World War II Memorial ( Tugu Peringatan Perang Dunia II) di Labuan

11:39 PG

Ini merupakan kali keenam Amie menjejakkan kaki ke Pulau Labuan, tapi hanya pada kali inilah kami berkesempatan meluangkan masa melawat-lawat tempat menarik di sini. Antaranya termasuklah War Memorial. Dengan lawatan ini, dapatlah Amie menambah ilmu pengetahuan tentang Perang Dunia II dan rentetan peristiwa Perjalanan (Kawad) Maut Sandakan-Ranau. Kepada sesiapa yang ingin menambah info tentang sejarah tanah air kita bolehlah klik di sini : SANDAKAN MEMORIAL PARK. Selain itu, info tambahan boleh klik di sini juga : QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN - RANAU DEATH MARCHES  dan jangan lupa klik di sini lagi : KUNDASANG WAR MEMORIAL.
Kali ini Amie kongsikan pula entri Labuan War Memorial.

Tugu Peringatan Perang ini terletak di Jalan Tanjung Batu.

Di sinilah tempat bersemadinya 3,908 pahlawan perang yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua.

Taman memorial ini kelihatan rapi dengan landskapnya yang cantik mengikut susunan.  Padang rumputnya nan menghijau nampak indah sekali.


Kebanyakan askar yang terkorban terdiri daripada warga Australia, Britain, New Zealand, Punjab Signal Corp dan juga penduduk tempatan. Mereka terbunuh semasa pencerobohan Jepun di Borneo. 

 Tapak perkuburan yang sangat luas, saujana mata memandang!

Rentetan angkara tentera Jepun, peristiwa Kawad Maut Sandakan-Ranau (Death Marches) banduan-banduan perang yang kehilangan nyawa semasa kawad maut, dan juga tawanan perang di Kem Sandakan ada yang  disemadikan di Kubur Perang Labuan yang juga dikenali sebagai Labuan War Cemetary di sini.


 Pelbagai mesej diukir pada penanda kubur.

Sebahagiannya pula ditulis Known Unto God atau bermaksud dikenal oleh tuhan seperti di bawah ini.

Tapak perkuburan ini diabadikan sebagai tempat persemadian askar-askar Bersekutu yang dikumpulkan dari seluruh Borneo. World War Memorial ini dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Tempat ini menjadi destinasi lawatan utama khususnya veteran-veteran perang dari Australia. Hari Peringatan diadakan setiap Ahad pertama bulan November, dan ketika ini ramailah pelawat asing dan tempatan yang hadir.

 Jom... kita maju ke tengah kawasan perkuburan ini. Apa yang ada di sana...







Di setiap tiang tertera senarai nama askar yang terkorban.


 Tugu Peringatan Perang Indian Signal Corp dengan senarai nama askar yang terkorban.




Suhu yang panas terik menyebabkan kami tidak sanggup berada terlalu lama di sini. Dah tambah sedikit sebanyak ilmu sejarah tanah air, marilah kita pulang. Bawalah seberapa banyak iktibar dan pengajaran dari sejarah masa lampau. Marilah kita sentiasa bersyukur kerana dapat menikmati kehidupan yang aman dan damai tanpa perlu mengangkat senjata dan bermandi darah seperti pejuang-pejuang yang terdahulu!

Entri berkaitan di Labuan:
Senja di Jeti Labuan

Masjid Jamek An-Nur, Labuan
Taman Damai, Labuan
Taman Botanikal, Labuan
Muzium Chimney & Menara Chimney
Taman Burung, Labuan
Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2, Labuan
Tiara Labuan Hotel

Jalan-Jalan Cari Makan di Labuan

1 comments

  1. Nisan Yg tak bernama tapi tulang besar besar maka diketahui askar Eropah.

    Yg bernama ada dog tag.
    Yg jopun tak de dogtag.tu longgok je gitu..
    Almaklumlah Jepun negara miskin. Miskin sumber semula jadi. .Dan segalanya.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe