Jalan-Jalan Cari Makan di Labuan

4:05 PTG

Alhamdulillah... Allah mempermudahkan perjalanan kami ke Labuan. Kami bertolak dari Jeti Menumbok pada pukul 9 pagi (syukurlah dapat beli tiket letak kereta, kerana sebaiknya beli secara online atau tempah lebih awal) tapi agak kelam kabut sedikit sebab sepuluh minit sebelum feri bergerak, kami baru tiba dari Kota Kinabalu. Jadi, memandangkan ada lagi kekosongan tempat, kami tidak perlu menunggu lama di Menumbok. Lebih kurang pukul 11.30 pagi kami tiba di Labuan. Encik Suami terus beli tiket untuk pulang ke Menumbok pada keesokan hari. Harga tiket sehala  untuk kereta kami sebanyak RM50.00 dan tambahan RM16.00 untuk cukai.
Selesai segala urusan, Encik Suami pecut kereta menuju ke Kolej Matrikulasi. Fuad sudah bersedia dengan beg pakaiannya sebab pada sebelah malamnya akan tidur bersama kami di hotel.
Begitu begini.... hampir pukul 1 tengahari! Perut pun semakin berkeroncong. Kami kembali semula ke tepi laut, dan singgah di sebuah restoran bersebelahan dengan surau.

Nampak macam sedapkan? Memang sedap pun, ditambah lagi dengan perut yang asyik berdendang minta diisi! Lagipun, sepanjang perjalanan memang tak sempat nak makan. Bertolak dari Kota Kinabalu pukul 6.30 pagi, sampai Menumbok pukul 8.50 pagi... terus naik feri! Rupanya perut lupa diisi!
Restoran ini terletak bersebelahan dengan sebuah surau. Boleh nampak signboard dari jauh :  Labuan Deepsea Seafood Centre Restaurant.


Lepas makan atau sebelum makan, bolehlah solat di sini.

Seperti biasa, Firdaus memang suka sangat 'kacau' makanan Fuad! Di mana-manalah tempat makan kami singgah, baik makanan atau minuman Fuad, memang dialah yang nak merasa dulu!

Kami pesan nasi ayam untuknya, tapi Firdaus tetap mahu makan ayam goreng dalam pinggan nasi Fuad! Macam special pulak nasi ayam di sini... ada papadom dan juga coleslow!

 Dah bertukar pinggan, tapi ayam goreng Fuad juga yang diratahnya!

Tengahari itu, kami menikmati hidangan tengahari di tepi laut sambil menikmati desiran ombak dan pemandangan tepi pantai.

 Angin laut yang bertiup amat menyegarkan. Rasa nak duduk lama-lama di situ.

 Memandangkan urusan belum selesai, kami terpaksa bergegas keluar selepas makan. 

Sebenarnya nak cepat-cepat tinggalkan tempat ini sebab rasa sangat gayat bila tengok Firdaus asyik merenung laut, dan merengek nak masuk air laut! Dah tu pulak, nak duduk di tepi... sedangkan pagar kayu tu boleh lolos badannya! Sekejap-sekejap dia keluarkan kepalanya dari situ.... ya Allah!

Sebelum terus melangkah ke jalan raya, sempat bertanya pelayan di situ sebab terpandang menu seafood... Di sini pada pukul 4 petang, barulah dibuka untuk pesanan makanan laut. 
Kata Encik Suami, malam nanti bolehlah kita makan seafood di sini.
Wokey!


Alhamdulillah, perut pun dah kenyang. Tak pastilah pulak mahal atau murah harga makanan di sini. Kalau tak silap harga untuk semuanya sebanyak RM45.00. Apa pun kepada sesiapa yang nak singgah makan di sini, bolehlah buat anggaran bajet. Kami, 5 beranak makan nasi campur dengan minuman sekali... kira okey kan.


Selepas check in di Tiara Hotel yang terletak lebih kurang 4 km dari bandar, kami keluar melawat beberapa tempat di sekitar Labuan termasuklah ke Taman Burung. Menjelang petang, kami singgah di Restoran Anjung Ketam. Firdaus tidurlah pulak! Terima kasih Fuad, terima kasih Fairuz sebab beri peluang Baba dan Mommy untuk 'honeymoon' seketika di Anjung Ketam. Anak-anak kata, biarlah mereka tunggu di kereta jaga Firdaus. Wah! Nampaknya anak-anak masih kenyang! Agaknya laaa....

Kalau nak tahu di mana Anjung Ketam tu, silalah bertanya sama Pak Google ya... he he heee... sekarang kan senang, dunia hanya di hujung jari.


Anjung Ketam letaknya di Kampung Tanjung Aru. 

Nampak macam mendung saja. Tak nampak dah ke mana perginya matahari Labuan!

 Pemandangan di sekitar Anjung Ketam.

 Ada 4 buah warung di Anjung Ketam ini.
 Kami belok ke warung sebelah kiri, paling hujung... tak perasan Warung 1 atau Warung 2!
Pelanggan pun belum ramai. Jadi, bolehlah santai-santai di sini.

Banyak haiwan laut yang masih segar dan hidup di sini. Memandangkan di kepala Amie sudah terbayang ketam, jadi kami pesan ketam sahaja. Amie kata kat Encik Suami, Amie nak ratah ketam! Tak mahu nasi atau seafood yang lain. Jadi, keluarlah beberapa ekor ketam yang masih hidup masuk dalam besen timbangan! Kalau tak silap 3 ekor ketam dengan berat 1.2 kg. Untuk sekilogram ketam, harga yang ditawarkan termasuk masak sekali ialah sebanyak RM40.00.


Malas dah nak tangkap gambar...
Duduk sajalah sembang-sembang dengan Encik Suami sambil menghirup teh halia madu panas sementara menunggu ketam siap dimasak!


Walaupun dah kata malas nak tangkap gambar, tapi tangan gatal jugak tembak suasana di sebelah tempat duduk...


 Tak lama kemudian, Ketam Masak Telur Masin pun sampai di meja.

 Tunggu apa lagi...


 Amie suka ketam betina sebab ada telur di dalamnya!

Inilah cara kami menikmati ketam! Jangan ada gangguan makanan lain, nanti tergencat selera nak kopek isi ketam... ahaks!

 Tak rugi makan ketam segar di sini sebab isinya penuh dan terasa manisnya!

 Encik Suami nampak laju jew mengopek sepit ketam!


 Alhamdulillah...
In shaa Allah akan datang lagi ke sini untuk meratah ketam sahaja!

Sebelum feri tiba di pelabuhan, Amie terpandang sebuah restoran terapung di pinggir laut. Kalau tak silap Amie, melalui pembacaan di internet, restoran ini ialah Restoran Manja Rasa.

Selepas  makan di Anjung Ketam, kami pulang ke hotel untuk membersihkan diri dan solat. Kemudian di sebelah malamnya, kami keluar sekali lagi untuk (kononnya) ke Labuan Deepsea Seafood  Centre Restaurant, tapi entah bagaimana... kereta terbelok pulak ke sini...


 Dari jauh restoran ini kelihatan menjanjikan sesuatu yang menyelerakan!

 Agak lengang suasana di sini.
Pelanggan pun tidak ramai.
Jadi tak perlu bersesak-sesak!

 Restoran Manja Rasa menawarkan hidangan steamboat. 


Hidangannya biasa-biasa sahaja, kecuali ada sayap ayam panggang dan juga tongkeng ayam yang menarik perhatian Fairuz dan Fuad. Restoran ini nampak begitu cantik jika dilihat dari jauh, dan mampu menjadi tempat yang sangat menarik jika diurus dengan lebih sempurna termasuk cara penyediaan makanan laut dan juga dekorasinya. Hidangan steamboat ala buffet di sini meletakkan harga sebanyak RM30.00 satu kepala.

Suasananya agak nyaman dengan tiupan angin laut dan pemandangan warna-warni dari lampu di seberang.


Malam itu.... mungkin letih dalam perjalanan dan menjelajah Labuan, sebaik sahaja pintu dibuka Firdaus terus terbaring di lantai hotel! Selepas mandi dan menukar pakaiannya, menyusu sebotol... tak bergerak sampai ke pagi! Lena sungguh tidurnya.

Keesokan paginya, kami bersarapan di Grill Restoran, Tiara Hotel. Kemudian kami ke Taman Damai (Peace Park) dan kembali semula ke Ujana Kewangan untuk menemani Fuad membeli barang keperluannya.

Firdaus memang tak boleh nampak KFC! Sanggup berguling-guling kalau permintaannya untuk masuk atau makan di KFC tidak dilayan! Encik Suami temani budak kecik tu di sini, sementara Fairuz menemani Fuad membeli barang. Amie pula ambil kesempatan tinjau-tinjau di kedai berhampiran kalau-kalau ada yang menawan mata!

 Tengahari itu kami makan di Food Court, Ujana Kewangan.

Malas nak pilih makanan lain sebab orang agak ramai di situ. Air pun tak sempat dibeli. Syukurlah sewaktu makan tak tercekik leher!

Encik Suami tak makan, sebab katanya masih kenyang makan KFC dengan Firdaus. Kami bertiga saja makan tengahari di situ. Dengan lauk-pauk yang pelbagai, kesemuanya berharga RM26.00. Wokeh... kalau nak makan di sini memang boleh saja, sebab harga pun mampu bayar!

 Cuma, tempat sentiasa penuh dengan para pelanggan.

 Tibalah masa untuk berpisah buat seketika. Kami hantar Fuad pulang ke asrama.
Belajar rajin-rajin ye Fuad... jangan tinggalkan solat. Jimatcermat sewaktu berbelanja.

Firdaus pun faham situasi ketika itu. Dia minta Fuad dukung dan minta Amie tangkap gambarnya bersama Pikacu kesayangannya itu!


Wokeh! Sekian entri untuk kali ini... moga sedikit sebanyak menjadi panduan untuk anda yang ingin jalan-jalan atau cari makan di Labuan.


2 comments

  1. aduhhhh terliur banget sama itu ketam... wallauwehh.. lama tak makan ketam. agaknya anak2 amie sama mcm anak2 madihaa taknak makan ketam sebab malas nak kopek.. sebab tu bagi chan ayah & ibu honeymoon.. hehehe... apapun... makanan semua nampak sedap2 tu..

    BalasPadam
  2. Gitulah gaya saya kalau nak makan ketam Madiha... tak mau diganggu oleh makanan lain he he hee...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe