Tiga Kali Berturut-turut Makan Nasi Ayam!
4:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, urusan keluar wad berjalan lancar pada hari Jumaat lepas. Aniz, anak buah datang ke hospital dan hantar kami sampai ke rumah. Sebaik masuk rumah, Encik Suami kata hendak makan nasi ayam stim. Pada ketika itu Fairuz bekerja di luar daerah. Balik waktu petang pula. Teringat Fuad yang sentiasa berpesan kalau hendak makan apa-apa beritahu sahaja dia. Nanti Fuad akan buat pesanan dalam talian. Jadi Amie pun beritahu Fuad keinginan Encik Suami hendak makan nasi ayam stim. Fuad kata kalau bab nasi ayam, Abang Farid memang pakar untuk membuat pilihan sebab memang itulah menu kegemarannya. Jadi Fuad minta Abang Farid membuat pesanan dan Fuad tukang bayarnya.
Entah mengapa, hari itu tiga kedai nasi ayam kehabisan nasi ayam stim padahal masih tengah hari. Encik Suami kata, tak apalah kalau tak ada ayam stim, ayam goreng pun bolehlah. Jadi, Abang Farid pesanlah dua bungkus nasi ayam goreng. Kami makan berdua sahaja, sebab Firdaus bersekolah.
Amie pesan dengan Fairuz, balik kerja nanti beli ayam segar sebab Amie hendak masak nasi ayam stim. Namanya saja 'stim' tapi sebenarnya rebus saja ayamnya itu. Nak kukus @ stim terpaksa ambil masa yang agak lama untuk daging benar-benar masak.
Encik Suami nampak berselera menjamah nasi ayam. Maklumlah hampir seminggu tinggal di wad dan makan makanan yang disediakan oleh pihak hospital.
Petang itu Amie gagahkan diri ke dapur dan masak nasi ayam. Separuh ayam digoreng dan separuh lagi terus tinggal dalam periuk rebusan hingga masak. Ayam rebus itulah yang kemudian Amie cincang, bubuh minyak bijan dan taburkan hirisan daun ketumbar jawa.
Keesokan harinya, Amie masak nasi ayam lagi. Amie masak ringkas sahaja, dengan mengurangkan perasa seperti garam dan bahan perasa lain. Sewaktu masak nasi ayam, Amie tidak tumis bahan perencah bersama marjerin atau mentega tetapi terus masukkan air rebusan ayam sahaja. Maklumlah, diet Encik Suami kena kurangkan garam dan juga minyak.
| Nasi Ayam |
Walaupun menu nasi ayam agak ringkas tetapi tetaplah sedap. Encik Suami berkali-kali ke dapur apabila terhidu aroma ayam yang sedang direbus. Bau halia bercampur bawang dan daun pandan memang menggoda selera!
28 comments
nampak sedap ayam tu
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamIni kalau duduk ngan kak amie ni mau naik berat badan kita hahah simple pun nampak sedap 😅😅
BalasPadamMarilah sini.
PadamSedapnya nasi ayam amie. Hari2 makan pun tak apa sebab tak berminyak
BalasPadamBetul tu, tak berminyak.
PadamRajin betul Kak Amie olah nasi ayam stim ni. Sambal letak daun ketumbar jawa mesti wangi!
BalasPadamYa, harum baunya.
PadamOh, dah dapat nasi ayam goreng tapi tetaplah kena buat nasi ayam stim. Semoga En Majid dikembalikan kesihatannya apabila dapat menikmati masakan nasi ayam dari isteri tercinta.
BalasPadamYa, biarlah dia sapat makan nasi ayam stim idamannya.
PadamSemoga terus sihat utk suami Kak Amie.
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamKalah nasi ayam kedai ni.
BalasPadamSegar dari dapur.
Padamsedap nasi ayam...
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamNampak sedap nasi ayamnya :)
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSedap nasi ayam kak amie...terasa nak cari nasi ayam jugak...
BalasPadamCari. Jangan tak cari.
PadamSedapnya nasi ayam Kak Amie
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamKak Amie dah boleh belajar dan buka akaun Grab atau Food Panda. Kotlah anak² tak available, jadi boleh order sendiri. Insyaallah mudah je.
BalasPadamSaya memang pandai order guna food panda. Lama dah saya ada akaun food panda. Sejak zaman covid lagi. Teringat Fuad berkali-kali pesan supaya beritahu dia kalau hendak makan apa-apa, itu yang terus beritahu sebagai tanda kita hargai dia.
PadamMasa teringin, masa tu jugalah nasi habis. Tak ada rezeki nampaknya kan. Ye kalau stim tu lama. Memang kaedah rebuslah sebetulnya kan. Cepat sikit kerja masak tu siap.
BalasPadamMasak sendiri lagi puas hati makan. Berselera husband kak Amie makan. Hirup sup panas-panas tu lagi menyegarkan badan. Semoga husband kak Amie cepat sembuh dan kembali sihat cergas seperti biasa. Aamiin...
Menu ayam rebus ini saya sukaaaa sangat. Krn dulu mama pun sering masak. Walau direbus tp Krn pakai bahan2 aromatik seperti minyak wijen, ginger, rasanya tetep sedaap ❤️❤️.
BalasPadamLucu dan comel bila baca bab Encik Suami Kak Amie berkali-kali ke dapur sebab terhidu aroma rebusan ayam tu Kak Amie. Nampak betul selera beliau dah kembali selepas keluar wad. Masakan isteri tercinta memang penawar paling mujarab. Semoga Encik Suami terus sihat dan bertambah bertenaga! Nasi ayam versi sihat dan kurang minyak/garam macam ni memang terbaik Kak Amie! Walaupun dimasak ringkas tanpa tumis marjerin, nampak sangat menyelera kan
BalasPadamNasi ayam memang sedap. Saya pun suka. 😋 Alhamdulillah, encik suami Kak Amie sudah keluar hospital.
BalasPadam