Salad Kentang dengan Udang VS Salad Avocado
2:28 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. Apa aktiviti bersama keluarga sepanjang hari ini. Tiada jemputan kahwin atau majlis lain, jadi kami berada di rumah sahajalah. Cadangnya selepas sarapan, hendak sambung menanda kertas peperiksaan. Sebelum tinggalkan dapur, sempat masukkan tulang lembu dalam slow cooker. Tekan butang slow sahaja. Biasanya tekan butang high atau auto, tapi kali ini masa agak panjang jadi biarlah betul-betul masak slow-slow!
Pagi ini kami sarapan berempat. Ada Fairuz. Dialah yang minta masakkan sup tulang lembu untuk makan tengah hari / malam nanti.
Untuk sarapan, hidangan kami:
| Menu Sarapan |
| Hasil roti panggang garlic spread yang disediakan Firdaus. |
Minta bantuan Firdaus untuk sapukan garlic spread atas roti Perancis dan panggang dalam air fryer. Apa pun hasil dan bentuk kejadiannya, itu satu pengalaman untuk Firdaus. Lagi pun sebelum ini memang dia akan buat sendiri kalau hendak makan. Nampaknya roti panggang tidak mencukupi sewaktu kami bersarapan, jadi Firdaus bakar lagi!
| Sup Cendawan |
| Salad Kentang dengan Udang |
Amie sediakan Salad Kentang dengan Udang. Seperti dalam entri sebelum ini, cara Amie sediakan salad adalah dengan menggunakan kentang putih Australia yang dikupas dan dipotong dadu. Kemudian direbus hingga empuk bersama secubit garam. Sebelum angkat kentang, masukkan isi udang segar dan apabila udang sudah berubah warna, bolehlah toskan. Tambahkan mentega, mayonis dan yogurt secukupnya dan gaul rata, Jika suka, boleh tambahkan lada putih atau lada hitam tumbuk sedikit. Amie hiris daun bawang dan gaul.
| Buah Avocado |
Dua hari lepas apar ipar kirim buah avocado hasil tanamannya. Kata Encik Suami ada 15 biji semuanya. Pagi tadi Amie dapati kesemuanya sudah masak. Jadi Amie ambil tiga biji untuk dijadikan salad. Selain buah avocado, Amie tambahkan lettuce, hirisan timun, tomato dan telur rebus. Gaul dengan yogurt, Kewpie Sesame Roast Dressing dan minyak zaitun.
| Salad Avocado |
Selesai sarapan, bersihkan diri dan hendak siapkan kerja menanda kertas dalam bilik. Pasang music instrumental dan buka pendingin hawa. Dapat tanda beberapa helai, terus tertidur!
بِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
Rabbi ishrah li sadri, wa yassir li amri.
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.”
— Surah Taha, 20:25–26
11 comments
salad avokado tu tertarik sgt amie. sy paling2 salad tanpa avokado pun dah bertambah makan, klau ada avokado makin bertambah rasanya ni
BalasPadamSubahanallah sedap salad..
BalasPadamKalau salad, apapun jenisnya saya memang suka. 😍😍😍. Tak akan bosan makan ini saja sepanjang hari. Toh dalam 1 piring dah ada Karbo, sayur dan protein. JD kenyang pastinya.
BalasPadamNanti buat menu bulanan, akan masukkan salad kentang udang macam nih lah 😄❤️❤️. Drooling lihatnya kak
Salad avocado tuh molek sungguh kejadiannya. Segar bugar nampak avocado dari ladang abang iparnya
BalasPadamTiada aktiviti hari Ahad. Hanya berehat saja sebab sabtu dah ada appointment.
BalasPadamRajin Firdaus membantu di dapur. Dah boleh diharapkan dah. sesekali menu salad di dapur kak Amie.
Comel-comel buah avocado tu. Licin betul kulitnya. Kalau kat kampung mak mentua jenis besar dan lonjong tu.
sedapnya menu akak ni.... lagi la salad tu
BalasPadamNampak sedap semuanya tu. Nak buat mushroom soup la nanti. Garlic spread ada kat dalam fridge tu.
BalasPadamSalad Kentang oh salad Kentang. Sedap tu amie sebab Kentang peberet saya
BalasPadamSalad ada avocado tu menarik la..SA x pandai sangat beli avocado..x tau dia masak macam mana..beli sebiji hari tu keras..dah lebih 3 hari pun masih keras..sudahnya terbiar je dalam fridge...
BalasPadamSihatnya menu sarapan. Kalerful lagi!
BalasPadamsalad kentang udang dgn salad avocado tu mengancam sungguh! bestnya ada tanam sendiri buah avocado. tiap2 hari boleh buat jus
BalasPadam