Jalan-Jalan Cari Makan di Kota Kinabalu
8:44 PTG
Hujan turun dengan lebatnya semasa kami shopping di Suria Mall. Memandangkan hari belum menjelang senja untuk kembali ke Jesselton Hotel (masalah tempat letak kereta), kami putuskan untuk makan dulu. Jadi, kami singgah di Restoran Sushi Zanmai. Padahal... dalam kepala dah berangan-angan makan masakan seafood di pasar malam huhuhuuuu....! Nak buat cemana, hujan terus turun sampai ke malam! Terbayang-bayang pulak warung makan yang habis basah dek hujan! Tak ada rezeki nampaknya kali ini.
Amie order sushi sementara Fairuz dan Encik Suami pesan makanan panas yang lain.
Fairuz punya spicy niku ramen.
Kali ini Fairuz makan dengan aman sebab Firdaus tak ganggu macam selalu!
Firdaus tak mahu makan tapi tangan kakinya tak berhenti buat macam-macam! Tak cukup usik segala barang di meja makan, dia duduk pula di bawah meja!
Lepas tu buka Ipad pulak. Cari Pokemon laaa tu!
Set midori roll.
Ingatkan kita makan sendiri sushi tu, tapi ada dua orang lagi yang membantu ha ha haaa... terpaksalah order lagi sebab tak berapa kenyang!
Encik Suami dengan seafood udon.
Malam itu kami kembali ke Jesselton Hotel dan dapat tempat parking bersebelahan hotel. Semua tidur lena, dan keesokan paginya sudah bersedia untuk ke Labuan. Kami bertolak naik feri dari Labuan ke Menumbok kira-kira pukul 5 petang dan sampai ke jeti Menumbok pada pukul 7.05 minit. Oh! Ya... untuk perkongsian juga, berhampiran Jeti Menumbok ada sebuah masjid. Jadi, bolehlah solat di situ apabila sampai waktunya sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, atau sebelum ke Labuan.
Sepanjang perjalanan menuju ke Kota Kinabalu, memanglah perut mula berdendang! Syukurlah ada bawa sedikit bekalan dari Labuan.
Di dalam feri memang ada jualan makanan tapi lebih banyak mee segera! Dalam perjalanan ke Labuan pada hari sebelumnya kami beli dua paket kerepek pisang tapi nasib kami mungkin... dapat kerepek yang sangat masin! Nampaklah butir-butir halus garam melekat pada kerepek tu...
Jadinya, sebelum bertolak semula dari Labuan Amie sediakan beberapa jenis makanan ringan. Penting makanan ringan tu sebab kata Encik Suami kalau memandu sambil mengunyah kacang, hilang rasa mengantuk!
Kami tiba di Kota Kinabalu kira-kira pukul 9 malam, dan terus menuju ke Grand Borneo Hotel untuk check in. Seperti biasa, masalah tempat letak kereta juga terpaksa dilalui di situ. Hujan belum berhenti... perut semakin lapar!
Setelah urusan check in dan Encik Suami parking kereta (walaupun agak jauh), jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Hasrat hati nak singgah di Seoul Garden yang terletak bersebelahan dengan hotel, tapi disebabkan badan yang letih dan ingin segera berehat, kami pun order makanan dari restoran hotel saja.
Inilah antara menu yang kami order dan dihantar ke bilik. Agaknya dah malam benar... jadi laksa Sarawak yang Amie pesan ini tawar hambar dan mee hoonnya agak keras! Rasa sedih sangat kerana tak berbaloi dengan harganya!
Pesan dua pinggan nasi goreng, sepinggan untuk Fairuz dan sepinggan lagi untuk Firdaus.
Dan juga sepinggan mee goreng pesanan Encik Suami.
Keesokan paginya kami bersarapan di hotel, dan kemudian terus ke pusat bandar untuk shopping. Kami kembali semula ke hotel untuk check out dan shopping pula di One Borneo Mall.
Selesai beli apa-apa yang patut, kami singgah di Seoul Garden untuk lunch.
Antara ala carte dengan buffet, kami pilih buffet.
Suka makan di sini sebab restorannya bersih dan banyak pilihan makanan. Cuma larat atau tidak saja nak isi perut!
Sushi pun banyak di sini! Tak payah berkira nak ambil macam makan di Sushi King atau Sushi Zanmai he he hee... tapi sushi di sini biasa-biasa saja laaa.....
Harga asal lunch buffet untuk setiap seorang yang ditawarkan ialah sebanyak RM32.00. Termasuk itu ini seperti tom yam soup dan ginseng chicken soup serta lain-lain, ditambah GST 6% semuanya berjumlah RM129.15 sen untuk kami 3 orang.
Firdaus dengan dunianya yang tersendiri! Dah dapat mainan baru, lupalah dia dengan segala hidangan di hadapannya!
Makan sambil bermain!
Lepas tu asyik marah kalau ada sisa makanan jatuh di tempat mainanya... bising mulutnya minta dibersihkan : Mommy! Koto ni...kotoooo!
Mommynya pun terpaksalah lap dengan tisu mejanya yang kotor sikit tu!
Tak sempat nak merasa banyak jenis makanan sebab perut rasa cepat kenyang!
Encik Suami dan Fairuz kata yang paling sedap di sini ialah ikan, ayam dan daging perap. Memang sedap! Tapi berapa besarlah kantung perut kita nak makan banyak! Rasa sajalah sikit-sikit.
Dua jenis soup yang kami pilih iaitu tom yam soup dan juga ginseng chicken soup.
Makanan yang frozen-frozen pun banyak!
Yang segar pun banyak juga.
Segala macam minuman tersedia termasuklah aiskrim tapi kita pilih ini sajalah...
Dapat 3 kupon. Dapat potongn sebanyak RM5 untuk setiap satu kalau makan lagi di sini, tapi hanya sehingga 30 November 2016. Kita pun dah nak balik Ke LD. Simpan sajalah kupon tu buat kenangan!
1 comments
Salam lain kalI kalau di Labuan beli lah butter lurpak. ..sedap
BalasPadamDan murah di pasar ayah kata Labuan. Milimewah ke apa apa ke kedai jual barangan import di Labuan. Kiwi Juice.
Butter import murah dari kl.
Kek panettone..sedap.
Coklat obersea pun murah.. kalau di Airport pun..
Lindt... etc.
Kain batik jawa..kain pelikat. ..kain ela..kain buat seluar kerja..