Lidah Goreng Cili
9:43 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pernah tak makan lauk ikan sardin dalam tin yang ditumis dengan cili hijau? Amie suka betul lauk yang satu ini, hasil air tangan Bonda. Ada aroma yang tersendiri ketika mengunyah hirisan cili hijau. Dulu-dulu, apa sahaja lauk yang dihidangkan dan dimakan bersama adik-beradik memang semuanya licin tak tinggal bekas. Berbeza betul dengan anak-anak sekarang. segala perencah atau aksesori lauk terbiar begitu sahaja. Itulah bezanya, mungkin dahulu bahan agak terhad tetapi sekarang, melimpah ruah sampai tak termakan.
Amie kongsikan menu Lidah Goreng Cili. Maksudnya, cili hiris. Bukan sahaja cili hijau, tapi Amie tambahkan cili merah dan cili putih. Kesemuanya dihiris kasar-kasar.
Olahannya pun tidak sesukar mana. Masukkan sahaja lidah lembu dalam slow cooker. Tekan butang high, biarkan selama tiga jam. Tidur-tidur dulu, lembutlah lidah dan bolehlah kupas kulitnya sewaktu masih hangat. Nanti apabila sudah sejuk, susah hendak asingkan kulit sebab sudah melekat.
Untuk resipi ini, tiada kesalahan bahan dan arahan memasak yang dijana oleh ChatGPT. Semuanya betul dan lengkap. Jangan lupa lada putih atau lada hitam tumbuk! Itulah rasa sedap yang sesungguhnya!
| Lidah Goreng Cili |
| Resipi Lidah Goreng Cili jnaan AI |
| Lidah Goreng Cili |
Ada yang takut dan geli melihat menu lidah lembu. Biarlah. Biarkan sahaja. Tinggalkanlah. Selera masing-masing tidak sama. Yang penting Fairuz dan Firdaus makan sahaja tanpa banyak songel. Kita sudah selalu pesan, kalau rasa boleh diterima tekak, makanlah. Kalau sebaliknya, diam-diam sahajalah. Tinggalkan, ada pilihan lauk lain. Jaga mulut jangan menghina makanan. Ikut perlakuan Rasulullah SAW. Mulut itu dijaga supaya nanti kalau ke rumah orang, melihat makanan terhidang yang tidak biasa kita nampak atau makan, jaga mulut jangan sampai terlepas kata. Jaga adab ya anak-anak. Terutama sewaktu menghadiri rumah terbuka raya... ahaks!
20 comments
sedapnyaaa sardineee....
BalasPadamYa, terutama yang ayam brand.
PadamIni menu yang tak pernah dana masak, sebab tak tahu Edy makan ke tak... kang kita masak makan sendiri je heheheh
BalasPadamSelera masing-masing kan.
PadamSardin kalau tumis simple-simple pun sedap. Tambahan lagi ada cili hiris tu, ada rasa pedas-pedas menyengat sikit.
BalasPadamAda betulnya juga tu kak Amie. Dulu mak masak mesti habis dimakan. Licin!
Lama jugak tu ye nak masak lidah lembu ni macam nak masak dagingnya juga, ambil masa lama. Kalau tak tahu ni nampak macam daging biasa je.
Betul tu, selera masing-masing.
Kalau rebus biasa atau guna pressure cooker tak lama nak empuk. Ni sebab masak slow-slow guna slow cooker sambil tidur-tidur hihihii.
Padamsedapnya menu lidah...biasa mkn kt kedai siam je area umah...lidah masak merah
BalasPadamIkutkan hati malas nak masak, tapi nak makan, tapi tak ada yang jual. Kalau ada, beli jew saja bila teringin kan.
PadamFirst time tau org makan lidah ni masa lepas kahwin. Makan di kedai dan adik ipar order lidah masak merah. Terkejut juga. Cuba sepotong tapi tak bolehlah nak "pergi" lagi dah.
BalasPadamTak apa, orang lain boleh 'pergi'.
PadamTak pernah makan lidah dan seram nak makan. Hihi. Terbayang lidah sendiri. Adoila.
BalasPadamYa Allah... walaupun tak makan, janganlah sampai cakap macam tu. Hormatlah sikit orang lain yang makan. Kan Rasulullah SAW dah tunjuk adab, kalau tak suka satu-satu makanan, tinggalkanlah, diam-diam saja.
PadamSaya memang sukaaaaa kak lidah sapi 😍😍. Mama sering masak , dibuat jadi empal. Atau sate Padang. Tp saya tak berani masak sendiri, sebab kalau salah mengolah, ada bau amis yg susah hilang. JD dahlah, kalau teringin lidah, memang beli saja 😄
BalasPadamOooo...ada bau amis. Rasanya setiap kali saya rebus, tiada pula bau. Mungkin sebab saya bubuh halia dan daun pandan. Atau juga saya olah dari lembu ternak?
PadamSuka sangat pesanan Kak Amie tentang adab dengan makanan ni. Betul tu, kalau tak kena selera kita, diam sahaja dan jangan menghina rezeki. Boleh jadi panduan dan pengajaran berguna untuk kita dan anak-anak bila bertandang ke rumah orang nanti..SA makan Lidah dan selalu gak order kalau ada kat kedai Tomye...SA belajar makan pun bila ada kawan- kawan cakap sedap dan cuba..masak sendiri tu tak pernah cuba lagi...nanti nak cuba la...
BalasPadamKadang-kadang risau juga kalau rak ingatkan anak-anak. Maklumlah, mereka tak sedar rumah sendiri dengan rumah orang kan. Kura pula risau kalau tuan rumah tersinggung kan.
PadamKalau dah siap dipotong dan dimasak jadi lauk, memang akan makan lauk lidah ni, sebab tak pandai nak cuci & kerja kannya. Pernah makan masakan lidah memang sedap
BalasPadamDulu saya fikir susah nak olah. Setelah cuba sekali, tidaklah sesukar mana.
PadamTak ingat pulak pernah makan ke tidak lidah ni tapi kalau kulit lembu pernah. Tapi nak siapkan jenuh. Betul tu kata amie. Kalau tak makan jangan hina rezeki dapat mata. Diam2 je tolak tepi. Semuga saya pun sedar diri sewaktu mengomen makanan
BalasPadamSemoga jadi iktibar bersama terutama anak-anak yang kadang-kadang terlepas cakap.
Padam