Grand Borneo Hotel
9:44 PTG
Cadangnya....
Kalau sebelah petang sampai di Kota Kinabalu, nak jalan-jalan di sekitar bandaraya dan lepas tu makan-makan sama ada di 1Borneo Hypermall. Nak cari buku dan juga peralatan dapur sikit. Sayangnya, Encik Suami hanya dapat beli tiket untuk perjalanan pada pukul 5:30 petang dari Labuan ke Menumbok. Kalau ada yang lebih awal pun pada pukul 6 pagi dan 7:30 pagi. Itu saja yang ada kekosongan. Rasa tak puaslah pulak bersama Fuad kalau balik awal pagi. Tak dapatlah bawa tidur sama di tempat penginapan. Jadi, kami sepakat ambil saja tiket pukul 5:30 petang. Sampai di Menumbok lewat pukul 7 malam. Dan tiba di Kota Kinabalu lebih kurang pkul 9.30 malam.
Sepanjang perjalanan dari Menumbok ke Kota Kinabalu, Firdaus tidur lena di pangkuan. Masuk saja ke dalam bilik, mungkin tidurnya berterusan sampai ke pagi. Hasrat nak makan di luar terpaksa dibatalkan. Bukan juga kerana Firdaus tidur, tetapi semuanya keletihan!
Amie pernah kongsikan pengalaman menginap di hotel ini DI SINI. Nampaknya ini merupakan kunjungan kami untuk kali kedua pada tahun ini selepas kali pertama pada Mei 2016 lepas. Walaupun Encik Suami masih juga merungut masalah parking, tapi buat tak dengar sajalah.... sebab sana-sini hotel penuh! Maklum sajalah, tempah hotel pun bila dah nak dekat waktu untuk berjalan! Siapa suruh?
Inilah rupa hotel 3 bintang... sama saja dengan kali pertama kami menginap, tapi kali ini bilik airnya agak usang, dan air bertakung, tak mengalir ke tempat yang sepatutnya! Nasib badanlah... sampai sini pun dah lewat malam. Naik lift pun terpaksa menunggu lama sebab orang asyik naik turun!
Rupanya Firdaus terjaga! Ketika Amie order makanan, matanya terus terbuka!
Order makanan masuk ke bilik ni ikut nasib jugalah. Ada yang menepati citarasa, ada yang sebaliknya. Mendengar Fairuz membebel tentang nasi gorengnya yang tawar hambar, Amie pun teragak-agak nak merasa laksa Sarawak yang Amie pesan. Apa boleh buat! Makanan lewat malam yang ..
Nasi goreng Amie pesan dua pinggan, satu untuk Fairuz dan satu lagi untuk Firdaus tapi Firdaus tak mahu makan pulak! Dia pun deria rasanya sama jugak ke dengan abangnya?
Tunggu sajalah esok pagi waktu bersarapan...
Amie sarapan nasi kuning dengan lauk rendang daging.
Firdaus.... lepas makan nasi kuning, dia minta coco crunch!
Tak cukup semangkuk!
Tambah lagi mangkuk kedua!
Lepas tu kami jalan-jalan sebentar, beli itu ini serba sedikit dan pada pukul 3 petang kami bertolak ke Kundasang.
Catatan:
Menginap di sini memang bagus, sebab tempatnya strategik tapi masalah tempat letak kereta pulak! Dua kali menginap di sini, memang penuh sesak, lift asyik penuh. Jenuh menunggu giliran. Kalau tingkat bawah bolehlah naik turun tangga, tapi kami dapat tingkat 11! Yang seronoknya, tentulah sebab boleh shopping puas-puas di 1Borneo Hypermall!
Catatan:
Menginap di sini memang bagus, sebab tempatnya strategik tapi masalah tempat letak kereta pulak! Dua kali menginap di sini, memang penuh sesak, lift asyik penuh. Jenuh menunggu giliran. Kalau tingkat bawah bolehlah naik turun tangga, tapi kami dapat tingkat 11! Yang seronoknya, tentulah sebab boleh shopping puas-puas di 1Borneo Hypermall!
2 comments
Wah!!Bestnya cuti2 mesia Amie sekluarga...
BalasPadamSyiok tengok Firdaus makan :)
BalasPadam