Taj Mahal - Sehari Bersama Salman Khan di Agra

4:55 PTG

Hari kedua di New Delhi bersamaan pada hari Isnin, bertarikh 19 Mac 2018.
Program Itinerary:
- Breakfast at hotel
- Depart to Agra
- Arrive and visit Taj Mahal
- Lunch
- Stop for Zohor Prayer
- Visit Agra Fort
- Shopping activities at shop / bazaar / market (souvenir / saree / shawl)
- Depart back to Delhi
- Dinner in hotel and overnight in Delhi (Glitz Westend Inn) 

Nampak tak Taj Mahal dalam kaca mata hitamku....oppppssss! Pinjam kaca mata hitam Kamsiah ....hiks! Gambar diambil oleh jurufoto. Senang sikit, tak payah minta tolong sangat kawan-kawan ambilkan gambar. Cuma kita ni tak berapa pandai nak bergaya depan kamera hihihiiii! Ditakdirkan pula pada hari tersebut kami berkesempatan melawat Taj Mahal bersama Salman Khan! Betul Salman Khan! Amie tak tipu! Sumpah!


Ini dia tour guide kami sepanjang hari di Agra. Namanya Salman Khan! Orangnya sangat peramah dan melucukan! Di depannya tu beg air yang dibawanya sebagai bekalan minum sepanjang hari. Maklumlah, suhu di Agra terutama di kawasan terbuka seperti di Taj Mahal ini sangat panas!

Akhirnya....
Taj Mahal berada di hadapan kami...oh! Kami bergambar membelakangi Taj Mahal pulak ye. Sebelum cerita tentang Taj Mahal, seperti biasa Amie nak coretkan catatan perjalanan dari hotel sampailah ke Agra.
Agra terletak lebih kurang 100 km dari New Delhi, dan memakan masa sekitar 4 hingga 5 jam untuk sampai bergantung kepada keadaan lalu lintas. Sepanjang perjalanan, banyaklah suasana yang kami saksikan. Diringkaskan beginilah suasananya:
1. Lalu lintas yang sangat sibuk walaupun matahari belum terbit, orang ramai sudah membanjiri tempat menunggu bas. Mungkin untuk ke pejabat, atau ke tempat kerja masing-masing.
2. Keadaan di dalam bas sentiasa penuh sesak dengan penumpang. Ini Amie dapat lihat dengan begitu jelas kerana jarak di antara satu kenderaan dengan satu kenderaan yang lain sangat hampir sehingga ada waktu-waktunya kami berteriak ketakutan sekiranya bas yang membawa kami bergesel atau berlanggar dengan kenderaan lain. Namun, tour guide hanya tersenyum, dan mengatakan itu adalah perkara biasa dan semuanya akan selamat.
3.  Tiada tanda khas pembahagi ruang kenderaan di jalan raya. Pada satu-satu masa kami sempat mengira jumlah kenderaan yang bergerak sehala. Bayangkan sehingga 7 buah kenderaan! 
4. Kami tidak ternampak pun polis traffik di jalan raya sepanjang perjalanan pergi dan balik New Delhi - Agra - New Delhi.
5. Amie sempat menyaksikan (duduk di tepi tingkap) sebuah kereta terlanggar dengan bonet kereta di sebelahnya (sebab terlalu dekat) tetapi tiada sebarang tindakan sama ada dari pihak kereta yang dilanggar atau yang melanggar. Masing-masing meneruskan perjalanan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pada masa itu barulah Amie menyedari, sangat sukar untuk melihat sebuah kenderaan baik kenderaan awam atau kenderaan persendirian dalam keadaan yang sempurna. Rata-rata ada kesan kemek sama ada di belakang, di hadapan atau di tepi! Hon kederaan memang bersahut-sahutan di sepanjang perjalanan! Kelihatannya perkara ini sudah menjadi rutin di jalan raya, sama ada membunyikan hon untuk melepasi sesebuah kenderaan atau meminta jalan!
6. Sepanjang kembara kami di New Delhi - Kashmir, tidak pernah sekali pun kami melihat kemalangan di jalanraya!
7. Lembu-lembu kelihatan bebas bergerak di tepi jalan raya.
8. Mata yang suka melihat-lihat ini akhirnya terpandang juga adegan yang tak ingin kami saksikan! Memang benar, sekilas terpandang insan-insan yang membuang hajat kecil di tepi jalan sama ada di lorong-lorong terbuka atau di tepi longkang.
9. Bangunan dan rumah kedai di kiri kanan jalan kelihatan usang tidak terpelihara dengan sempurna. Rasaya kalau ada usaha memuliharanya, tentu pemandangannya lebih menarik.
10. Sawah padi luas terbentang! Menurut teman kembara, sebenarnya bukan sawah padi, tetapi ladang gandum! Ketika melalui kawasan sawah padi atau mungkin ladang gandum yang saujana mata memandang, terasa suasana perkampungan yang aman damai! Rasanya kalau ada kesempatan ingin turun bergambar, dan ingin mencari jawapan apa sebenarnya cerobong-cerobong asap yang berbentuk tiga segi itu! Ada yang kata tempat membakar jerami padi, ada pula yang kata tempat membakar bata. Memang di sepanjang perjalanan terdapat longgokan batu bata berhampiran cerobong yang dibina di dalam sawah padi / gandum itu.
11. Banyak tumbuhan dan bunga-bungaan berwarna-warni sedang berkembang di kiri kanan jalan. Ada kalanya warna daun berbeza sama sekali dengan warna asal dek kerana terlalu tebalnya debu jalanan yang melekat di atasnya!
Cukuplah mukadimah tentang perjalanan ke Agra.
Amie berharap suau hari nanti dapat berkunjung lagi ke India, dan ingin mengambil kesempatan menyelami sepuas-puasnya kehidupan di sini. 

Bas berhenti seketika di kawasan perhentian, untuk membolehkan ahli rombongan qada hajat dan membeli sesuatu di kedai yang terdapat di situ. Untuk kenang-kenangan, Amie sempat beli vintage coin collection. Mata wang lama India ini berjumlah 24 keping dengan harga INR2649.
Bagi peminat mata wang lama tentu tidak akan melepaskan peluang memiliki koleksi dari abad ke-18 hingga abang ke-20!

Mari berkenalan dengan mata wang India yang selalu disebut dalam lakonan filem-filem Tamil atau Hindustan.... paisa, rupee, anna...

Ketibaan kami di pintu pagar untuk masuk ke kawasan Taj Mahal disambut dengan suhu yang agak panas! Sebaik turun dari bas pelancongan, kami dikehendaki menaiki 'bas bateri' pula untuk sampai ke pintu masuk Taj Mahal. Di sini barulah terana suasana sebenar apabila kami berhimpit-himpit di dalam bas tanpa air-cond, dan sebahagian daripada kami terpaksa berdiri. Memandangkan pintu masuk Taj Mahal agak jauh dari pagar dan panas pula, jadi kami tidak ada pilihan lain selain menaiki 'bas bateri' ini. Syukurlah ada perkhidmatan bas yang comel ini....ahaks!
Salman Khan, tour guide kami di Taj Mahal mengagih-agihkan sebotol air mineral dan sepasang pembungkus kasut. Kemudian kami dikehendaki melalui proses pemeriksaan. Beg kami diperiksa (tidak semua - hanya yang terpilih) oleh pengawal keselamatan walaupun sudah melalui mesin pengimbas. Kami diingatkan terlebih dahulu untuk tidak membawa barang-barang seperti handy camp, buku nota, pen dan entah apa lagi (Amie tak buat catatan). Bagaimanapun sewaktu pemeriksaan beg, semua benda ditanya. Bedak compact pun ditanya, gula-gula pun!

Banyak info berkenaan Taj Mahal yang boleh diperolehi dari pelbagai sumber bercetak atau digital. Amie pun tak mahu sentuh banyak-banyak, cukuplah sekadar kongsi gambar kenangan dengan serba sedikit cerita yang berkaitan.  Amie berkesempatan membeli sebuah buku bertajuk: Taj Mahal - Incredible Symbol of Beauty. Kata Salman Khan, buku yang Amie beli itu tidak menceritakan segala-galanya tentang Taj Mahal, dan bukan ditulis secara profesional. Tak apalah, Amie kata sekadar untuk kenang-kenangan sahaja.

Di hadapan main gateway of Taj Mahal.

Sebelum menjejak kaki di hadapan Taj Mahal, mata sempat memandang keliling, melihat binaan-binaan yang cukup berseni! Antaranya 4 buah char bagh, binaan gaya Persia yang terletak di empat penjuru ornamental pool. Dengan kata lain, char bagh ialah taman yang menggambarkan keindahan taman syurga! Di dalam syurga, biasanya taman digambarkan dalam keadaan sempurna dengan aliran sungai di dalamnya. Wah! Seronoknya dapat masuk ke taman syurga. Hilang penat naik bas dar LD -KK mengurus visa ke India! Rasanya setibanya di Kashmir kami juga akan berpeluang mengunjungi Nishat Bagh dan Shalimar Bagh. Nishat Bagh ialah taman bunga Mughal  yang terletak dengan bandar Srinagar di negeri Jammu dan Kashmir. Shalimar Bagh pula merupakan taman Mughal kedua terbesar di Lembah Kashmir! Bolehlah guling-guling macam Kajol di sana nanti....kahkahkahhhhh!

Sebelum sampai di hadapan Taj Mahal kita dapat meilhat fore court, servant quarter dan juga char bagh serta muzium.

 Maka sampailah kami di hadapan Taj Mahal. Kelihatan masjid di sebelah kanannya dan bumbung guest house di sebelah kirinya.

 Bergambar kenangan...eh! Tak nampak pula Taj Mahal di belakang kami!

 Nampaknya orang ramai keluar masuk berpusu-pusu untuk mengunjungi Taj Mahal.

 Pintu masuk ke Taj Mahal berada tepat berhadapan binaan ajaib di dunia ini.

Salman Khan begitu bersungguh-sungguh memberi penerangan tentang Tal Mahal dari A sampai Z! Katanya Mumtaz Mahal bukanlah nama sebenar. Mumtaz Mahal merupakan gelaran Maharani India dari Dinasti Mughal yang paling disayangi oleh Shah Jahan. Mumtaz Mahal bermaksud 'hiasan kesayangan di istana'. Nama sebenar Mumtaz Mahal ialah Arjumand Banu Begum, beragama Islam bermazhab Syiah. Beliau hidup di antara tahun 1593-1631. Pada tahun 1612, Arjumand Banu Begum berkahwin dengan Putera Khurram (setelah naik tahkta mendapat gelaran Maharaja Mughal Shah Jahan). Mumtaz Mahal meninggal dunia ketika melahirkan anaknya yang ke 14, seorang puteri yang diberi nama Gauhara Begum. Ketika Mumtaz Mahal menghembuskan nafas terakhir, Shah Jahan berada di sisinya.
Jenazah Mumtaz Mahal dimakamkan buat sementara di Burhanpur (kini dikenali sebagai Madhya Pradesh). 

Selepas kematian Mumtaz Mahal yang tidak terduga itu, Shah Jahan sangat berdukacita dan memecilkan dirinya selama setahun. Perubahan fizikalnya mula ketara akibat penderitaan jiwa yang tak tertanggung. Rambutnya memutih dengan cepat dan tubuhnya kelihatan bongkok selain wajahnya yang kelihatan jauh lebih tua. Pada bulan Disember 1631, jenazah Mumtaz Mahal dibawa dalam peti emas ke Agra dan kemudian dikuburkan di sebuah makam kecil di tepi Sungai Yamuna.
Taj Mahal dibina dengan menggunakan bahan binaan berkualiti dari seluruh Asia Tenggara dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet. Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Lanka dan kamelian dari Tanah Arab. Dikatakan lebih 28 jenis batu berharga digunakan untuk menyempurnakan pembinaan Taj Mahal. Ada pula yang mengatakan lebih 43 jenis batu permata berharga yang digunakan!
Oh! Memang lambang cinta teragung!
Taj Mahal tugu pernyataan cinta yang tiada tandingan!
Lebih 20,000 pekerja diperlukan untuk membangunkan Taj Mahal meliputi kerja-kerja sebagai buruh, pengukir batu, pelukis, ahli kaligrafi dan sebagainya. 
Salawati sempat melihat bagaimana proses mengangkat batu-batu ke atas untuk menyempurnakan bangunan Taj Mahal! Amie tak perasan, sebaik keluar dari permakaman, terus turun tangga.

Mumtaz merupakan salah seorang daripada isteri-isteri yang paling dipercayai oleh Shah Jahan. Walau ke mana Shah Jahan pergi termasuk ketika melakukan misi ketenteraan, bertempur dengan pemberontak, Mumtaz Mahal tetap berada di sisinya.

 Ehsan : Google
Usia 38 tahun, melahirkan zuriat yang ke-14 bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah. Seawal usia 19 tahun berkahwin, barangkali setiap tahun Mumtaz melahirkan anak! Dan dikatakan hanya 7 orang sahaja anak-anaknya yang hidup. Permintaan terakhir Mumtaz Mahal sebelum memejamkan mata ialah agar Shah Jahan memelihara cinta abadi mereka dan berjanji untuk tidak berkahwin lagi. Seterusnya sang permaisuri yang sedang sakratul maut ini meminta agar Shah Jahan membina mahligai di dunia sebagaimana yang pernah terlintas dalam mimpinya.

 Ada yang tak percaya kami bersama Salman Khan....kihkihkihhh! Boleh tengok gambar di atas tu!

 Ada rupa Salman Khan tak? Bolehlah kan...kira macam sepupu Salman Khanlah ye. 

Oh! Terlupa nak bagi tau. Nak masuk ke Taj Mahal kena balut kasut dengan sarung plastik yang diberikan di luar pintu pagar tadi. Ramai sangat orang di dalam Taj Mahal ini. Tak boleh ambil gambar dalam Taj Mahal ye. Sedekahkan Al-Fatihah buat kedua-dua insan yang bersemadi di dalamnya : Mumtaz Mahal dan Shah Jahan.

Pada mulanya Amie terfikir dakwat jenis apa yang digunakan untuk tulisan kaligrafi di segenap penjuru Taj Mahal ini, kerana binaan ini terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang terik di siang hari dan sejuk berembun di malam hari. Bukankah lama-kelamaan warnanya akan pudar? Tiba-tiba Atie Said menghampiri dan berkata : Dakwat untuk kaligrafi ini sebenarnya batu permata hitam dari Belgium! Masya Allah! Amie tak boleh bayangkan bagaimana kreatifnya, tekun dan gigihnya mereka yang menyiapkan Taj Mahal sehingga memakan masa selama 22 tahun!
Jurukhat yang bertanggungjawab menulis ayat Al-Quran yang menjadi hiasan utama Taj Mahal ialah Amanat Khan dari Parsi. Surah-surah yang menjadi hiasan termasuklah Surah 91, Surah 112, Surah 89, Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 82, Surah 84, Surah 98, Surah 67, Surah 48, Surah 77 dan Surah 39.

 Sampai di tangga masuk Taj Mahal, Amie dah simpan kamera!
Kena patuh peraturan di sini.

Gambar-gambar hiasan dan ukiran di dalam Taj Mahal ini Amie scan dari buku Taj Mahal Incredible Symbol of Beauty.

Pada mulanya Amie tidak memahami apa yang dimaksudkan binaan daripada puluhan jenis batu permata! Mana batu permatanya? Kenapa tidak bersinar seperti batu permata cincin atau loket pada rantai leher? Oh! Bayangkan sahajalah ayat-ayat Al-Quran yang terukir yang Amie sangk gunakan dakwat jenis apa?


Rupa-rupanya batu permata yang dimaksudkan sudah dipahat, entah bagaimana cara mencanainya sehingga menjadikannya sebagai ukiran indah yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas! Berusia lebih 350 tahun tersergam di tebing Sungai Yamuna! Memang layak diiktiraf sebagai salah satu daripada 7 benda ajaib di dunia!

Antara arkitek dan tukang binaan Taj Mahal dari seluruh dunia termasuklah:
1. Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi, arkitek dari Turki.
2. Puru dari Iran.
3. Ismail Khan dari Empayar Uthmaniyah mereka kubah / dom utama.
4. Qazim Khan dari Lahore sebagai penghias kubah dengan emas.
5. Chiranjilal dari Delhi sebagai ketua pengukir mozek.
6. Amanat Khan dari Iran sebagai ketua khatat.
7. Muhammad Hanif sebagai penyelia.
8. Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz Khan dari Iran mengurus kewangan dan pembelian bahan binaan.
9. Kaligrafi dari Syria dan Parsi.
10. Inlayer dari India Selatan.
11. Pemotong batu mozek dan marmar dari Balochistan.
Sumber : Wikipedia.



Suasana di dalam Taj Mahal memang sentiasa penuh sesak. Kami masuk ke ruangan permakaman Mumtaz Mahal  - Syah Jahan. Lampu yang dinyalakan kelihatan malap.

Makam ini dihiasi dengan ukiran dari batu permata yang pelbagai. Ketika mengelilingi makam ini, kami saling mengingatkan teman-teman untuk menyedekahkah Al-Fatihah. Di hujung pintu keluar sebaik menamatkan bacaan Al-Fatihah, tiba-tiba ada sesuatu mengusik hati, sehingga timbul rasa pilu yang menjentik! Entah mengapa! 

Ada yang mengatakan bahawa Shah Jahan ingin membina Taj Mahal daripada batu marmar berwarna hitam di seberang Sungai Yamuna sebagai tempat permakaman dirinya. Jadi akan terdapat dua Taj Mahal dari marmar putih dan marmar hitam yang dibina bersetentangan, dipisahkan oleh Sungai Yamuna. Ada pula yang mengatakan binaan Taj Mahal kedua tidak sempat disiapkan dan hanya tinggal tapak seperti di dalam gambar di atas.

 Pemandangan dari seberang Sungai Yamuna.

 Masih sempat curi-curi tangkap gambar di ruang legar Taj Mahal.

Ini masjid bersebelahan Taj Mahal. Pada hari Jumaat Taj Mahal ditutup dari kunjungan ramai kerana mengutamakan orang ramai untuk solat Jumaat di sini.

 Pintu masuk dari perkarangan Taj Mahal.

Setelah Taj Mahal siap dibina, dikatakan Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung ke atas arkiteknya iaitu Ustaz Ahmad Lauhari. Kesemua pekerja yang terlibat dipotong tangan mereka supaya tidak dapat membina bangunan yang sama di tempat lain. Bagaimanapun, perkara ini tidak dapat dibuktikan dengan sahih memandangkan tiada bukti kezaliman yang dilakukan Shah Jahan, yang lebih merupakan seorang yang sentimental!





Terkenang zaman dulu-dulu sewaktu kanak-kanak dan remaja, menyapu sampah di halaman rumah. Pekerja wanita di sini membersihkan sampah secara tradisi, masih menggunakan penyapu lidi.

Mereka sedang membersihkan daun-daun kering yang gugur di padang rumput berhampiran pintu masuk ke Taj Mahal.



Selepas lawatan ke Taj Mahal, sebagaimana tertulis dalam program kami akan ke Agra Fort selepas makan tengahari dan solat Zohor. Rupanya rombongan kami terus dibawa ke tempat membeli-belah, dan menjelang petang kami diberitahu tidak sempat untuk ke Agra Fort memandangkan dalam tempoh 1/2 jam lagi pintu masuk akan ditutup. Jadi kami pun meneruskan perjalanan kembali ke New Delhi.
In shaa Allah ada rezeki, ada umur dan ada jodoh boleh datang berkunjung ke Agra Fort pula. Bila Amie baca buku Taj Mahal Incredible Symbol of Beauty, sebenarnya banyak tempat menarik di sekitar New Delhi. Mungkin pada masa yang lain boleh tumpukan lawatan di sekitar New Delhi sahaja. Maklum sahajalah, India ini luas sangat!

Ketika Shah Jahan berusia 73 tahun, beliau menjadi saksi kepada peristiwa pergaduhan sesama ahli keluarganya. Aurangzeb, anaknya sendiri membunuh dua adik-beradiknya dan beberapa orang cucu Shah Jahan.
Shah Jahan pula menghabiskan sisa hayatnya (dipenjarakan oleh anaknya Aurangzeb di Kota Merah). Dari situlah Shah Jahan dapat melihat Taj Mahal dari kejauhan dengan penuh rasa sayu. Selepas kematiannya, Aurangzeb mengebumikan Shah Jahan bersebelahan dengan makam Mumtaz Mahal di dalam Taj Mahal.

2 comments

  1. Begitu agungnya cinta Shah jahan pada Mumtaz Mahal. Tapi kejam sungguh sang anak hingga sanggup penjarakan bapanya.

    Ukiran yang begitu indah sesuai buat yang tersayang.

    Perasaan pilu tu kenapa?

    BalasPadam
  2. Notie,
    tak tahu kenapa jadi sebak....kuch kuch hota hai he he heeee

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe