Taman Damai Labuan

9:11 PTG

Selepas mengunjungi Taman Botanikal, kami meneruskan lawatan ke Taman Damai, yang terletak di Kampung Layang-Layangan. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ada di sana.

Di Kampung Layang-Layangan ni rupanya ada pantai yang cantik! Sebelum itu kami sebenarnya ingin melawat Muzium Marin tapi laluan ke sana ditutup sebab....

 Ada acara lumba basikal!
Jadi, kami pun terus menuju ke Taman Damai yang terletak di Kampung Layan-Layangan.

Taman Damai ini letaknya bertentangan dengan pantai. Ia dibina bagi memperingati dan menghormati para pejuang yang bertarung nyawa di Borneo semasa Perang Dunia Kedua.


Taman ini dibina oleh Kerajaan Jepun pada tahun 1982 sebagai satu memorial kepada keamanan dan kedamaian. Tarikan taman ini ialah dua timbunan tanah yang besar beserta tembok yang melengkung dikelilingi taman batuan tropika yang indah serta astaka gazebo sebagai tempat berteduh. Landskap dilengkapi dengan jambatan-jambatan yang merintangi tasik. Terdapat sebuah plak gangsa yang menjadi simbol kebencian dan penentangan kepada peperangan dan kekejaman diletakkan pada salah satu daripada tembok di taman ini. Sebuah plak gangsa lagi bagi memperingati perletakkan senjata tentera Jepun di akhir Perang Dunia terletak di pintu masuk utama.


Boleh baca tak?
Taman Damai Labuan ini telah dibina untuk memperingati mereka yang telah terkorban di Pulau Borneo dan kawasan  perairannya semasa Perang Dunia Ke-2. Di samping itu, taman ini juga  sebagai mendoakan wujudnya kedamaian di dunia ini dengan harapan agar taman ini akan menjadi tanda rasa persahabatan dan muhibah antara kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Jepun.
Pembinaan taman ini telah disempurnakan  dengan kerjasama Perbadanan Malaysia Kerajaan Negeri Sabah, Majlis Perbandaran Labuan dan juga kerajaan Jepun. Pembinaan taman ini  terlaksana dengan sumbangan besar daripada Japan Shipbuilding Industry Foundation  yang dipengerusikan oleh  Encik Ryoici Sasagawa dan juga sokongan  daripada keluarga mereka yang telah terkorban, rakan-rakan seperrjuangan dan firma-firma industri.


 Timbunan tanah dengan tembok melengkung.


 Pokok bunga kemboja pun ditanam di sini.

Ada kemboja merah dan kemboja putih. Kemboja memang sinonim dengan tanah pusara kita.



 Tugu Peringatan Perdmaian.


Kata Presiden Taitsu Kono:
Tugu Peringatan Perdamaian ini didirikan oleh Pertubuhan Ikatan Pasifik Selatan Jepun pada September 1976 sempena memperingati perajurit yang berjuang dan gugur di pulau ini serta orang awanm yang turut terkorban bersama-sama mereka. Semoga Tugu Peringatan Perdamaian ini terus berdiri teguh dan menjadi lambang kesungguhan manusia dalam melaksanakan kewajipan mereka dan sebagai melambangkan harapan membara setiap lelaki , wanita dan kanak-kanak di sini agar pulai ini tidak akan lagi menyaksikan begitu banyak penderitaan dan kesengsaraan.




 Memang tempat ini sungguh mendamaikan!

 Taman Jepun di sini  mempunyai elemen seperti air, batu dan jambatan.

 Air tasik yang jernih!




Walaupun panas terik, tapi sebenarnya sungguh mengasyikkan jika berada di sini... duduk di bawah pokok atau gazebo sambil menikmati pemandangan indah serta merasai tiupan angin laut!



Jom kita ke bahagian sebelah sana, untuk mengetahui kisah lanjut tentang pembinaan Taman Damai Labuan ini.

 Kita ke Surender Point Memorial..

Pada 9 September 1945, Jepun secara rasmi menyerah Labuan kepada Australia. Komander Angkatan Darat ke-37 Jepun, Leftenan Jeneral Masao Baba diterbangkan ke tepi pantai Layang-Layangan di K154C Tachikawa (Hickory). Dan dalam sebuah pondok kayu kecil di bawah naungan pohon kelapa kira-kira 50 meter di Selatan-barat Pusat Penyerahan, upacara menandatangani serah terima ini di langsungkan.

Dia menyerahkan pedangnya secara rasmi kepada Mejar Jeneral George Wootten, pegawai pemerintah Division ke-9 Australia, di saksikan oleh Kapten Kumpulan C.W Pearce dan Ketua Skuadron J.S St Heap daripada Royal Australian Air Force (RAAF) di Sydney, Australia.

Berdekatan dengannya, terdapat kem-kem yang ditubuhkan untuk perbicaraan para pegawai dan askar Jepun terhadap kekejaman tahanan perang di kem-kem POW di Sabah dan Sarawak. Perbicaraan Perang di Layang-Layangan adalah yang pertama di Asia Tenggara, yang dipimpin oleh Leftenan L.J Morshead daripada Komander Kor Pertama Australia. Seterusnya, Labuan menukar nama awalnya daripada nama Pulau Maida, dan ditempatkan di bawah Pentadbiran Tentera Inggeris.

Sumber :



Bagi menunjukkan bahawa mereka benar-benar meminta maaf daripada kesusahan yang di sebabkan oleh nenek moyang mereka, Jepun memutuskan untuk membina Taman Keamanan di sebelah Pusat Penyerahan. Taman Damai ini juga sebagai peringatan kepada orang-orang yang telah mengorbankan nyawa mereka di Borneo semasa Perang Dunia II. Ini juga merupakan kenang-kenangan daripada persahabatan antara Malaysia dan Jepun, dan janji keamanan dan keharmonian untuk semua umat manusia yang kekejaman perang seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Taman Damai ini dibiayai Japan Shipbuilding Industry Foundation, yang diketuai oleh Ryoishi Sasagawa, dan juga oleh keluarga mangsa dan kawan-kawan mereka daripada beberapa syarikat industri. Pada 14 April 1984, Mitsunori Ueki daripada South Pasifik Memorial Association Incorporation di Jepun menyerahkan Taman Damai secara istiadat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh. Hingga ke hari ini, pembiayaan masih datang dari Jepun untuk menjaga Taman Damai  ini dalam keadaan baik.

Dengan perairan yang tenang di bawah jambatan melengkung dan sekitar gazebo yang teduh, berdirinya tugu dengan dua dinding melengkung yang menjadi pusat perhatian di Taman Damai ini. Di pintu masuk taman ini didirikan kepingan batu, dan di atasnya diukir dengan jelas untuk ingatan sampai ke akhir zaman - "Damai adalah yang terbaik".
Sumber :

Alhamdulillah...
Banyak juga ilmu sejarah tanahair yang dapat ditimba semasa lawatan ke Pulau Labuan ini. Mudah-mudahan ia akan menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.

 Lepas tu bolehlah menyrusr pantai pulak!
Banyak juga kaki pancing di sini.


Kami tak boleh berlama-lama di sini sebab nak hantar Fuad pulang ke asrama, dan kami pun nak bersedia di jeti untuk naik feri ke Menumbok.  Sebelum itu nak ceheck out hotel dulu. Teringin juga nak makan di gerai di tepi pantai, tapi perut masih rasa kenyang . Selamat tinggal Kampung Layang-Layangan yang cantik!

Entri berkaitan di Labuan:
Senja di Jeti Labuan

Masjid Jamek An-Nur, Labuan
Taman Damai, Labuan
Taman Botanikal, Labuan
Muzium Chimney & Menara Chimney
Taman Burung, Labuan
Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2, Labuan
Tiara Labuan Hotel

Jalan-Jalan Cari Makan di Labuan


3 comments

  1. Timbunan tanah melengkung tu... Di dalam nya adalah tulang belulang yg ditemui. tapi tak diketahui sapa pemilik nya. bercampur aduk. Maka ianya ditempatkan dalam satu kawasan sebagai tugu.
    ITU sebab di negara Barat banyak tugu tugu dibina di sana sini sbb mereka tidak dapat menemui identiti sebenarnya tulang belulang selepas tamat perang dunia pertama dan kedua.. Maka longgokan tulang disatukan dan dinaik kan tugu.. kubur yg tidak bertanda dan bernama..Atas nama peperangan.

    BalasPadam
  2. Pakar dapat mengasingkan tulang berdasarkan irg Jepun dulu ketot metot. Kalau kubur perang org Eropah di pohon batu manikam dekat kem askar bersebelah dan Airport lama.itu dijaga org Eropah. Ianya dibiayai oleh kerajaan commanwealth. NAK cam tulang org Eropah mereka tulang panjang dan bagak

    BalasPadam
  3. G,
    terima kasih kongsi banyak info tentang Labuan. Seronok dapat mengetahuninya.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe