Sambal Siram Minyak Panas Air Tangan Firdaus
8:48 PGBismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi, hari ini Sabtu ada aktiviti kokurikulum di ladang. Sekarang waktu rehat selama setengah jam, peralihan waktu dari aktiviti sukan dan permainan ke aktiviti kelab dan persatuan pukul sembilan pagi nanti.
Ini cerita hari Isnin baru-baru ini, sebelum Encik Suami masuk wad. Firdaus sudah pandai buat Sambal Siram Minyak Panas sendiri. Cuma, perlu ditambah dan kurangkan perasa sahaja supaya seimbang. Lama-lama nanti mahirlah dia sebab rajin sangat buat, boleh dikatakan setiap hari!
| Sambal Siram Air Panas |
| Hidangan Makan Malam |
| Ikan Belanak Panggang Garam Kunyit |
| Masak Lemak Betik |
Masak Lemak Betik ini Amie tumis udang kering, bawang putih dan bawang merah tumbuk. Tambahkan serai untuk aroma lebih segar. Kemudian Amie bubuh isi udang segar. Betiknya itu Amie beli siap disagat. Sampai dapur, hanya masak sahaja.
| Sambal Siram Minyak Panas |
Cantik pula hasil kejadian Sambal Siram Air Tangan Firdaus. Selepas ini kalau hendak makan sambal, bolehlah Firdaus sediakan sendiri.
17 comments
Uihhh.. nampak pun sedap dan elok kejadiannya.
BalasPadamMeh pinjam tangan Daus sat..
Pandainya Firdaus masak
BalasPadamRajinn pula tu
Terbaiklah Firdaus! Sikit lagi Mommy tak payah monitor dah, Daus dah expert dah buat sambil kegemarannya ni
BalasPadamPeberet daus ni udah pandai buat sendiri. Camtu buat Hari2 le Firdaus.
BalasPadamTerliur juga nak buat sambal siram minyak ni.
BalasPadamHebat Daus!
BalasPadamKalau hari2, buat... boleh kalahkan mama dia ni....
Eh, nampak sedap sangat ni, Daus!
BalasPadamwah sambal siram minyak panas by Daus..pandai die buat...cantik kejadian ikan panggang tu
BalasPadamDauuuuus, dah bisa dijual sambalnya nih 😍😍😍😄. Kelihatan sedap dan mantap. Seandainya dekat, aunty dah pesan sambal saus nih 😄
BalasPadamSA suka ikan belanak..manisss....wah Daus dah pandai buat sambal ye....bagus..cantik kejadian sambal tu...
BalasPadamkalau diajar tu mesti pandai memasak bile dah besar nanti
BalasPadamSedapnya semua lauk. Wahh bagus nya Daus.
BalasPadamWah memang mengikut jejak langkah emaknya pandai masak jugak Daus ni ya
BalasPadamMesti Firdaus rajin tolong kak Amie di dapur 👏🏻 👏🏻 lepas ni dah boleh serahkan tugas buat sambal siram minyak panas ni dekat Firdaus supaya dia boleh improve lagi skill buat sambal ni 😄
BalasPadamAlahai kemas nya ikatan ikan panggang tu... Bagus hero boleh ke dapur menyiapkan juadah makanan sekeluarga.. 👍🏻😎
BalasPadamBetul tu sis.Cantik kejadian sambal siram air panas tu. =)
BalasPadamIkan belanak tu nampak sedap dan sambal tu mesti sedap kan?
BalasPadam