Kami Terima Kasih Sayangmu Wahai Anak-Anak!

9:03 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari pertama Amie jaga Encik Suami di wad, Fuad berpesan kalau hendak makan atau minum apa-apa beritahu sahaja dia. Amie kata, tidak perlulah sebab sudah bawa bekal makanan yang dibeli dari warung. Kata Fuad, petang nanti  kalau hendak makan, beritahu makanan apa hendak dibeli. Nanti dia akan pesan secara online melalui aplikasi Foodpanda atau Grabfood.

Setiap hari Fuad berpesan perkara yang sama tetapi Amie tidak pernah berbuat seperti apa yang dipinta. Hal ini kerana setiap pagi, Amie akan singgah di warung membeli makanan untuk diri sendiri, untuk Firdaus dan juga Fairuz. Setiap pagi Firdaus dihantar ke rumah anak buah, tumpangkan di situ sehingga tiba waktu untuk ke sekolah. Fairuz pula sebaik sahaja keluar dari hospital menjaga Encik Suami di waktu malam, akan ke warung di Batu 1 membeli bihun goreng putih atas permintaan Encik Suami. Itu sahajalah selera Encik Suami di kala sarapan iaitu bihun goreng putih atau bihun goreng Singapura.

Amie sebenarnya ada aplikasi foodpanda dan boleh sahaja memesan sendiri. Biasanya Abang Farid suka pesan minuman dan hantar ke ladang. Fuad pula kalau terdengar Amie atau Encik Suami tidak berselera makan atau kurang sihat, memang dia sentiasa sedia berkhidmat untuk memesan apa-apa makanan yang kami sukai. Kali ini,  apabila Fuad begitu bersungguh-sungguh menawarkan diri setiap hari sepanjang Encik Suami di hospital, akhirnya Amie memilih untuk memberitahunya apabila Encik Suami ingin makan nasi ayam stim sebaik sahaja keluar dari wad: Tiga Kali Berturut-turut Makan Nasi Ayam!

Di kesempatan ini Amie mahu menghargai kasih sayang mereka.  Anak-anak yang jauh tidak dapat membantu kami secara fizikal. Mereka tidak dapat duduk di sisi Encik Suami, tidak dapat menemani di wad, tidak dapat bertanya setiap beberapa minit setiap perkara yang berlaku. Maka apabila mereka menawarkan untuk memesan makanan, Amie rasa itulah salah satu cara mereka mengambil bahagian dalam menjaga kebajikan kami.

Dengan cara ini turut memberikan mereka ruang untuk melahirkan rasa prihatin dan kasih sayang dari jarak jauh. Kadang-kadang kita terlalu biasa berdikari sehingga kita terlupa bahawa orang yang menyayangi kita juga memerlukan peluang untuk berbuat sesuatu untuk kita. Kadang-kadang menerima kasih sayang juga merupakan satu bentuk kasih sayang. Amie tidak perlu sentiasa menunjukkan menjadi orang yang kuat, yang boleh buat semuanya sendiri. Sesekali bolehlah berkata: Ya, Mommy dan Baba nak makan. Tolong orderkan. Biarlah anak-anak rasa mereka masih boleh mengambil berat kebajikan kami, walaupun dari beratus-ratus kilometer jauhnya

Jadi nasi ayam yang anak-anak pesan itu bukan sekadar makanan. Itu tanda bahawa walaupun mereka jauh di Selangor dan Johor, hati mereka tetap berada di LD. Amie tidak menolak kasih sayang itu hanya kerana sebenarnya boleh melakukannya sendiri. Jadi, pesanan nasi ayam itu menjadi salah satu cara kecil mereka untuk hadir bersama kami dari jauh.

Waktu malam, sebelum sampai di rumah biasanya Fairuz akan singgah di mana-mana restoran untuk beli makanan. Sehinggalah pada satu malam Amie berkata, tak perlulah beli makanan. Rasa tidak berselera untuk makan. Sebenarnya Amie penat dan ingin terus berehat sahaja di rumah. Akan tetapi Fairuz bawa Firdaus sekali untuk makan. Berkali-kali Fairuz tanya, Mommy hendak makan di mana? Amie kata, Mommy tidak mahu makan. Tiba-tiba telefon Fairuz berbunyi. Terdengar sayup-sayup suara Fuad : Bawalah saja ke mana Mommy hendak makan.

Fairuz berhentikan kereta di hadapan Restoran Ayam Gepuk. Katanya, makanan di sini sedap. Amie ikut sajalah untuk temankan mereka makan. Puaslah Fairuz tunjukkan menu pilihan. Rasa kasihan pula melihat kesungguhannya, jadi Amie pilih set nasi sotong goreng dengan bayam goreng. Tak ingat apa nama menu sebenar.

Minuman Taro

Di sini, konsep layan diri. Fairuz mengambil minuman taro. Sedap pula rasanya, manis-manis manja dan harum. Amie minta tambah lagi.

Sambal Nasi Ayam Gepuk

Fairuz menyusun jenis-jenis sambal mengikut tahap kepedasan. Tak pastilah mana yang paling pedas. Tetapi Amie lihat Firdaus makan sampai berlinang air mata. Fairuz pula, keesokan paginya bertanya, Mommy ada 'membuang-buang' tak malam tadi? Amie kata, tidak sebab Amie tidak sentuh sambal yang disediakan. Amie hanya suap dua tiga sudu nasi dan makan dua tiga ketul sotong goreng. Malam itu Fairuz dan Firdaus makan penuh selera dan tolong makan bahagian nasi Amie. Fairuz pula berkali-kali menambah sambal sampai terpaksa maksuk tandas berkali-kali keesokan paginya. Hendak hantar Amie ke hospital pun, tiba-tiba keluar dari kereta dan masuk tandas!

Sambal Gajus Ayam Gepuk

Sup Ayam Gepuk

Firdaus - Nasi Ayam Gepuk Kobis Goreng

Fairuz - Nasi Ayam Gepuk 

Amie : Nasi Sotong Gepuk Bayam Goreng

Sambal Gepuk Paling Pedas

Mungkin disebabkan puas bertanya tetapi jawapannya tetap sama : Tidak mahu makan, akhirnya Fairuz memilih tempat makan kegemarannya iaitu Restoran Ayam Gepuk! Fairuz beritahu, Fuad yang bayar makanan kami. Terima kasih Fuad, belanja makan Mommy dan adik-adik malam itu.

5 comments

  1. Alhamdulillah, tersentuh hati bila membaca entri Kak Amie kali ini. Bertuah Kak Amie dan Encik Suami mempunyai anak-anak yang begitu prihatin dan bertanggungjawab. Walaupun duduk jauh di Selangor dan Johor, ingatan serta kasih sayang mereka tetap sampai ke tempat Kak Amie. Setuju sangat dengan pandangan Kak Amie, sesekali memberi peluang kepada anak-anak untuk berbakti dan menguruskan kita juga adalah satu bentuk kasih sayang. Semoga Encik Suami diberikan kesembuhan sepenuhnya dan keluarga Kak Amie sentiasa diberkati.

    BalasPadam
  2. moga baik2 semua akak sekeluarga di LD,dipermudahkan semua urusan,diberikan kesihatan yang baik juga..
    saya sampai sekarang belum boleh terima nasi ayam gepuk,tak tahu la kenapa mungkin tidak kena dengan selera sambalnya,tapi tengok nasi sotong gepuk kak amie nampak sedap

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahkan urusan kak amie sekeluarga dan semoga encik suami cepat sembuh. seronok tengok menu ayam gepuk tu, pelbagai sambal pulak tu. menu kak amie paling menarik. semoga makin murah rezeki akak sekeluarga.

    BalasPadam
  4. Rasa sebak juga baca pasal menerima kasih sayang, memberi kasih sayang. Betul sangat tindakan kak Amie ni. Anak-anak tentu rasa sedikit lega dan bahagia dapat bantu dari jauh. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat suami kak Amie dan dipermudahkan segala urusan ya.

    Tengok sambal paling pedas tu, memang banyak sungguh biji cili. Patutlah pedas sangat.

    BalasPadam
  5. Bagusnya anak2 Amie semua nak berbakti. Meriah sangat biji cili tu ye patut la pedas.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

RESIPI AMIE - SAJI - OGOS 2017

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2015

RESIPI AMIE - AROMA - JANUARI 2013

RESIPI AMIE - AROMA - MEI 2014

RESIPI AMIE - JELITA - DISEMBER 2014

RESIPI AMIE - SAJI - MEI - 2015

RESIPI AMIE - SAJI - JULAI 2015

RESIPI AMIE - IBU & ANAK - JULAI 2015

RESIPI AMIE - SAJI -OGOS - 2015

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2016

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2017

RESIPI AMIE - SAJI - FEBRUARI 2017

RESIPI AMIE - SAJI - JANUARI 2017

RESIPI AMIE -SAJI - MEI 2016

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Switzerland ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe