Di Sana Kasih, di Sini Sayang
7:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Di sana ada Bonda yang dikasihi.
Di sini ada Encik Suami yang disayangi.
Dan diri ini pula berada di tengah-tengah, dipisahkan oleh jarak.
Bukan mudah apabila dua insan yang sangat dekat di hati sama-sama memerlukan perhatian, sedangkan kita tidak mampu berada di dua tempat pada masa yang sama. Hanya dapat mendengar khabar dan mendapat berita dari semasa ke semasa daripada keluarga di sana dengan bisikan doa agar semuanya akan baik-baik sahaja.
Diri ini terima semuanya sebagai ujian Allah.
Itu bukan bermaksud tiada rasa sedih. Sebaliknya, diri ini sedang belajar berserah sambil tetap menyayangi. Sedih itu tidak salah. Rindu itu tidak salah. Menangis pun tidak salah.
Itu bukan bermaksud tiada rasa sedih. Sebaliknya, diri ini sedang belajar berserah sambil tetap menyayangi. Sedih itu tidak salah. Rindu itu tidak salah. Menangis pun tidak salah.
18 comments
Allahuakbar... Jadi pada waktu yang hampir, memang terasa bebannya..
BalasPadamAlhamdulillah, kedua mereka dah discaj, semoga terus diberi kesihatan buat incikSuami dan bonda kak Amie..
Kak Amie pun jaga kesihatan juga ya..
Allahu berat ujian Kak Amie, tanda sayang dan perhatian dari-Nya. Syukur bonda dan suami sudah keluar wad. Semoga diberi syifaa buat keduanya 🤲🏻
BalasPadamKak Amie jaga diri, cukupkan rehat & semoga dipermudahkan urusan 🤲🏻
Syafakallah untuk orang-orang yang Amie sayangi
BalasPadamSemoga bonda dan En. Majid kembali sihat. Kak Amie juga jaga kesihatan ya.
BalasPadamSyafakallah utk kedua dua insan tersayang k amie. Insyaallah dugaan Allah buat kita lg kuat dan jd insan yg tabah
BalasPadamAturanNya yg terbaik sb Dia tahu kemampuan kita
alhamdulillah, syukur kedua-duanya dah keluar dari hospital. rasa buntu bila dua orang tersayang sakit dalam masa serentak kan
BalasPadamMenangis saya baca coretan amie dapat bayangkan bagaimana kekuatan Dan ketabahan DIPERLUKAN dalam diri bila kedua orang tersayang masuk wad. Semuga bonda Dan enche Majid cepat sembuh Dan amie juga take care jaga kesihatan juga. Apa pun hanya pada Allah kita berserah.
BalasPadamYa Allah kak Amie , berat cobaan begini. Keduanya orang yang sangat disayang. Alhamdulillah ibu dan suami dah kluar dari wad yaaa. Saya ikut doakan semoga ibu dan suami diberikan kesehatan oleh Allah, kekuatan dan keselamatan. Jaga kesehatan juga ya kak 🤗
BalasPadamsyafakallah untuk kedua-duanya...
BalasPadamsemoga bonda dan suami kak amie diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik
kak Amie pun... jgn lupa rehat dan jaga diri selalu...
syafakallah, semoga bonda dan suami kak amie diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik
BalasPadamMoga diberikan kesembuhan , kekuatan buat suami dan bonda akak ye.
BalasPadamSebak sangat baca coretan Kak Amie kali ni. Memang berat bila dugaan datang serentak, lagi-lagi melibatkan dua insan paling kita sayang. Syukur sangat kedua-duanya dah selamat keluar wad. Kak Amie berehatlah secukupnya, pulihkan tenaga dan fikiran ya.
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan kak Amie...saya amat memahami...bila ada yang sakit...kita pun turut rasa macam2...senjata utama saya waktu diuji adalah DOA...dimana2 saya berdoa...Allah sahaja yang dapat bantu...
BalasPadamKak amie pun kena jaga kesihatan juga. Semoga kedua-duanya dalam keadaan baik2 saja.
BalasPadamAllahuakbar! Rupa²nya Kak Amie baru sahaja melalui satu saat sukar dalam hidup. Pengalaman semasa ibu sy masuk wad buat sy dapat merasakan beratnya ujian Kak Amie melalui semua ini. Alhamdulillah, kedua orang tersayang sudah keluar dari wad. Semoga dikembalikan kesihatan mereka yang disayangi.
BalasPadamTake care ya Kak Amie. Alhamdulillah dah discharge. Moga sembuh sepenuhnya buat Bonda dan suami Kak Amie serta dipermudah kan semua urusan nya.
BalasPadamSukarnya bila tersepit ditengahnya. Kita yang jauh hanya mampu berdoa supaya semuanya baik-baik saja. Ujian berat buat kak Amie. Semoga Allah berikan kekuatan, kesabaran dan kemudahan buat kak Amie sekeluarga. Semoga Allah berikan kesembuhan buat kedua-duanya. Aaamiin...
BalasPadamKak Amie juga, jaga diri jaga kesihatan.
BalasPadam