Senja di Jeti Labuan
10:35 PG
Kami antara penumpang paling awal masuk ke feri. Faham-faham sajalah... Encik Suami tu bukannya jenis yang suka lambat-lambat. Feri akan meninggalkan pelabuhan pada pukul 5.30 petang, tapi seawal pukul 3 petang lagi dia sudah masuk barisan kereta (belum ada kereta pun yang berbaris masa tu. Kita pun ikut kelam-kabut dibuatnya. Apa tidaknya! Coklat belum dibeli lagi. Sebaik sahaja kereta berhenti, Amie pun terus lari ke kedai bebas cukai dengan Fairuz.
Rembat sajalah mana yang dapat.
Tu kerja Fairuz... dua beg berisi coklat pilihannya.
Katanya, nak bawa coklat sikit ke sekolah sempena jamuan perpisahan.
Sementara menunggu feri tiba dari Menumbok, sempat isi balang dengan coklat kegemaran. Kit Kat tu orang lain tak boleh kacau, tu bekalan untuk Firdaus untuk perjalanan sampai ke LD.
Hari menjelang senja. Jam menunjukkan lewat pukul 5 petang.
Cantiklah pulak keadaan dalam feri kali ini. Kata Encik Suami, macam feri baru. Pendingin hawa pun berfungsi dengan baik. Memandangkan kami penumpang terawal yang masuk, bolehlah pilih tempat duduk yang disukai.
Jaket keselamatan pun tersusun kemas.
Di bahagian belakang, terdapat satu sudut tempat menjual makanan dan minuman. Skrin besar terpampang di bahagian hadapan penumpang, tapi tak tahu filem apa yang dimainkan.
Suasana di perairan Labuan.
Nampaknya feri ini sedang menunggu giliran untuk berlabuh di jeti.
Ketika feri yang kami naiki bergerak ke hadapan, feri tadi sudah bersedia untuk terus mengambil tempat. Feri GALAXY dari Kuching, kalau Amie tak silap.
Tempat berlabuh sudah dikosongkan....
Ya... betul tekaan Amie!
Feri kami mula bergarak laju dan sempat melintasi sebuah lagi feri PUTRA JAYA I Kuching. Jumpa lagi Labuan.
Firdaus pada hari ini.... kali kedua naik feri ke Labuan.
Kali pertama Firdaus ke Labuan pada Mei 2013 ketika berusia 2 bulan!
Entri berkaitan di Labuan:
Senja di Jeti Labuan
Senja di Jeti Labuan
0 comments