Esok Hari Guru
10:23 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Esok 16 Mei 2026 merupakan Hari Guru Malaysia. Esok kami ada aktiviti kokurikulum di ladang. Semua warga ladang diwajibkan hadir.
Apa kaitan entri kali ini dengan esok?
Esok tiada apa-apa di ladang. Esok seperti biasa, hari Sabtu yang dipenuhi jadual aktiviti kokurikulum sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta unit beruniform.
Cuma hendak menyimpan kenangan yang dipungut dari ladang seawal jam 6:30 pagi tadi. J-1 masuk ke bilik guru dan menghulurkan kotak berisi chocolate brownie cake dengan tulisan Selamat Hari Guru. Dihulurkannya juga sekeping kad bersama sebatang pen merah dan sebotol minyak angin.
Amie baca tulisan di atas kad:
Happy Teacher's Day,
Red pen may seem small, but in teacher's hand its create greatness. Thank you for fix our mistake and this medicated oil help to cure your headaches.
From your student:
J-1 (Form 5N)
Teringat suatu waktu, Amie pernah sakit kepala dan rakan sebelah J-1 hulurkan minyak angin yang sama seperti yang dihadiahkan oleh J-1..
Rakan-rakan penoreh tertawa keriangan mendapat hadiah sebatang pen merah dan sebotol kecil minyak angin! Kemudian pada waktu rehat, Amie ajak semua penoreh makan chocolate brownie cake yang memang sudah siap dipotong. Sedapnya!
| J-1 |
Ada sesuatu yang sangat menyentuh hati Amie. J-1 pernah melakukan satu kesilapan kecil. Memandangkan pihak pentadbir sudah arahkan kami menghabiskan sukatan pelajaran menjelang bulan Jun, jadi Amie bantu murid siapkan nota lebih awal. Tahun ini J-1 akan menduduki SPM. Seperti tahun sebelumnya, Amie cetak sendiri nota dan juga lembaran kerja menggunakan printer sendiri. Amie beli dakwat sendiri. Hanya kertas sahaja Amie ambil di bilik cetak.
Walaupun keluarkan modal sendiri, tetapi memang rasa puas hati kerana anak-anak getah seronok melihat nota dan latihan dengan gambar penuh warna-warni! Tidak terkiralah berapa ratus atau ribu kali ucapan terima kasih setiap kali Amie edarkan bahan cetakan dalam kelas. Kalau boleh hendak ucapkan terima kasih juga kepada printer yang mencetak beribu-ribu helaian untuk empat kelas tingkatan lima dan dua kelas tingkatan empat yang Amie ajar.
Nota dan lembaran kerja mesti dilekatkan atau ditampal di dalam buku tulis. Amie sediakan gam dan gunting kecil untuk anak-anak getah. Bahagian tepi kertas hendaklah digunting supaya nampak lebih kemas apabila ditampal. Amie berikan suntikan motivasi kepada anak-anak getah : Sekiranya nota dan latihan kamu cantik, tentu kamu suka buat ulang kaji!
Amie selalu beri peringatan: Cikgu akan rampas nota dan latihan yang tidak dilekat dalam buku tulis.
Satu hari, sewaktu menyemak buku tulis J-1 tidak melekatkan beberapa helai kertas cetakan yang diberi. Amie ambil dan keroyok, terus buang dalam tong sampah. Allah sahaja yang tahu remuknya hati kita, dan Allah jualah yang tahu perasaan J-1.
Tak perlulah Amie teruskan kisah sedih ini kan.... ahaks!
| J-2 |
Setelah waktu rehat hampir tamat, Amie keluar dari bilik guru untuk masuk ke kelas. Biasanya Amie akan ambil masa lebih awal untuk sampai ke kelas. Sebaik pintu dibuka, seorang murid J-2 berada di luar pintu dengan senyuman manis. Katanya : Saya ada sesuatu untuk cikgu!
Tangannya segera mengambil sesuatu dari saku bajunya dan dihulurkan satu bungkusan kecil. Oh, terima kasih! Amie masukkan bungkusan tadi ke dalam beg dan terus bawa masuk ke kelas. Sementara menunggu waktu PdP bermula, Amie keluarkan bungkusan dari beg.
Bungkusan kecil itu berisi dua sachet minuman teh dan kopi, dua bungkus kecil kek lapis dan dua biji gula-gula. Di luar bungkusan tertulis Happy Teacher's Day 2026. From J-2 (Form 4).
Ah, J-2....
Kamu ini murid yang sangat baik, sopan santun, rajin angkat barang dan buku ke bilik guru dan paling awal masuk ke kelas. Oleh kerana Amie pun selalu masuk kelas lebih awal, dapatlah kami berbual-bual, bertanya sudah sarapan atau belum. J-2 kata ibunya akan sediakan sarapan setiap pagi seperti nasi goreng atau roti. J-2 tanya: Mahukah cikgu makan roti? Amie senyum-senyum sahaja kerana menyangka J-2 bersenda. Keesokan paginya, J-2 bawa dua keping roti dengan telur dadar dan kicap. Nampak gembira sungguh wajahnya apabila dia berkata : Cikgu, saya goreng sendiri telur ini. Makanlah cikgu, pelawanya. Amie buka bekas penutup roti dan mengambil sedikit, lalu mempelawa pula beberapa orang kawannya yang baru sampai ke kelas. Jadi, kami sama-sama menikmati roti telur dadar berkicap yang dibawa oleh J-2.
Kamu ini murid yang sangat baik, sopan santun, rajin angkat barang dan buku ke bilik guru dan paling awal masuk ke kelas. Oleh kerana Amie pun selalu masuk kelas lebih awal, dapatlah kami berbual-bual, bertanya sudah sarapan atau belum. J-2 kata ibunya akan sediakan sarapan setiap pagi seperti nasi goreng atau roti. J-2 tanya: Mahukah cikgu makan roti? Amie senyum-senyum sahaja kerana menyangka J-2 bersenda. Keesokan paginya, J-2 bawa dua keping roti dengan telur dadar dan kicap. Nampak gembira sungguh wajahnya apabila dia berkata : Cikgu, saya goreng sendiri telur ini. Makanlah cikgu, pelawanya. Amie buka bekas penutup roti dan mengambil sedikit, lalu mempelawa pula beberapa orang kawannya yang baru sampai ke kelas. Jadi, kami sama-sama menikmati roti telur dadar berkicap yang dibawa oleh J-2.
J-2 turut menyentuh hati nurani! J-2 menerima nasib yang sama seperti J-1, apabila kedapatan tidak menampal beberapa helai bahan cetakan dalam buku tulisnya. Amie ingat kata-kata yang sama Amie lontarkan kepada J-1 dan J-2: Kamu tidak hargai usaha cikgu!
Bagaimana remuknya hati ini terhadap J-1, begitulah sedihnya rasa terhadap J-2. Sesungguhnya kita tidak mahu bertindak sedemikian terhadap mereka. Tapi, apakan daya. Hanya DIA yang tahu, air mata kita menjadi banjir di lubuk hati.
Suatu hari nanti sekiranya J-1 dan J-2 terbaca entri ini, apa yang cikgu mahu kamu tahu ialah: Cikgu sayang kamu!
29 comments
SELAMAT HARI GURU KAK AMIE dan rakan2 pendidik yang lain..semoga segala jasa dan keringat yang dicurahkan warga pendidik mendapat balasan pahala dari ALLAH SWT
BalasPadamTerima kasih.
PadamAmin ya Allah.
Selamat hari cikgu, kak Amie. Besar kos tu, print sendiri nota di rumah. Harga ink printer bukan murah, banyak helai pula. Semoga Allah beri ganjaran baik untuk kak Amie dan semua cikgu-cikgu dalam mendidik anak-anak di sekolah.
BalasPadamSaya print di ladang. Memang beli printer khas untuk cetak nota dan lembaran kerja anak-anak getah. Di ladang hanya ada dua komputer dan satu printer sahaja disediakan untuk para penoreh sesi pagi dan petang.
PadamTerima kasih Nur. Amin ya Allah.
selamat hari guru Amie. besar pengorbanan guru. i even dah puluh tahun tak mengajar, bekas anak2 murid still wish hari guru. mmg tak blh hilang la kan pangkat kita ni.
BalasPadamTerima kasih.
PadamYa, sekali bergelar guru selamanya dipanggil cikgu.
Selamat Hari Guru Kak Amie 🌹
BalasPadamAnak² getah la pulak ye hikhik ...
Didoakan agar segala pengorbanan para guru dibalas dgn sebesar² ganjaran dari Allah SWT 🤲🏻
Terima kasih PH.
PadamAmin ya Allah.
Selamat Hari Guru Amie... Semoga segala pengorbanan yang diberikan akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah swt.
BalasPadamTerima kasih Diela.
PadamAmin ya Allah.
Selamat hari guru cikgu Amie! Terima kasih atas segala jasa & pengorbanan mendidik anak bangsa.
BalasPadamTerima kasih Cie.
PadamSama-sama kasih.
Selamat Hari Guru amie, jasa Guru tak terbalas hingga ke akhir hayat. semoga sentiasa dalam lindungan allah swt.
BalasPadamTerima kasih Mieja.
PadamAmin ya Allah.
Slmt hri guru
BalasPadamTerima kasih Rabia.
PadamSelamat Hari Guru kak.
BalasPadamSemoga Allah balas dengan setinggi² kebaikan.
Terima kasih Faizah.
PadamAmin ya Allah.
Saya ingat ada beberapa guru saya yg juga tegas macam kak Amie. Peraturan tetap peraturan. Kalau dilanggar ada konsekuensi nya. Walau sedih saat melakukan, tp saya yakin guru pun merasakan sedih yg sama.
BalasPadamSelamat hari guru kak Amie... Semoga apa yg sudah Kaka ajarkan menjadi amal jariyah tak terputus utk kakak 🤗🤗.
Kami di Indonesia, tgl 25 November merayakan hari guru ☺️
Betul Fanny.
PadamSaya tidak gembira dengan peristiwa itu. Saya tunjukkan rasa kasih sayang terhadap mereka, dengan memberi penjelasan agar mereka faham.
Alhamdulillah, hubungsn guru dan murid berjalan dengan baik.
Kalau kedua-dua murid itu perempuan, sudah pasti saya peluk mereka sewaktu beri hadiah itu.
selamat hari guru buat k amie dan warga pendidik di seluruh tanah air
BalasPadambila pemberian ikhlas dr lubuk hati walaupun nilainya tak seberapa di mata org lain. kita yg menerima ya dpt rasakan ketulusan di sebalik pemberian tersebut...
Terima kasih Anies.
PadamBetul, sangat terharu....
Selamat Hari Guru buat guru..cikgu Amie's ..pasti happy jadi cikgu..
BalasPadamTerima kasih Cikgu.
PadamYa, happy sangat samoai saya sayu mengenang tahun-tahun menuju pencen.
kadang2 cikgu perlu tegas juga utk membentuk disiplin pada anak2 murid.. lagi2 bila dah sediakan bahan, tpi diorang tak buat pula. terpaksalah garang walaupun hati rasa serbasalah.
BalasPadamharap murid tersebut ambil pengajaran dan tetap sayang pada cikgu amie. selamat hari guru!
Terima kasih Mazni.
PadamYa, mereka faham. Kita marah bertempat. Semoga semuanya cemerlang.
Selamat Hari Guru Kak Amie! Comel betul ingatan dari J-1 dan J-2 ni. Menarik dan kreatif sangat hadiah J-1 siap bagi minyak angin dengan pen merah berserta nota yang mencuit hati. J-2 pula siap buatkan roti telur dadar berkicap lagi, memang anak murid yang sangat baik dan mengenang budi. Bertuah mereka dapat guru yang penyayang dan sanggup berkorban cetak nota warna-warni macam Kak Amie. Semoga hubungan guru dan murid ini berkekalan sampai bila-bila..
BalasPadamSelamat Hari Guru Kak Amie dan rakan2. Moga sentiasa dimurahkan rezeki, sihat ceria, dipermudah kan semua urusan nya.
BalasPadamSelamat hari guna kak Amie, terima kasih selama ini mendidik anak bangsa supaya menjadi anak yang bijak dan berpendidikan.
BalasPadam