Gulmarg - Gondola Ride - Sledge - Snowbike - Skiing

9:36 PTG

Kashmir: Kedudukannya di pergunungan Himalaya, di antara negara China, India dan Pakistan memang sungguh mengujakan dengan keistimewaannya yang pelbagai. Selain beberapa tempat peranginan yang mengujakan, Gulmarg turut tersenarai senbagai kawasan terindah dan tidak lengkap rasanya kunjungan ke Kashmir tanpa menjejak kaki ke sini.
Gulmarg terletak lebih kurang 52 km dari Srinagar dan tidak jauh dari sempadan tidak rasmi India dan Pakistan.  Untuk sampai ke tempat ini memang mata sentiasa terserempak dengan sekumpulan tentera lengkap bersenjata. Maklum sahajalah, Gulmarg merupakan sarang pemberontakan yang sangat ditakuti. Teringat pula filem Fanaa lakonan Aamir Khan sebagai pemberontak dan Kajol sebagai gadis buta. Terbayang bagaimana Aamir Khan mencari tempat persembunyian di celah barisan pokok pine, di tengah-tengah ribut salji yang menggila!

Amie belanja sekeping gambar ye... Teruja tak nak ikuti aktiviti kami seterusnya di Gulmarg? Jom kita main salji di sana.

Perjalanan dari Srinagar ke Gulmarg memakan masa lebih kurang 2 jam. Kami berhenti di sebuah pekan kecil di Tangmarg untuk menukar kasut yang kami pakai kepada kasut boot. Memang terasa sangat janggal dan lucu! Sudahlah berbaju berlapis-lapis termasuk long john dan dibalut lagi dengan baju sejuk, ditambah pula dengan kasut boot yang baru pertama kali kami pakai! Tak kisahlah beb! Yang penting kaki boleh masuk, dan boleh dibawa untuk bergerak!
Bas membawa kami menaiki kaki gunung yang berliku-liku. Terasa gayat juga bila memandang ke bawah, jurang dan curam! Tapi rasa teruja pula melihat deretan pokok pine yang kukuh berdiri gagah walaupun dibaluti salji pada bahagian bawahnya. Ketika ini sebahagian kawasan sudah tidak bersalji, atau salji sudah mencair dan adakalanya hanya terdapat tompokan salji dibeberapa kawasan.


Bas berhenti di pintu masuk untuk kami meneruskan aktiviti di atas gunung. Rasa bersyukur sangat sebab ketika ini bukanlah musim salji tebal! Amie tak dapat bayangkan bagaimana keadaannya ketika berada di bawah suhu negatif, dengan hujan salji dan sebagainya!
Sebelum ini jika melihat salji dalam gambar, sudah tentulah ia pemandangan putih bersih tanpa cela. Tambahan pula ketika salji turun dengan lebatnya, memang warna putih sahajalah yang kita lihat! Namun begitu, beginilah keadaannya ketika salji sudah mulai cair, bercampur dengan tanah serta kesan jejak kaki dan sebagainya!






Bolehlah beli coklat jika rasa perlu untuk memanaskan badan....hiks!




Dari sini kami bergerak ke stesyen gondola.

Sempatlah juga tangkap gambar di sekitar.
Ketika ini sudah mula kelihatan salji tebal, cantik memutih memenuhi kawasan!



Inilah Mr. Manzoor. Tour guide yang bertanggungjawab menguruskan segala perjalanan aktiviti kami di Gulmarg, dari menukar kasut boot untuk naik gunung sehinggalah memulangkan kembali kasut boot di tempat asalnya! Terima kasih Mr. Manzoor. Mr. Manzoor sama cekapnya menguruskan aktiviti kami sama seperti Mr. Salman Khan di Agra.

Kami diberikan tiket masuk untuk menaiki gondola, yang akan membawa kami ke paras ketinggian 14,000 kaki dari aras laut.

Hari itu, hari Khamis bersamaan 22 Mac 2018. Hari itu juga merupakan hari ulang tahun Firdaus yang ke 5. Sama seperti tahun lepas, ketika ulang tahun Firdaus, Amie berada di Turki. Selamat ulang tahun sayang. Amie nampak gambar-gambar sambutan ulang tahunnya yang dihantar dalam whatsaap keluarga oleh Encik Suami.

Inilah rupa gondola yang akan membawa kami naik ke atas gunung. Seramai 6 penumpang berada di dalam gondola ini pada satu-satu masa.

Sayang seribu kali sayang! Cermin gondola banyak calar balarnya, dan gambar-gambar pemandangan yang Amie ambil sudah tentulah banyak celanya. Ada beberapa keping gambar sahaja yang Amie dapat kongsikan di sini.



Yuhuuuuu!
Akhirnya kami keluar dari gondola dan menuju ke kawasan lapang di luar stesyen kereta kabel (gondola) lalu menjejakkan kaki di atas salji nan memutih di Gunung Apharwat!


Keterujaan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata!

Orang ramai sudah membanjiri pusat aktiviti di pergunungan ini.

Aktiviti pertama, kami tidak melepaskan peluang menaiki sledge, sekeping papan luncur yang ditarik oleh petugas di situ.

Bukan main lagi senyum-senyum atas sledge!
Kalau badan tu kecil comel takpe....
Kesian tengok petugas di situ menarik papan nan sekeping yang dibebani dengan makcik ni, naik turun kawasan beralun dan bersalji. Rupanya, licin jew laluan bersalji ini. Patutlah ada yang kata salji di Gulmarg adalah salji paling lembut di dunia!

Wokeh! Lega rasanya dapat 'melepaskan' diri dari papan sledge nan sekeping tuh! Apa tidaknya, takut terjatuh atau tergelincir kita pun duduk sambil memegang erat tali pada hujung papan itu, sama seperti memegang tali kuda!

Dah sampai ke sini, janganlah lepaskan peluang yang ada di depan mata. Aktiviti lain sudah termasuk harga dalam pakej, tetapi aktiviti menaiki snowbike ini kena bayar sendiri sebanyak INR2000 sebab ia adalah aktiviti pilihan. Bila lagi nak dapat peluang begini?

Kami dibawa ke kawasan yang lebih tinggi. Memang rugilah kalau sayang INR2000! Mana lagi nak cari situasi begini....hiks!

Entah bila lagi dapat merasai pengalaman seperti ini!

Merakan kawasan di kawasan ini sebaik sahaja turun dari snowbike.

Waktu itu barulah tahu bagaimana rasanya berjalan di atas salji!


Jom main-main salji! Kutip salji dan kepal-kepal!



Lepas itu kita main lempar-lempar pulak!



Adeeehhh... kebas tangan!

Saat paling indah sudah tentulah ketika terjatuh di atas salji!
Basahlah seluar baju!


Ha ha haaa.... tak dapat den nak nolong eh!
Lebih banyak ketawa dari menarik tangan!




Ni nak makan salji ke, nak tiup salji?



Dengar jari terketar-ketar, kuukirkan namaku di sini...kihkihkihhh!



Beginilah kemeriahan dan kesibukan yang dapat di lihat semasa beraktiviti.

Masa untuk meninggalkan tempat ini sudah tiba!

Kita ambil gambar kenangan di sini.

Jangan lupa beraksi di papan ski walaupun tak meluncur hihihiiii! Papan ski ini boleh disewa tapi sangat tak masuk akal. Pada mulanya kami diberitahu kadar sewanya INR50 untuk ambil gambar. Bila jurugambar ambil gambar dengan dua kali aksi, kami dikehendaki membayar INR100. Katanya sekali tangkap gambar INR50, jadi dua kali tangkap INR100. Tak sampai pun 1 minit meletak kaki di papan ski! Nasib baik tak ambil 10 keping gambar!
Untuk kembali ke stesyen gondola, sekali lagi kami ditarik di atas papan sledge. Boleh juga kalau nak berjalan, tetapi tempat tersebut agak jauh, naik turun kawasan berombak salji.

Ketika berada di dalam gondola, cermin gondola kali ini agak bersih dari sebarang calar. Dapatlah ambil sekeping dua gambar pemandangan di bawah.

Bumbung rumah  (?) ditutupi salji.
Menurut Ain (rakan rombongan) yang mendengar penerangan Mr. Manzoor, di sinilah rumah-rumah pekerja (penarik sledge) tinggal.




Ada juga kesan calar pada cermin dalam gambar di atas.


Gondola mula menuruni kawasan yang tinggi.

Salji kelihatan semakin menipis.

Sebahagian salji yang sudah mencair dan memperlihatkan permukaan tanah.


Alhamdulillah kami selamat mendarat.

Kami makan tengahari di sebuah restoran di kaki gunung. Sambil menanti hidangan disediakan, sempat ambil gambar dari tingkap restoran di Hotel Gulmarg Sahara.

Paneer makhani, antara lauk yang Amie mula sukai. Dua kali menambah paneer makhani! Rasa sedap pula makan ratah begitu saja. Nanti kena cari resepinya.

Sempat mengira saki baki rupee yang ada. Esok dah nak pulang yeaaaayyyy... Srinagar - New Delhi - KLIA - Tawau - Lahad Datu!


2 comments

  1. Assalam kak amie.. bestnya jln² mkn angin negara org. Tambh² boleh main salji camni lg syiokkk..

    BalasPadam
  2. Lina,
    waalaikumussalam.... memang syok main salji kalau tahan sejuk hihihiii

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe