Bismillahirrahmanirrahim.Beberapa minggu kebelakangan ini seringkali terbaca pelbagai iklan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur termasuk iklan dari pelbagai penerbit buku. Antaranya termasuklah penerbit SYFE, dan Amie turut serta menjadi salah seorang penulis buku terbitan syarikat ini. Menurut Admin, semua tajuk buku terbitan SYFE akan berada di Aras 4, booth sebelah Gempak Starz! Wah, rasa seronok sangat mendengarnya. Namun begitu, sayang sekali Amie tidak dapat menghadiri...
Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini hari terakhir cuti umum sempena Pesta Kaamatan di negeri Sabah dan Labuan. Esok mula masuk kerja semula.Nampaknya sepanjang Syawal kali ini meriah sungguh dengan jemputan rumah terbuka dan jemputan kahwin. Hari ini Encik Suami ajak kami menghadiri rumah terbuka raya di rumah rakannya. Jadi, tidak perlulah masak untuk tengahari ini. Inilah masanya untuk menikmati hidangan rasa di saat-saat penghujung Syawal terutamanya...
Bismillahirrahmanirrahim.Jom jalan-jalan cari makan masakan timur tengah di Makkah Restaurant yang terletak di Lot 40, Ground floor, Taman Nassalim, Phase 7A, JIN. Lintas Utara, 90000 90000 Sandakan, Sabah.Banyak menu masakan Arab yang disediakan di sini. Amie pun sudah terlupa apa nama masakan ini. Maklumlah entri tertunggak! Hiasan dalamannya sudah tentulah bertemakan ala-ala padang pasir. Ketika kami sampai, tidak banyak pelanggan di situ. Jadi, rasa lebih santai...
Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini ada masa terluang. Jadi Amie ingin buat entri jalan-jalan ke Sandakan (Sabtu & Ahad). Rupanya ada entri tertunggak jalan-jalan ke Sandakan juga pada bulan Mac lepas. Kalau tak silap, di penghujung Mac lepas Amie mula sibuk menyiapkan tugasan dari KPM sehinggalah penghujung April. Jadi, tidak banyak entri yang disiarkan. Sabah Hotel SandakanSeingat Amie, selepas kami temankan Firdaus mandi-manda di Indah Jaya Water...