Makan Malam : Ensaladas Variadas, Pesacado Del Dia y Postre

12:10 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam kedinginan malam mencecah bacaan 3'C , kami sampai di Hotel Abades Loja, Sepanyol. Memandangkan sudah lewat sembilan malam, kami diarahkan menuju ke pintu kafetaria. Selepas makan malam barulah masuk ke bilik.

Menu Del Dia

Di kesempatan ini, bolehlah belajar serba sedikit perkataan Sepanyol. Antaranya:

Menu del dia: Daily menu
Primero a alegir : Choose your first course
Segundo a elegir : Coose your second course
Postre, Pan y Bebida : Dessert, Bread and Drink

Ada dua harga makanan yang tertera iaitu 15.50 EURO untuk (menu diario - menu harian)  dan 17.00 EURO (fines de semana y festivos - hujung minggu dan cuti). Oooo... rupanya harga berbeza mengikut hari biasa dan hujung minggu atau cuti. 


Plato del dia : Hidangan hari ini
Filete de Ternera a la Parrilla : Grilled Veal Fillet
Harganya 10.90 EURO (RM60+++)


Jom kita belajar lagi tujuh jenis hidangan tradisional - Prueba una de nuestras 7 cucharas
laboradas diariamente de forma tradicional : 

potaje de garbanzos : rebus kacang ayam
lentejas : lentil
potaje de alubias blancas : rebus kacang putih
patatas guisadas : kentang rebus
poteja de habichuelas : periuk kacang hijau
sopa de picadillo : sup daging cincang
cazuela de fideos : mi kaserol

Tray / Dulang untuk mengambil makanan.

Terjemahan tulisan di atas dulang makanan - Tienes muchos lugares para sonreir durante el viajeAnda mempunyai banyak tempat untuk tersenyum semasa perjalanan.

Hidangan untuk kami yang berharga 15.50 EURO akan mengandungi:
  • Menu pertama
  • Menu kedua
  • Dessert, Roti dan Minuman

Banyak pilihan menu yang disediakan tetapi di bawah ini Amie hanya kongsikan beberapa nama menu pertama dan kedua.

Primeros - menu pertama:
  • cocido Andaluz - stew Andalusia
  • ensaladas variadas - aneka salad
  • macarrones bolonesa - makaroni Bolognese
  • menestra de verduras - rebusan sayur
Segundos - menu kedua:
  • berenjena rellena - terung sumbat
  • pollo a la plancha - ayam bakar
  • rollito de carne - gulungan daging
  • pesacado del dia - ikan 

Untuk menu pertama, kami boleh mengambil makaroni, sayur rebus, aneka salad dan sup. Kesemuanya sudah tersedia di dalam pinggan dan mangkuk.



Menu kedua pula, pelayan kafetaria akan bertanya, menu manakah yang kami pilih. Mereka akan senduk dari dulang makanan dan letakkan di dalam pinggan.





Kami juga boleh mengambil dessert pilihan, minuman dan juga roti.

Pelbagai pilihan pencuci mulut.



Apa yang ada di atas dulang makanan itulah menu pilihan kami dan tidak boleh ditambah. Jadinya menu Amie makan itu ialah ensalads variadas (aneka salad) pesacado del dia (ikan yang dihidangkan hari ini - ikan salmin) dan pencuci mulut. Perkataan 'dan' ialah huruf 'y' sahaja.

Ikan Salmon & Kentang

Aneka Salad - Ensaladas Variadas

Pencuci Mulut


Cukuplah makanan pilihan malam itu. Biarpun sekadar sekeping ikan salmon bersama kentang, salad dan pencuci mulut tapi perut tak dapat terima semua kerana saiznya yang besar. Pinggan salad memang penuh hidangan sihat, tapi sangat banyak untuk satu mulut! Apapun Alhamdulillah dengan rezeki Allah di negara yang jauh beza makanannya dengan negara kita.

Jumpa lagi!



6 comments

  1. Aduh, susah betul nak menyebut menunya. hihi...Banyak menu pilihan tu kak Amie. Tapi kalau dah potongan salmon besar dan kentang pun karbo, rasa kenyang tu dah cukup. Alhamdulillah. Yang penting perut terisi dan dapat merasai makanan di tempat orang.

    BalasPadam
  2. Tengok pinggan salad tu pun…membukit! Memang sangat banyak hidangannya.

    BalasPadam
  3. Menu tradisional yang super
    Lezat dan nikmat pastinya
    Suhu yang begitu sangat dingin

    BalasPadam
  4. Nampak semua menu sedap kak, tapi itulah boleh tahan harga makanan nya kalau di kira duit kita... Tapi dah sampai sana wajib la cuba makanan sana kan

    BalasPadam
  5. Kalau tak habis tu x leh ditapau ye kak..kalau boleh tapau bawak balik bilik boleh makan kalau tiba2 lapar tengah malam kan...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe