Singgah Makan Tengah Hari di Lastoria Restaurant
7:45 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Bas melucur laju di tengah-tengah hujan lebat meninggalkan Masjid Ibrahimi. Kami singgah makan tengah hari di Lastoria Restaurant. Sebaik kaki melangkah masuk dan menuju ke tingkat atas, serta merta berasa hilang sejuk disambut suasana hangat dengan warna hiasan dalaman dan juga suhu dari pemanas udara.
Pemandangan luar restoran agak suram disebabkan hujan yang berterusan. Suasana di dalam restoran terasa hangat dan sangat selesa.
| Lastoria Restaurant |
| Suasana Lastoria Restaurant yang penuh dengan kehangatan! |
Masing-masing mencari tempat duduk yang selesa.
Kami duduk berempat. Encik suami, Amie, Firdaus dan tour leader kami, Prof. Dr, Azmil.
| Pelayan restoran yang bersedia melayani pelanggan. |
| Firdaus bersedia untuk makan tengah hari. Di hadapannya terhidang mezze atau hidangan pembuka. |
| Mezze @ hidangan pembuka. |
| Roti Pita Rangup @ Roti Bakar Arab |
Roti pita rangup atau roti bakar Arab ini dipotong panjang dan dibakar sehingga garing. Biasanya dimakan bersama pencicah (dip) seperti hummus, muhammara atau salad berkrim.
| Roti Pita Rangup @ Roti Bakar Arab |
| Firdaus dengan sekeping Roti Bakar Arab yang berpoket. |
Firdaus sudah pandai makan Roti Bakar Arab. Tidak sabar dia hendak masukkan inti ke roti di tangannya.
| Sup Ringan Bijirin |
Sup ringan bijirin ini berupa sup jernih berisi barli dan lentil halus yang dihidang sebelum hidangan utama.
| Salad Jagung Berkrim |
Salad jagung berkrim ini diperbuat daripada jagung manis dicampur mayonis dan yogurt bersama lada benggala dan herba. Rasanya lemak, manis dan segar.
| Coleslsow |
Gambar yang kurang jelas ini ialah coleslaw, salad kubis dan lobak merah dengan sos mayonis.
| Dip hijau ala muhammara atau zaaluk. |
Dip hijau ini merupakan campuran sayur bakar termasuk lada hijau dengan minyak zaitun dan rempah. Teksturnya agak kasar dan enak dimakan bersama roti.
| Sos Tomato Pedas @ Salsa Arab |
Yang warna merah itu ialah campuran tomato, bawang, cili dan herba zaitun. Selalu dimakan dengan roti pita sebagai pencicah.
| Buah Zaitun |
| Nasi Putih & Ayam Stew Palestin |
Setelah kami makan roti, barulah dihidangkan makanan utama iaitu nasi putih bersama ayam masak rempah ala Palestin dan rasanya lebih kepada masakan stew. Ada potongan kentang dan tomato.
Hidangan terakhir sebagai pencuci mulut ialah Basbousa atau juga dikenali sebagai Namoura atau Harissa di beberapa negara Arab. Basbousa berupa kek semolina yang manis, disiram air gula dan biasanya berwarna kuning keemasan.
| Alhamdulillah. Syukur atas rezeki Allah. |
Sup Bijirin @ Lentil dan juga penutup hidangan berupa manisan Basbousa mampu mengembalikan kehangatan tubuh dan menambah tenaga di tengah-tengah kedinginan musim sejuk.
Sekarang kami dalam perjalanan pulang ke hotel.
Walaupun langit mendung dan awan kelabu, namun Amie ingin abadikan suasana ini sebagai kenang-kenangan.
Mungkin tiupan angin agak kuat menyebabkan daun pokok palma tidak dapat terus menegak.
Kini kami menghampiri hotel penginapan kami.
Sekian, perkongsian kali ini.
12 comments
cantiknya suasana bandar bila petang :D
BalasPadamWow! suasana indah ..lampu hebat menerangi makan malam..atau sing juga tetap ada lampu..
BalasPadamPengalaman yang sangat indah sekali saya dapat rasakan..
BalasPadamSalam restoran pun terpaksa pakai baju tebal... mesti sejuk sangat tu....
BalasPadamnampak cantik & luas suasana dalam restoran.
BalasPadamNampak tenang keadaan bandarnya.
BalasPadamBuah zaiton jika dimakan begitu saja apa rasanya Kak Amie? Kelat atau manis ye? Sy terbayang kurma muda, kelat² manis
Seronoknya dapat baca perkongsian Kak Amie kali ini..Masuk restoran terus hilang sejuk ya, nampak sangat selesa dengan pemanas udara. Hidangan pencicah (mezze) dengan roti bakar Arab poket tu nampak sangat menyelerakan, tambahan pula ada ayam stew Palestin dan nasi putih. Hidangan penutup Basbousa tu memang pelengkap terbaik untuk tambah tenaga dalam cuaca sejuk. Terima kasih berkongsi pengalaman indah ini! Firdaus nampak happy sangat tu...
BalasPadamSedapnya hidangan dengan beraneka menu di Lastoria Restaurant ni. Basbousa, roti, ayam, sup semua sedap.
BalasPadamRestoran cantik, view pun cantik. Bestnya jalan2 🥰
BalasPadamCantiknya dalam restaurant tu kak, nampak kat luar putih tu mesti sejuk kan. Tapi awan petang kat gambar-gambar akhir tu cantik betul
BalasPadamSukaaaaa dengan layout ruangan restoran iniiii 😍😍😍. Klasik, tapi ada vibe nyaman juga. Dan makanan yg disajikan juga menarik kaak ❤️❤️.
BalasPadamSalsa Arab tu mesti pedas² manja kan.
BalasPadam