. Dibuat jeruk pula 😍😍😍. Memang terbayang segarnya jika dimakan dengan nasi
Ikan jenahak goreng memang saya sukaaa lah . Tapi Krn saya belum berani masak ikan , apalagi goreng, jadi kalau teringin beli memang 😅
Alhamdulillah semoga suami K.Amie terus sihat...
BalasPadamYa allah..sedapnyaaa...fav SA ni kak Amie..SA doakan suami Kak Amie sihat seperti biasa
BalasPadammenariknya... terliur semuaaaaa...
BalasPadamAlhamdulillah semoga terus sihat utk En Majid 🤲🏻
BalasPadamJeruk bambangan tu macam kerabu mangga lebih kurang ye Kak Amie.
dah lama tak makan siput sedut sebab last makan dulu saya terus kene allergic attack. lepas tu tak makan dah
BalasPadamKecurrr nengok sambal bambangan.
BalasPadamCantik potongan ikan jenahak tu.
Alhamdulillah suami Kak Amie dah keluar wad. Moga sembuh sepenuhnya.
BalasPadamSiput Sedut Masak Lemak dengan Daun Kaduk & Belimbing Buluh, awww sedapnya sangat Kak Amie.
Dana biasa masak dengan batang keladi tak pernah cuba dengan daun kaduk kak... mesti sedap ni
BalasPadamLauk semuanya sedap2 dan membuka selera. Aduh, ternampak buah bambangan ni kecur air liur saya. Teringat aroma dan rasa buah ni. Kalau di kampung, mak suka buat sambal buah bambangan. Sedapnya!
BalasPadamAlhamdulillah suami Kak Amie dah keluar wad. Semoga bertambah sihat lepas ni.
So richhh...!!! Kita kalau masak siput sedut nampak kosong jer.. tapi yg ini meriah sungguh dgn daun kaduk bagai.. 🤤 nyummy..
BalasPadamUIshhhh trliur eh tgk semua ni =D
BalasPadamKSarie google tentang buah bambangan sebab teksturnya macam buah kuini kalau tengok gambar jeruk tu tapi rupanya berbeza ye. Kelaparan lagi saya tengok semua gambar makanan ni😂
BalasPadamSiput sedut tu saya suka. Selalunya saya beli je. Buah tu pertama kali lihat.
BalasPadam