Makan Nasi Goreng Udang di Pasar Malam Sandakan
9:25 PGJadinya, kami ziarah sahajalah di rumahnya. Kebetulan hari Isnin, permohonan cuti peristiwa di ladang kami diluluskan. Jadi kam pun ambil keputusan sambung bermalam lagi di Sandakan. Kali ini Encik Suami setuju sangat kami menginap di Hotel Elopura. Bersebelahan sahaja pun dengan Ormond Hotel.
Selepas daftar masuk Hotel Elopura kami ziarah ibu mentua adik ipar. Baru teringat, tarikh ketika itu pada 12 Julai 2026. Seminggu kemudian ibu mentua adik ipar kembali ke pangkuan-Nya. Innalillahiwainnailaihiraajiuunn.
Pada petang kami ziarah arwah ibu mentua adik ipar, anak buah kami Haziq bawa kami makan di Pasar Malam di Sandakan tapi tak ingat apa nama pasar malam itu. Adik ipar, iaitu ayah kepada Haziq minta Haziq bawa kami ke gerai makan kegemarannya. Katanya Nasi Goreng Udang di situ sedap.
Kami ikut sajalah. Walaupun banyak gerai dan banyak menu yang ditawarkan, tapi kami terus masuk ke gerai Nasi Goreng Udang.
| Nasi Goreng Udang |
- 2 Nasi Goreng Udang
- Bakso
- Bihun Sup Ayam
- Sup Tulang
- Coto Makasar
- Minuman
| Firdaus : Bakso |
| Encik Suami - Bihun Sup Ayam |
| Amie : Coto Makassar |
| Sup Tulang |
| Kopi 0 |
| Nasi Goreng Udang |
2 comments
Setimbun nasi goreng udang dan udangnya. Ini barulah namanya Nasi Goreng Udang. Sy teringin sangat nak rasa Coto Makassar tu.
BalasPadamsepinggan nasi goreng boleh kongsi 3 orang..
BalasPadam