India : Kami Datang! Bermalam di Glitz Westend Inn

9:48 PTG

Kaki sudah menjejak bumi India!
Ucapkan selamat datang ke India kepada diri sendiri : 
Selamat Datang ke India 
भारत में आपका स्वागत है 
bhaarat mein aapaka svaagat ha.

Bas yang membawa rombongan kami seramai 20 orang, tiba di Glitz Westend Inn pada pukul 10.40 malam. Waktu  di negara kita ialah 1.20 pagi.
Dalam hati berkata: Akhirnya sampai juga aku ke sini untuk menambah ilmu pengetahuan tentang budaya hidup masyarakat India!

Kualiti gambar tidak begitu memuaskan sebab Amie gunakan telefon bimbit untuk merakam suasana! Dah bagitau dalam entri sebelum ini, kamera DSLR Amie ada masalah! Inilah bilik peraduan Amie dengan Kamsiah selama dua malam di New Delhi. Bilik 271.

 Seronok sangat bila jumpa bilik air! Tak ingat pula malam itu mandi atau pun tidak! Maklumlah hari sudah larut malam dan mata pun sebenarnya walaupun masih celik, tapi hati sudah tidur maaaaa!

Rupanya malam itu hotel menyediaan makan malam untuk kami.
Maka bermulalah episod berkenal-kenalan dengan pelbagai menu masakan India yang sebenar!

Ini Panner Makhni. Nampaknya dari New Delhi sampai ke Kashmir Amie terjumpa panner makhni ini. Jika ada hidangan roti sama ada roti paratha atau roti naan, bolehlah cecah dengan panner makhni ini. Makan dengan nasi pun boleh.

Sup sayur di atas merupakan hidangan malam kedua kami di sini. Rasanya agak pedas disebabkan oleh lada putih / hitam. Potongan sayurannya kecil-kecil dan comel! 


Antara nasi dan kentang, Amie pilih saute potato wedges. Dah lewat malam, rasanya macam suasana sahurlah pulak!


Inilah hidangan yang Amie cuba pada malam pertama menginap di Glitz Westend Inn. Sup jagung yang ringan penggunaan bahannya tetapi sedap pula rasanya! Jagung, salad dan kentang.

Bila dengar Salawati dengan Dayah kata roti sedap cecah dengan kuah dhal, Amie pun tambah dua menu tersebut. Nak cuba juga.

Kita selalu mendengar bahawa masakan India sangat sarat dengan rempah! Ya, memang rasa berempah tetapi tidaklah padat penuh berempah, sebaliknya rasa rempah yang agak ringan, dan boleh diterima perut!

Ini nasi kukus, bentuk nasinya berbeza dengan nasi yang biasa kita makan. Ia lebih kurus dan kecil tetapi lembut!

 Gulab Jamun!

Amie cuba ambil sebiji sebagai makanan penutup pada malam itu!

Rasanya yang begitu lemak manis, membuatkan kami berkongsi rasa empat orang! Apa pun akhirnya dapat juga merasa Gulab Jamun asli di India!

Malam itu, sebelum melelapkan mata Amie ketuk pintu bilik Atie Said. Minta tolong kalau boleh betulkan kamera Amie! Atie cuba membantu tetapi apakan daya, ilmu kami terhad secara amatur sahaja! Alhamdulillah, Atie dapat berhubung dengan suaminya, Encik Syukri yang ketika itu berada di Turki membawa rombongan pelancong ke sana. Terima kasih banyak Encik Syukri kerana membantu orang yang tengah susah tengah-tengah malam begini......hihihiiiii! Malu nak cerita apa masalah kamera tu, sebab bengong tahap kritikal sampai nak betulkan kamera pun tahu! Gambar Atie di atas itu membuktikan kamera Amie sudah boleh berfungsi seperti sediakala...hiks!

Masuk bilik sendiri.... tiba-tiba teringat beg berupa kotak hitam kecil comel pemberian Atie Said untuk kesemua peserta semasa di KLIA. Jom kita buka, apa ada di dalamnya.


Wah! International adaptor!
All in one tau!
Boleh digunakan di seluruh dunia.

Jadi selepas ini, kena simpan baik-baik. Tak payah kalut lagi nak mencari dan membeli kalau nak jalan-jalan ke negara yang berbeza! Pemberian ini sangat berharga sebab ada nama kenangan As Syukran Vacation di atasnya tu! Terima kasih daun keladi gajah As  Syukran! Moga rezeki bertambah dari semasa ke semasa! Aamiin.

Gambar kedua diambil selepas kamera berfungsi semula. Ini diwaktu pagi di lobby hotel sementara menunggu rakan yang lain keluar dari bilik masing-masing. Sebahagian dari rakan rombongan selain Kamsiah, termasuklah Miza dan Ilah serta anak dara kecilnya, Arifah. Mereka ini Amie sudah kenal ketika sama-sama mengembara ke Perth pada 2017. Di belakangnya, En. Zain yang baru kami kenali.

Sempat bergambar kenangan bersama En. Zain dan iateri serta baby kecilnya yang comel!
Ketika ini hari masih pagi benar, sekitar pukul 6.30. Kami dijadualkan bertolak menaiki bas dari hotel ke Agra sebentar lagi.

Pagi itu kami bersarapan di dalam bas, dalam perjalanan untuk melihat sendiri Taj Mahal, antara 7 benda ajaib di dunia. Sarapan kami yang dibekalkan oleh pihak hotel ialah roti sandwich yang sedap..... sedaplah pulak walaupun hanya disapu dengan mayonis dan diselit sekeping tomato. Tomatonya pula rasa manis! Dalam bungkusan aluminium foil itu....telur rebus! Amie minta tambah sebiji telur rebus lagi. Tak cukup makan sebiji telur.... he he heeee kecil saja saiznya, barangkali gred C. Bila tidak banyak pilihan makanan, yang ada di depan mata memang rasa sedap sangat!

Menu sarapan pagi kami memang pilihan yang menyihatkan! Kami turut dibekalkan dengan hirisan nanas dan honeydew!

Dalam entri seterusnya, Amie kongsikan paparan kunjungan ke Taj Mahal pula. Entri kali ini hanya nak cerita tentang Glitz Westend Inn dan yang sewaktu dengannya sahaja.

 Malamnya pula, setelah seharian berada di Agra, kami isi perut dulu sebelum  merehatkan diri. Jom makan roti lagi, dengan pelbagai pencecah yang boleh masuk perut.




 Makan malam Amie.

Tidak banyak pilihan menu untuk ayam atau daging. Biasanya hanya sejenis masakan ayam sahaja untuk setiap kali penyediaan hidangan. Yang selebihnya lebih kepada pencecah untuk roti. Inilah masanya untuk merebut kesempatan menjamah hidangan selain ayam (hari-hari kita hadap di rumah...hihihiii).
 
Ini sarapan pagi Amie. Roti dipadankan dengan chutney kelapa! Tidak ketinggalan kentang panggang kegemaran!

Amie ambil dua biji telur rebus. Entah teknik apa yang digunakan, sedap pula telur rebus yang Amie makan di dalam bas kelmarin semasa menuju ke Agra sampai Amie minta sebiji lagi. Kecil comelkan saiznya?

Suasana lampu warna-warni di dewan makan hotel. 
Sekian, cerita jalan-jalan cari makan di Glitz Westend Inn, National Highway No: 08, Rangpuri, Mahipalpur, 110037 New Delhi, India.


 Bergambar kenangan di halaman Glitz Westend Inn pada pagi kedua berada di sini sebelum bergerak ke lapangan terbang untuk meneruskan pengembaraan ke Srinagar.








2 comments

  1. Sbnr nye tertnya2 jgk..napa camera rosak..sbb sy pon bw dslr tp level amatur jgk..

    BalasPadam
  2. MIzzura,
    sebenarnya tak rosak...cuma ada butang kecil tertentu yang beralih arah, mungkin tak sengaja tersentuh.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe