Sembang Kosong
3:40 PTGBismillahirrahanirrahim.
Hari ini bertugas di ladang. Ada latihan kawad kaki unit beruniform. Mungkin warga ladang sudah terlalu penat sebab tidak pernah ada cuti pada hari Sabtu sepanjang bulan Jun hingga Julai serta Ogos. Walaupun sudah jelas arahan dari atas sanun tentang aktiviti hari Sabtu, tapi tetap dilanggar! Nah! Peserta kawad kaki yang sepatutnya berjumlah 31 orang, hanya dua orang yang hadir! Tak mahu ulas panjang. Noktah.
Balik rumah, jengok belakang sekejap. Petik cili putih, daun kunyit dan daun ketumbar jawa. Hendak dibuat apa, pun tak tahu.
Tengok beg besar berisi kertas Peperiksaan Percubaan SPM, belum siap ditanda. Rasa hendak termuntah melihat tulisan yang semakin sukar untuk dibaca. Terfikir, alangkah baiknya kalau dari Tahun 1 diberi asas kemahiran menulis sepanjang tahun, dan bukannya menguasai sukatan pelajaran tak sesuai dengan aras. Akibatnya setiap tahun kami hadap anak orang yang masih tidak mahir membaca dan menulis, apatah lagi mengira. Itulah realiti yang tak semua pihak boleh terima. Isshhh.... nak meluah banyak, bukan orang suka dengar kan. Noktah lagi!
Merenung pula almari pakaian. Akhir-akhir ini pakai baju pun tak rajin hendak padankan warna dengan tudung. Kalau boleh sauk saja baju dan tudung tak perlu disterika. Kalau boleh lagi, baju minggu lepas yang sudah dicuci rasanya hendak ulang pakai lagi sepanjang minggu ini. Tapi selalu ingat benda wajib bawa dalam beg tangan sudah tentulah eye more dan oil control film. Bedak dan lipstick tak perlu bawa kecuali kalau sambung mesyuarat atau ada kelas tambahan sebelah petang. Kalau sudah ada agenda begini, banyaklah yang kena usung dalam beg termasuk telekung, ubat dan berus gigi dan pencuci muka. Noktah terakhir!
Berbalik cerita di awal, mukadimah.
Masuk dapur, hendak masak tapi tak jadi. Ikan sedang direndam, dan sementara menunggu nyahbeku, sembang kosong dulu di sini.
Masuk dapur, hendak masak tapi tak jadi. Ikan sedang direndam, dan sementara menunggu nyahbeku, sembang kosong dulu di sini.
| Cili putih, daun kunyit dan daun ketumbar jawa. |
| Lemon Madu Pahit Manis |
Hiris dulu lemon, tambahkan Madu Pahit Manis Dr. Bazrul. Bancuh dengan air panas suam. Macam terlebih pula hirisan lemon dalam cawan. Ada lebihan Hokkaido Baked Cheese Tart. Ambil sebiji dan panaskan dalam air fryer. Makanlah tart dan minum seorang diri di dapur.
| Encik Suami : Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah |
Malam tadi pesan dengan Encik Suami, kita nak ikut dia briskwalk. Selepas solat subuh, Encik Suami ajak sekali tapi kita sambung tidur....ahaks! Alasannya nanti tak sempat bersiap untuk ke ladang. Dalam perjalanan ke ladang ajak Encik Suami sarapan di warung. Sesekali meracun Encik Suami untuk makan nasi lemak. Kesian dia asyik kena dera bininya. Kira membuli kan? Encik Suami makan nasi lemak dengan ayam goreng dan timun saja. Sambal langsung dia tak usik walaupun tak pedas. Katanya berminyaklah, manislah! Walaupun bacaan gulanya cantik, biasanya 5.2 tapi dijaga betul!
| Amie : Nasi Lemak Sambal Paru dan Lemak Bakar |
Ini nasi lemak orang tamak...ahaks! Semua hendak dimakan. Di bawah timbunan paru goreng sambal itu ada ikan bilis dan kacang tanah goreng. Sudah minta sambal paru, minta tambah pula lemak bakar! Orang tamak selalu membazirkan kan! Itu pasal sambal paru dan lemak bakar tak habis dimakan.
| Roti Naan & The Gang |
Nampak dalam galeri sudah siap ada gambar makanan, tapi tak dijadikan entri. Marilah masuk sekali dalam Sembang Kosong. Tak ingat entah bila kami singgah di Kedai Makan Pakistan. Yang Amie ingat waktu itu teringin makan Chapli Kebab. Nak buat sendiri, mambang rajin tak singgah-singgah lagi. Lamanya dia duduk di Tanah Jauhar sanun.
Ini minuman panas, entah apa ramuannya. Dan entah bulan berapa kami minum bersama dengan menu di bawah ini. Kalau tak silap Encik Suami makan pasta dengan ikan. Dan sayap ayam goreng itu kami minta bungkus bawa pulang sebab tak habis makan.
| Minum petang bersama Encik Suami. |
| Nasi Ayam |
Gambar yang ini Amie masih ingat, minggu lepas hendak makan bihun sup tapi kedai tutup. Encik Suami ajak singgah makan di kedai nasi ayam. Amie pesan extra ayam. Muanya Encik Suami hendak makan ayam kukus kicap, tapi apabila sampai di meja dia ubah fikiran pula. Dia hendak makan ayam goreng. Katanya ayam kukus ada kicap. Mana-manalah.
Kita ingat lagi, waktu makan Nasi Ayam kita berkali-kali tambah halia kisar dan sambal. Sampai malam keluar angin tak henti-henti!
| Ayam Kukus Kicap |
| Ayam Goreng |
| Sup Jagung udang |
Selepas makan Nasi Ayam, kami hirup Sup Jagung Udang sampai ke titisan kuah terakhir. Kenyang sungguh hari itu. Alhamdulillah!
| Encik Suami : Nasi Kerabu & Ayam Goreng Berempah |
Ada sekali kami singgah makan nasi kerabu. Encik Suami pilih Ayam Goreng Berempah. Amie pilih Daging Belengas dengan Lemak Bakar.
Harapnya selepas ini tidaklah selalu ajak Encik Suami makan di luar sebab kasihan juga melihatnya memilih lauk. Maklumlah makanannya setiap hari kan masak rebus-rebus kurang garam.
| Amie : Nasi Kerabu Daging Belengas & Lemak Bakar |
| Minuman wajib : Lemon Sui |
Sekarang sudah masuk waktu asar. Ikan pun sudah nyahbeku. Kita hendak ke belakang rumah, nak ambil daun pandan. Nak masak nasi.
Sekian Sembang Kosong berakhir di sini.
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Cukuplah Allah bagiku. Tiada Tuhan selain Dia. Kepada-Nya aku bertawakal dan Dia Tuhan Arasy yang Agung.
8 comments
Ya Allah, 2 orang dari 31 orang tu. Fuhhh..kena tarik nafas panjang sikit.
BalasPadamDapat bayangkan kesukaran nak membaca tulisan yang susah nak dibaca tu. Itu baru satu, belum lagi yang lain kan. Sabar kak Amie, sabarr...
Sesekali takpe kot kan ajak makan nasi lemak sekali. hihi..tapi pastu rasa bersalah pulak kan.
Nampak sangat ni kak Amie sibuk. Banyak gambar makanan belum dijadikan entry lagi. Terus cerita dalam satu entry je. Kita pulak terliur tengok banyak makanan sedap-sedap ni.
alhamdulillah menu mengancam selera tiasa
BalasPadamAnak² murid pun nak berehat juga di hujung minggu agaknya. Tapi itulah, guru tetap kena hadir wpun murid yg datang cuma 2 orang. Bertabahlah Kak Amie ye ❣️
BalasPadamSy suka ketamakan nasi lemak tu hihi...
Suka tengok sis Amie selalu share gambar-gambar makanan. Selalu membuka idea nak makan apa utk next dinner or lunch. Thanks tau
BalasPadamBudak2 pun malas nak datang noreh pada hujung minggu.
BalasPadamKesiannya penat bertimbun! Kertas peperiksaan percubaan SPM memang mencabar nak tanda. Take a break, moga terus kuat wahai pendidik!
BalasPadammacam2 gambar makanan dalam satu entri. chapli kebab tu sedapnyaa.
BalasPadamsabar jelah dengan budak2 sekolah ni. dah bagitahu kena datang aktiviti pun, ingkar jugak
Anak murid pun berpakat agaknya. Yang 2 orang tu kasihan pula.
BalasPadam